Jumaat, 26 September 2008

Baju Raya Aisyah

Rasa teruja sangat nak menyambut hari raya bersama orang baru dalam keluarga kami...kehadiran Nik Aisyah benar-benar memberi erti buat aku dan suami.
semalam kami terima bungkusan dari ayah dan ummi di kampung. aku ingatkan hanya baju kurung utk Aisyah...rupa-rupanya dalam tu bermacam-macam kuih raya untuk aku...emm tak perlu belanja utk kuih dah pas ni..terima kasih ayah dan ummi..

baju kurung aisyah dan aku untuk raya nanti dibeli oleh adik aku nih..tq yer tekk hehe..warna masam-masam manis gitu...satu keluarga (perempuan sahaja) memakai rona yg sama utk raya ni...aduhai tek...macam2 lah mu ni...

seperti biasa lah, tailor aku sudah semestinya kak ti (kak ipar yg cun melecun tuh)...jahitan dia kemas dan setanding jahitan di butik gitu...semalam saje bagi aisyah pakai baju kurung pertama dia...cute sgt walaupun baju agak besar...boleh pakai lama sikit kan? emmm tak sabarnya nak raya hehehe

atuk dan nenek aisyah bagi jugak baju gaun utk dia, saiz M, besar lah sikit..aisyah umur setahun lebih nanti muat kot...aku tak beli lagi baju raya utk aisyah ni...semalam gi parkson, tak de pilihan la sini...nak beli lah yang branded tapi tak de size, semua budak besar punya size.

emmm hari ni hari last kerja utk sambut hari raya...selamat hari raya semua...

utk 1 HBS raya keempat dtg rumah ustazah yer...ada open door sikit utk kalian semua...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Khamis, 18 September 2008

Kaifiat Khatam Al-Quran

Cara Melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran
1. Secara Individu
Majlis diadakan oleh ahli keluarga berkenaan.
Qatadah berkata “ Adalah Anas bin Malik, apabila ia mengkhatam al-Quran, dikumpulkan anggota keluarganya lalu beliau berdoa dalam majlis itu”. Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih.

2. Secara Berkumpulan (ramai-ramai-majlis dianjurkan oleh satu badan tertentu)
Sabda Rasulullah SAW, daripada Mujahid dengan sanadnya yang sahih ia berkata “ Mereka berkumpul ketika khatam al-Quran kerana mengharapkan rahmat Allah SWT yang turun ketika itu”.

Panduan melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran secara individu
Majlis diketuai oleh seorang khalifah.
Membaca istighfar 3 kali kemudian diikuti
dengan:

الى حضرة النبي صلى الله عليه وسلم
الفاتحة

Pengkhatam membaca daripada Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas dan diikuti oleh pengkhatam secara beriringan.
Membaca beramai-ramai pada ayat terakhir surah-surah yang dibaca.
Membaca takbir beramai-ramai apabila hendak beralih ke surah yang seterusnya.

لا اله الا الله والله اكبر ولله الحمد
Apabila selesai hendaklah membaca :
وتمت كلمة ربك صدقا وعدلا لا مبدل لكلمته وهو السميع العليم (سورة الأنعام : 115

2. Majlis Khatam Al-Quran secara beramai-ramai
Majlis diketuai oleh seorang khalifah.
Membaca istighfar 3 kali kemudian diikuti dengan membaca :

الى حضرة النبي صلى الله عليه وسلم
الفاتحة


Pengkhatam pertama membaca Surah Ad-Dhuha hingga akhir.
Membaca beramai-ramai pada ayat terakhir surah-surah yang dibaca.
Membaca takbir secara beramai-ramai apa
bila hendak beralih ke surah yang seterusnya :
لا اله الا الله والله اكبر ولله الحمد

Pengkhatam kedua membaca surah seterusnya, kemudian diikuti oleh pengkatam lain secara bergilir-gilir sehinggalah ke surah an-Nas.
Kemudian membaca :
وتمت كلمة ربك صدقا وعدلا لا مبدل لكلمته وهو السميع العليم (سورة الأنعام : 115

Membaca doa khatam al-Quran.
Jika ingin mengadakan Majlis Tahlil belehlah diteruskan dengan bertahlil.
Membaca doa arwah.
Membaca doa penutup.

Isnin, 15 September 2008

Majlis Khatam Al-Quran

Pada 19 Sept 2008 nanti akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah. Aku diarahkan menguruskan pelajar yang terlibat dalam majlis tersebut...apa lagi pelajar KKQ aku yang comel2 tu la yang kena mengaji nanti hehe...

Khamis lepas dah buat meeting dengan bebudak ni tentang latihan dan persiapan majlis tersebut...insyaAllah kami akan bertadarus dari jam 2.30 - 4.00 petang di bilik KKQ aku ni...semoga usaha ini mendapat tempat yang selayaknya di MATA ALLAH....amin...

tengah khusyuk mendengar arahan ustazah...

pelajar lelaki yg terlibat

pelajar perempuan yang terlibat

Khamis, 11 September 2008

Aisyah pakai baju sendiri?

1) Tengok2 dah siap pakai sebelah!!!

2) Tersenyum bila sedar ayah dengan ummi dah tahu apa yg dia dah buat

3) Ulang tayang- nak tunjuk sekali lagi macamana Aisyah masukkan tangan...

4) Tergamam tengok ummi dan ayah ketawakan dia...haha

5) Demontrasi- buka balik baju ni...hehe...


Macam tak percaya jer kan? Tapi mmg itulah yang terjadi pada 9/9/2008 (kelmarin) hehe...

Bila dah berumur 8 bln setengah ni Aisyah dah tak suka pakai baju lepas mandi...Mungkin dia rasa best kot duk gitu hehe...jadi pada hari tu, lepas mandikan dia, pakaikan lampin, bedak n losyen sikit...punya lah susah dan mmg makan masa la part nih!!! Siap buat aksi mcm dlm wrestling kalau ummi nak pakaikan lampin...sabo je lah...aku pun pakaikan dia seluar panjang...dan bila nak pakaikan baju lubang2 warna kuning (kasi angin masuk!!! hehe sebab Aisyah mudah sgt panas dan berpeluh...mana taknya, aktif bebeno anak ummi sekarang nih), dia dah geleng2 kepala tanda tak nak baju tu....aku pun ikut je lah, terus letak baju tu kat dia. sambil2 tu dia main2 dengan menan2 dia tuh...

aku pulak ralit tengok indahnya iman...(lately zikir2 oleh Utz Akhil Hayy pulak yg selalu ditayangkan, aku lebih suka Hijjiaz!!!) aku sempat jugak menjeling kat Aisyah yang syok layan menan dan baju lubang2 td...sekarang ni pantang jumpa kain, mesti nak taruk atas kepala...hehe...layan punya layan Oasis, aku tengok Aisyah dah masukkan lengan baju kat tangan kanan dia...terkezut lektrik aku!!! cepat2 panggil hubby dan terus amik camera, snap gambar2 dia nih...rugi sebab tak sempat nak snap aksi dia sebelum masukkan tangan tu,tengok2 dah masuk sebelah tangan...hehe..apa lagi ketawa besar aku dgn hubby sampai aisyah pun tergamam dan pelik tengok kami ketawa macam tu...Aisyah Aisyah...

Selasa, 9 September 2008

Cara Nak Bina Blog

Ini adalah P&P untuk pelajar-pelajar ustazah yang berminat nak bina blog...senang ajer...
1. Pergi ke website blog : www.blogger.com/start
2. Klik 'create your blog now' (yang ada arrow merah tuh)
3. Isi semua detail yang diperlukan (nama, password dll) kemudian, klik 'continue'
4. isi lagi yang diorang nak.. (blog _title_ tu tulis tajuk untuk blog anda), pada bahagian address tu pilih lah apa2 nama sebagai alamat blog anda. untuk cek samada dah exist, kena klik 'check availability' dulu.. bila dah available boleh la anda guna address yg anda pilih tu, baru la boleh guna..
5. Klik 'continue'
6. Pilih template.. ustazah cadangkan pilih colour hitam supaya nampak exclusive hehe...kalau dah suka, klik di 'dot' kat template tu dan tekan 'continue'
7. Klik 'start blogging'. kemudian akan terpapar 'posting' > 'Create'.
8. Di sini, _title_ tu akan jadi tajuk post anda. kemudian kalau nak taip cerita taip lah di bawahnya...
9. Untuk menambah / meletakkan gambar2 anda hanya tekan kat ikon atas tu...macam tu jugak kalau nak edit tulisan ke apa ker...hehe
9. bila dah habis bercerita...tekan pada preview di bhgn atas sebelah kanan untuk tengok keadaannya sebelum publish...kalau dah puas hati...
10. tekan 'publish post'
10. baru lah 'view blog'

sedia utk dihidangkan!!! ish macam buat kuih pulak kan?


selamat blogging utk anak2 murid ustazah...dan kawan2 yang belum ada blog dan berminat utk memiliki blog sendiri scr percuma...

Isnin, 8 September 2008

Aisyah masuk majalah?


Create with your own picture at

Aisyah suka kucing






Cerita-cerita je lah...





Emmm dah lama tak update citer kat sini...Rasa seronok sangat menyambut Ramadhan kali ni...walaupun setiap hari sibuk dgn kerja sekolah, dengan rumahtangga dan dengan karenah Aisyah yang semakin pandai tu (pd pandangan umminya lah hehe!!) aku masih bersemangat berpuasa dan rezeki untuk Aisyah berterusan, banyak dr hari hari biasa...tak sangka lah pulak...sebelum berpuasa ni, aku takut2 jugak susu jd kurang, tapi setakat ni alhamdulillah...yang penting kena makan makanan berkhasiat, cukup korum dan banyak minum air, barulah susu ibu banyak, pekat dan semestinya berkualiti...

Menariknya di bulan Ramadhan ni, Aisyah dah mula pusing satu rumah dengan merangkak. Kalau aku sibuk memasak di dapur dia pun akan ke dapur, tolong susun barang2 kat rak pinggan tuh...pastu mulalah ada je benda2 yang dia kutip masukkan dlm mulut!!! aduhai...selalunya hubby lah yg kena layan dia...main2 atau bw dia naik motor kat kawasan perumahan kami tu sementara aku siap memasak utk berbuka...kadang2 aku masak sebelum pergi sekolah, lepas sahur...tapi selalunya waktu tu sedap tidur je, selalu terlajak...dah tak dan nak masak apa2 lagi...tapi aku akan pastikan makanan aisyah dimasak juga utk hari tu sebab aisyah memang takkan makan nestum...tak kira lah perisa apa pun dia mmg tak suka makan, kalau aku suap juga dia akan geleng kepala dan termuntah (walaupun tak keluar balik, bunyi dia nak muntah tu mmg tanda dia tak suka kat makanan tu). so aku terus tak bagi nestum utk lunch or dinner dia.. Tapi kalau bubur nasi mmg dia suka, tak kisah lah bubur nasi plus apa2 pun...em mujur lah ummi dia rajin nak siapkan bubur aisyah...kalau malas pun automatically jd rajin sbb kesiankan anak kan?

Semalam kami sekeluarga keluar beli barang dapur, ikan, daging, ayam untuk seminggu ni dan lampin Aisyah utk sebulan...Aku sengaja bezakan lampin Aisyah antara pakai siang dan pakai malam...yang siang punya aku belikan jenama murah sikit...untuk malam pulak, beli lah yg mahal dan tahan lama untuk tidur semalaman. sebab umminya malas nak ganti2 waktu malam hehe...walaupun setiap 1 jam atau 2 jam mmg aku sedar / bangun untuk menyusukan Aisyah... yang bestnya setiap kali dia nak menyusu waktu malam dia akan guna hidung dia, hehe mencari je tempat parking malam tuh...pandai betul baby ni kan? bila cari2 takde jugak, haaa tu yang dia memanggil2 sampai kita datang, terutamanya time aku siapkan juadah sahur lah, mesti dia pun sama2 terjaga...pagi tadi dia tak bangun sebab malam tadi jam 1 pagi baru tidur...emm kalau tengok muka dia waktu tidur tu aduhai...sejuknya hati ni...

Try mintak jd pensyarah?
dalam paper semalam ada iklan jawatan pensyarah di UITM...bila pikir-pikir balik aku nak try mintak sebab mmg inilah cita2 aku sejak kecil lagi. tapi takut pulak bebanan tugas tu nanti membuatkan aku terpaksa mengurangkan masa, tenaga dan diri sendiri untuk anak dan suami. itu yang menyebabkan aku terpaksa pikir banyak kali samada mohon atau tak...kalau tak dapat tak pelah, tapi kalau dapat? tak ke kalut juga nak buat keputusan, antara kerjaya yg diminati dengan keluarga yang amat disayangi...bila berbincang dengan suami, dia benarkan aku mohon...hanya try mohon...bila lagi nak guna ijazah kedua aku tuh? hehe...

wait and see je lah...

Selasa, 2 September 2008

Gelagat Nik Aisyah






Seronok sangat bila tengok perkembangan Aisyah di depan mata..
Setakat ni Aisyah dah pandai dan mengenal :
1) Bila aku sebut 123 jer dia mesti pergi kat dinding yang aku tampal nombor 123 beserta gambar. dia paling suka tengok gambar nombor 6 iaitu 6 ekor kucing...
2) Bila bunyi meow je dia mesti ke pintu dapur untuk tengok kucing yang selalu mintak ikan.
3) Bila sedang menyusu, kalau dengar suara Ayah je dia mesti tak jadi menyusu, mesti nak main dulu sampai letih..
4) 1 ramadan 1429 H Aisyah dah mula pandai merangkak...seronok nyer tengok dia merakak...
5) dah pandai melambaikan tangan ta ta atau bye-bye...dia paling suka byebye ayah dia. yang paling menggelikan hati, dalam bilik tidur kami tu ada gambar kahwin kami...dia nampak gambar tu macam ayah dia, dia pun apa lagi, start bertata-tata dengan gambar tuh...ketawa besar aku tengok gelagat dia.
6) Ralit tengok buku abjad ABC bila aku bacakan untuk dia...
7) Dah pandai berdiri dengan sedikit sokongan...
8) Suka tengok tv- Asrto Oasis

Aisyah dah pun tumbuh 4 batang gigi, 2 di atas, 2 di bawah...dia jarang menggigit...kalau gatal gusi sgt pun dia akan gigit jari dia sendiri atau barang mainan dia...tapi yang paling dia suka ialah sarung camera warna kelabu nih...antara barang mainan yang dia suka ialah telefon bimbit warna pink. sebab kat telefon tu ada tali, dia suka main dengan tali tuh...tapi yang bahayanya, kipas telefon tuh dah pecah/patah, jadi tersembul keluar besi yang memusingkan kipas tuh..bimbang juga tercucuk Aisyah...harap2 tak lah...

satu lagi nak citer ttg Aisyah nih, dia tak mahu susu formula...sebelum ni dia minum Biolac, puas kak faridah pujuk dia minum tapi tak nak jugak...kot2lah dia tak suka rasa susu tuh, aku ganti dgn Similac Neosure EYEQ. semalam gi beli dan malam tadi aku try bg 1 oz, tu pun dia tak habiskan...macam main2 jer dgn puting tu- tonyoh2 gusi dia kat situ, hehehe!!!

Harap-harap hari nih dia nak menyusu dengan susu tu dgn kak faridah...antara kelebihan susu tu ialah, ia sesuai dgn baby yang normal macam Aisyah tapi ada masalah kenaikan berat badan yang tak 'cantik'...

Sepanjang 2 hari berpuasa nih, Aisyah bangun juga bersahur dengan kami...temankan ayah ummi...mmg pengalaman manis bg aku dan hubby sbb ini kali pertama menyambut Ramadan dengan kehadiran Aisyah yang membawa seri ke dalam rumahtangga kami...