Khamis, 9 Julai 2009

Ole-oleh Daripada Kak Tie

Setelah sekian lama mengidam tempoyak, akhirnya 7/7/09 baru-baru ni dapat juga merasa...Pada mulanya suami berusaha juga mencari sekitar Labuan ni, tapi rasa tempoyak sini tak sekawww tempoyak dari kampung..mungkin ada campuran lain, menyebabkan rasanya tak macam tempoyak pun...rupa je sama...

semasa suami berkursus di KL baru2 ni, minta tolong dia cari lagi sekitar Bukit Bintang tu, ada ke? mmg lah susah nak cari, sian suami puas pusing2 tapi takde orang jual tempoyak, kalau ada pun 2 org Cina yg jual buah durian, tapi nak bawa macamana? bukan boleh bawa naik flight pun...

akhirnya ayah cadangkan minta tolong dengan adik aku ni, dia duk Subang, aku pun sms minta tolong dia cari dan bagi pada suami, mmg menghampakan sebab dia kata susah nak ke tempat suami dan jauh katanya...tak pelah aku pun tak mahu menyusahkan orang...kalau mije atau wani takde aral mmg diaorang akan datang bawa macam2 nih...tapi tak pelah..mungkin takde rezeki, tunggu balik cuti bulan 8 nanti la nampaknya baru dpt merasa...

akhirnya bila suami balik dr KL, makin membuak2 nafsu makan aku ni nak merasa tempoyak, walaupun sedikit jadilah...hehe..teruk kan orang mengidam. suami cdgkan aku minta tolong mije beli buah durian dan minta tolong kak tie buat tempoyak, tapi memandangkan banyak sgt urusannya, aku terus je tanya kak tie, ada tak tempoyak? dia ckp, adalah sikit, aku pun terus minta tolong poskan ke sini walau sikit pun jadilah...

7/7/09 jam 3 lebih bungkusan dr kuantan sampai ke pejabat sekolah aku, kawan telefon memberitahu satu pejabat tunggu aku buka bungkusan ni sbb bau durian amatlah kuat...aku pelik jugak, takkan lah bau tempoyak boleh tembus ni? dan akhirnya, bukan setakat sebalang tempoyak yang diposkan oleh kak tie, tapi buah durian (yang dah dikopek), rambutan, langsat, manggis, keropok keping, sumi untuk aisyah dan aneka biskut..alahai kak tie, kat sini pun ada sumi dan biskut tu...susah2 je pos ke sini..mesti bayaran posnya mahal kan?

kuat baunya sbb ada buah durian sekali...balik ke rumah suruh suami angkat bungkusan masuk ke rumah, kan aku tak boleh angkat barang2 berat...tak sabo nak menjamah oleh-oleh ni...apa lagi terus pulun apa yg ada, bagi bibik sikit dan aku terus makan dengan sepuas-puasnya...

sehingga ke hari ini, buah durian masih ada, walaupun rasanya agak2 masam tapi jadilah dapat merasa..nak harapkan buah2 di labuan, lambat la lagi...dua hari dah makan tempoyak, sampai boyot benar perut aku ni lepas makan, nak bangun pun susah...heheh...



terima kasih kak tie, dikaulah kakak ipar yang terbaik di dunia nih....hehehe

** petang ni hubby ajak gi cari budu pulak, budu dah kehabisan stok...hehe...

nota ummi:

7/7/09 - hari lahir azwan, anak kak tie yang paling sulung...selamat hari lahir wan yang ke 14... dah besar anak buah aku ni...

8/7/09 - hari lahir aku ke 31...suami orang pertama ucap selamat hari lahir, tapi mana hadiahnya bang???

9/7/09 - hari lahir adik amry, adik bongsuku yang ke 16. moga dia makin kurus...jangan makan banyak dik yer...

Selasa, 30 Jun 2009

Masih lagi merindu....

cahaya hati ayah dan ummi...

Hari kedua suami berkursus, aku dan aisyah makin dapat menyesuaikan diri...cuma masih merindui dia...emmm kursus hanya beberapa hari tetapi merasa seperti kena tinggal berbulan2..hehehe..

setiap kali aisyah meragam, aku akan dail nombor ayah dia...terus senyap...hehe..tapi kejap ajer...tak mo lah ganggu suami aku yg sedang berkursus tu. kenalah jugak melayan karenah manja dia yg semakin menjadi2 tu sekarang...

balik dr sekolah semalam, aku tengok aisyah belum tidur petang, bila aku tanya bibik, rupa2nya aisyah tidur lama waktu tengahari tu...apa lagi seawal jam 7 malam, dia dah mengamuk2 nak tidur...tak sampai 10 minit dia dah nyenyak...tapi jagalah, jam 10 malam dia bangun semula nak main2 kat ruang tamu macam biasa...aku tengok CD dia basah (sbb pakai sekeping je td) terus tukarkan yg baru, bagi susu, tengok TV kejap...jam 11 malam sambung tidur semula...fuh lega...

pagi tadi - agak segar sikit bila dapat tidur nyenyak wpun tak lama...lepas masak, mandi dgn aisyah, dia masih selsema ringan, pesan itu ini kat bibik, terus pergi kerja...kali ni aisyah menangis pulak bila nak kena tinggal..alahai kesian dia...

sabar ye sayang..rindu ayah yer?

Kena tinggal...

Aku dan Aisyah kena tinggal dengan ayah Aisyah utk beberapa hari sebab ayah ada kursus di KL pada 28-1 Julai nanti...

28 hb - seawal jam 7 pagi aku dan aisyah hantar ayah ke airport. aisyah bukan main suka lagi sebab ingatkan kami nak bawa dia jalan2..mungkin sbb tengok bagasi ayah tu. sampai di airport, dah ramai yang beratur untuk check-in...ayah minta ummi terus balik, tapi ummi nak jugak tengok ayah berlepas...emm dah lama tak berpisah macam ni terasa syahdu pulak...sebelum berpisah ayah sempat main2 dengan aisyah, naik turun lif, tangga dan bergurau senda, aku minta izin nak balik, cium tangan abang dan rasa mcm nak menitik pulak airmata nih...hehe...saat untuk meninggalkan perkarangan airport tu aisyah menangis2 bila tengok ayah dia tak masuk ke dalam kereta, dia pun bukan main lagi menangis dengan sekuat-kuatnya sambil tunjuk ayah...dia nak ayah masuk jugak ke dalam kereta tu...alamak masa ni ummi dah sebak sgt2 tapi kena kuat...terus je memecut meninggalkan ayah sambil tu pujuk aisyah dan berikan dia handphone, aku dailkan no ayah, terus dia diam dan tak menangis lagi...lega...

sampai di rumah, suapkan aisyah breakfast dia, bg susu tapi dia tak nak...mengamuk2 sikit terus nak tidur..aku pulak..ahh tak betahnya tinggal di rumah tanpa abang..sunyi sepi rasanya. untuk menghilangkan kesunyian yg melanda ni aku menyiapkan kerja rumah, jemur kain, sapu lantai, kemas sikit2...masak utk tengahari dsb...bila aisyah dah bangun nanti semua kerja dah beres dan aku boleh main dengan dia...sengaja tak suruh maid datang...kadang2 aku lebih selesa hanya tinggal bersama aisyah...

petang menjelma - aisyah tidur sebelah petang pulak, aku kesunyian lagi...telefon abang. menangis pulak kali ni bercakap dengan abang...alamak haru ni, mesti abang balik nanti aku jd bahan ejekan..puas jugak abang pujuk supaya aku bertahan, sabar dan macam2 kata2 semangat dia bagi supaya aku berhenti menangis, tapi entah kenapa petang itu aku benar2 merasa kesunyian tanpa abang di sisi...akhirnya reda juga...bila aisyah bangun aku bawak dia jalan/main2 di rumah jiran dan di pdg permainan...dah hampir maghrib baru pulang...sunyinya tanpa abang!!! mujur ada aisyah pengubat hati ummi...

malam pun tiba - aku melayan aisyah seperti biasa...melayan karenah dia, kejap mood ok kejap mood kureng...mungkin rindukan ayahnya dan ternanti-nnati kepulangan ayah dia...selalunya malam2 begini ayah suka bergurau dengan aisyah, main nyorok2, main kuda2, geletek2 dan macam2 lagi...tapi malam ni...ummi hanya mampu melihat aisyah bermain seorang diri, kesian aisyah...

seawal jam 9 lebih aku dah ajak aisyah tidur...mujurlah dia tidur terus tapi ummi pulak yang susah utk lelapkan mata...jam 4.30 pagi aisyah bangun, ajak ummi untuk temankan dia tengok VCD jawi di ruang tamu...ahhh tak laratnya..tapi ikutkan jua kehendaknya...jam 5 lebih baru sambung tidur semula...

isnin - pagi, aku memasak seperti biasa, mandi dengan aisyah, suapkan mee goreng sikit utk dia...dan terus ke sekolah...badan, kepala, emosi semuanya berada dalam keadaan lemah...betapa sukarnya hidup ini tanpa insan bergelar suami...

abang - tak sabar menunggu kepulangan abng...cepatlah balik...

Isnin, 22 Jun 2009

Aisyah genap 1 tahun 6 bulan...

Esok 23 jun, umur aisyah dah 1 thn 6 bulan...
mai kita tengok apa perkembangan aisyah sekarang...

1) dah pandai makan sendiri menggunakan sudu... tak tumpah tau...
2) gigi taring dah naik di kanan kiri..menjadikan gigi aisyah hampir penuh kesemuanya.
3) pandai berlari
4) pandai sebut ummi, abi dengan jelas(ayahnya membahasakan ayah tapi anaknya panggil abi!! macamna tu?)
5) faham arahan
6) pandai mengajuk perbuatan ayah dan ummi ketika mengaji dan berbual dlm telefon...
7) tak suka gosok gigi...emm dah kuning gigi aisyah tau!!
8) suka bercakap sorang2 atau dgn ummi dan ayah(bhs dia yg kami tak faham)
9) suka berangan depan kamera, konon2 ada org ambil gambar dia...
10)makin bijak anak ummi nih....




Aisyah meragam sikit....

Malam tadi aisyah tidur awal, seawal jam 8.00 malam. selalunya 9 lebih baru ajak ummi tidur anak dara sorang ni...aku pun berkira2 dlm hati, kalau tidur awal mcm ni, mesti tengah malam kang dia bangun ajak aku main2 atau tengok VCD dia...

selama dia tidur tu, tak pulak mata aku ni dapat dilelapkan, keluar ke ruang tamu tengok suami duk wat kerja ngan laptop, aku minta dia urutkan belakang dan kaki aku nih...selesai semua, aku masuk tidur balik, alih2 jam 11.30 mlm aisyah terjaga nak susu, aku buatkan susu, dia tak nak, dia nak nenen jugak...alamak!!! haru jugak nih..pastu dia tarik tangan aku ajak ke ruang tamu...mujurlah suami belum tidur, boleh temankan dia sekejap, main2 laptop dan tengok gambar2 dia masa kecil sampai lah dia mengantuk semula. try bagi susu, masih tak nak susu sampai menangis2. bila aku tengok kat hidung dia ada keluar cecair sikit, emm selsema rupanya patutlah tak mahu menyusu...last choice kena bagi jugalah nenen kesayangan dia nih...melekap dgn aku sampai jam 2.15 pg tapi masih tak lena tidur asyik terjaga2 sbb perut lapar dan tak selesa akibat selsema...

aku dah tak tahan sgt sbb tak tidur dr tadi, terpaksa kejutkan suami untuk tengokkan aisyah...suami try bagi susu pun dia tak nak,akhirnya dia ajak ayahnya main tekan2 laptop lagi sekali sampai dia letih...akhirnya baru masuk bilik utk tidur sekali lagi, tapi masih dlm perut kosong (sbb tak nak menyusu dr tadi) dan melekap kat aku sehingga ke subuh...

bangun pagi ni aku terasa macam nak MC tapi kekuatan tu datang dgn sendirinya bila tengok wajah mulus aisyah...takleh terlalu bermanja2, nanti anak dalam perut ni terikut sekali manjanya...aku mandi bersama aisyah, menyusukan dia sehingga habis 7 oz dan bersiap utk ke sekolah mcm biasa. aku terpaksa meninggalkan aisyah yg masih merengek2 tak mahu ditinggalkan. mungkin masih mahu memeluk aku utk tidur lagi pagi ni...tak boleh sayang ummi kena kerja...aku sempat berpesan kepada bibik, "tidurkan dia"...insya Allah bangun tidur nanti aisyah sihat seperti biasa semula...

hari ni di sekolah, aku agak tidak bertenaga, tapi masih boleh bertahan. mujurlah dgn adanya suami yg sentiasa membantu meringankan sedikit beban ini...orang lain lagi teruk dugaannya..aku hanya sekecil ini, takkan mahu mengalah?

ummi sayang aisyah,


Cerita kami.............

Em lama sgt tak update cite kat sini...saje nak kongsi pengalaman bercuti baru2 ni di KK, Kundasang, Ranau dan Tuaran...tempat tak penting tapi bersama siapa kita bersama kan? aku bahagia sgt bersama suami dan aisyah baru2 ni...entah kenapa kadang2 terasa amat merindui suami dan aisyah sewaktu berjauhan walaupun sekejap...contohnya sekarang ni kan, aku amat merindui suami,mengenangkan kebaikan dia, ketulusan hati dia, keikhlasan dia menerima aku seadanya...menyebabkan aku merasa bersalah sekiranya aku buat perangai...macam kat KK baru2 ni kan bang...tapi ini adalah rahsia kami, biarlah ia tidak menjadi tatapan umum...ianya hanya masalah kecil tapi aku yang memperbesarkannya sehingga merosakkan selama beberapa jam percutian kami...sehingga sekarang aku masih lagi menyesal dgn tindakan bodoh aku ni, maafkan saya bang, saya amat menyayangi abang.

mujurlah aku tidak berlama2an bermasam muka dgn suami, bila aku membelikan air kegemaran dia, dia terus tersenyum dan cakap "ingatkan dah tak ingat abang!!!"...mana boleh saya tak ingat abang, setiap masa dan ketika asyik memikirkan abang walaupun kita jarang berjauhan. setiap hari mesti bertelefon bertanyakan khabar abang, mesti nak dengar suara abang...

3 jun baru-baru ni genaplah usia perkahwinan kami yang keempat. tapi terasa masih baru. tidak pernah merasa jemu menanti kepulangan dia dr tempat kerja (kalau aku balik awal) tak pernah merasa letih menyediakan keperluan dia, dan dia tak pernah sekalipun mengguris hati aku...ahhh betapa bertuahnya aku memiliki dia...terima kasih YA ALLAH....

kehadiran aisyah selepas aku keguguran memberikan sinar bahagia dlm rumahtangga kami. tambahan pula aisyah merupakan cucu pertama sebelah suami menyebabkan beliau ditatang bagai minyak yg penuh...kini aku kembali tidak sabar menanti kelahiran adik aisyah, samada lelaki atau perempuan, kami menerimanya dgn hati terbuka...suami masih tetap memberi sepenuh perhatian kepada aku. menjaga emosi aku agar ceria selalu walaupun keadaan sebegini mengundang pelbagai mood aku akan tetap memberi yg terbaik utk suami dan aisyah...

salam sayang drpd ummi yang kerinduan...




Khamis, 28 Mei 2009

Suntikan Terakhir Untuk Aisyah


26 Mei lalu aku bawa Aisyah ke Hospital untuk mendapatkan imunisasi yang terakhir untuk Aisyah masa dia baby ni...bila dia berumur 7 thn nanti baru kena cucuk pula..

seperti biasa aisyah ditimbang dulu, alhamdulillah berat dia meningkat banyak sejak minum susu P******* ni. tinggi pulak naik 1 cm...pastu misi borak2 bagi nasihat dan tanya ttg perkembangan aisyah sekarang, aku pun cerita lah serba sedikit...

tiba masa untuk dicucuk tu, aku baca ayat **** dan hembus di bahu kanannya semoga dia dapat menahan rasa sakitnya. seperti sebelum ni aisyah tak pernah menangis lepas dicucuk.kecuali bila misi non-muslim yang cucuk hari tu...mungkin takleh terima kot misi tu buat kasar sgt dan yang penting dia tak mulakan dengan 'basmalah' dulu hehehe...

alhamdulillah, aisyah releks je bila dicucuk. sampai misi tu hairan sbb sebelum2 ni takde lagi baby yang releks dan cool macam aisyah lepas suntikan yang ini sbb menurut misi, jarum ni mmg untuk org dewasa!!! aku dan suami hanya tersenyum mendengarnya...selesai semuanya aku masih tak berhenti meniup bahunya dgn bacaan ayat **** ni tadi. semoga ia tak bengkak dan aisyah tak demam teruk lepas suntikan...

dari hospital kami ke Airport pula untuk setelkan bayaran tiket kapalterbang untuk balik kampung pada cuti bulan 8 nanti. apalagi aisyah bila nampak escalator di airport ni, melompat2 nak naik...aduhai, terpaksalah ayah dia bawak naik turun lif tu...aku tunggu dalam pejabat MAS untuk tunggu giliran bayar tiket...

selesai semua, ahh lega rasanya, urusan aisyah dah setel, dan kami pun dapat balik kampung wpun aku tengah sarat nanti...tawakal jelah...

cadangnya nak beli tiket feri untuk ke sabah pulak dalam cuti akan datang ni, tapi kesiankan aisyah bila tengok dia dah tidur keletihan dalam kereta,kami pun balik ke rumah...

malam- aisyah demam sikit, aku hanya lap kepala dan badan dia dgn tuala basah...sehingga ke hari ni, aisyah masih lagi demam tapi masih lagi aktif macam biasa. demam yang biasa, tidak terlalu membimbangkan aku...alhamdulillah....

Selasa, 26 Mei 2009

Akhirnya...

sejak aku mengandung kali kedua ni macam2 yang aku nak makan dan teringin sangat, salah satunya nak makan gulai kawah kenduri kahwin...sekarang manalah ada orang kawin, cuti nanti mungkin ada, tupun kalau dijemput!!!hehe..mujurlah ada seorang kakak yg sanggup masakkan utk aku, wpun bukan utk kenduri ala2 rasa kawah tu dah kira memenuhi impian 'anak' aku nih...anak ke???

setel yg itu timbul pulak mengidam yg lain pulak iaitu nak balik kampung!!! mengidam ke namanya nih?hampir setiap hari aku buka website airasia dan MAS. memandangkan cuti sekolah dah dekat, tiket pun makin mahal...apa yg aku ralatkan cuti ni abg sha dr jubail balik kampung...kalau aku tak balik, tak dapat lah jumpa dia kali nih...emmm mudah2an abg balik lagi cuti akhir tahun ni...

dan baru sebentar tadi bila aku buka website MAS, ada offer tiket murah utk cuti sekolah bulan Ogos nanti...ni peluang baik utk aku penuhi impian aku selama ni wpun waktu itu aku dah 34 minggu (MAS lepaskan sehingga 36 minggu). apa lagi aku cepat2 booking dan yg bestnya 1 ramadhan bersamaan 22 Ogos, bertepatan dengan bermulanya cuti sekolah...emmm bestnya...

baru tempah tiket...petang ni nak gi bayor...


nampak gayanya, cuti 2 minggu ni kami habiskan masa dengan berjalan sekitar sabah je lah..tapi kena beringat jugak sbb aku nih mudah sgt letih sekarang ni....

ni lah budak tomei yg suka sgt berjalan...mcm ummi dia....

Mari Bertaranum & Mari Mengaji

Minat aisyah sekarang ni ke arah mengaji...setiap kali lepas solat mesti dia sebut 'ji...ji' menandakan dia suruh aku amik al-quran dan mengaji bersama dia...emm suami aku ckp mujurlah anak rajin kalau tak umminya jarang mengaji!! hehe kena atas batang hidung aku yg kureng mancung ni ha...

memang dr awal lagi aku dah dedahkan aisyah dgn ayat al-quran, terutama dlm rancangan kegemaran aku ni Mari bertaranum dan Mari mengaji...moga2 dgn pendedahan awal ni dia menjadi anak yang suka membaca al-Quran. baru-baru ni aku belikan VCD Iqra' dan Mari Bersolat kumpulan Puteri. nampak gayanya suami langsung tak berpeluang nak tengok berita perdana dan aku terlepas tengok cerita kegemaran aku jam 4 pm tu 'Intan' gara2 si Aisyah akan datang bawak 2 remote, 1 utk tv dan 1 utk video menandakan suruh bukak VCD dia...bila aku on je, bukan main suka terlompat2 tengok kanak2 tu menyanyi sambil mengaji atau membaca niat2 solat...bila aku perhatikan semasa VCD ni dipasang mulut dia pun kumat kamit seolah2 mengaji sekali, dah puas berkumat kamit dia pun cari buku nota dia (khusus utk dia conteng dlm tu) dan sebatang pen utk menulis (konon2nya)sambil meniarap atau duduk, kadang2 tulis tangan kanan, pastu pindah pulak ke tangan kiri...gelihati jugak bila melihat telatah dia..sebab tu setiap kali balik kerja walaupun letih dgn tugas seharian, terasa hilang semuanya bila melihat perkembangan baru drpd dia setiap hari....



kesannya sekarang setiap kali aku atau suami solat, dia akan ikut pergerakan kami, siap dgn rukuk yg hampir tersembam tuh, sujud yang hampir kepada nak meniarap tuh, dan yg paling best tengok cara dia qiam tangan, mmg betul2 tepat cara qiam iaitu tangan kanan di atas tangan kiri, dan cara dia angkat takbir yg melucukan, betul2 mengusik hati aku ni...budak sekecil ni rupa2nya bijak memerhati apa yang dilakukan oleh orang di sekelilingnya terutama ayah dan ibunya...so jangan sesekalai buat perkara yng tak elok depan anak, sbb bila anak ikut itu sebenarnya salah kita sendiri...

hobi terbaru sekarang ni ialah bila berjalan di shoping complex, dia suka sangat naik tangga lif atau tangga biasa...yang peliknya dia akan ingat jalan menuju ke lif berkenaan, apa lagi ayah dia lah yg jadi mangsa naik turun tangga ni..kalau aku mmg tak larat dah sekarang ni...naik turun tangga di sekolah walaupun baru setingkat dah termengah2 wpun baru 5 bulan hehehe...mengandung di usia tua beginilah...kemudian bila dah naik ke tingkat atas, dia akan pergi ke bahagian Toys untuk peluk cium anak2 patung di situ...sambil sebut 'mek..mek' sebab nama teddy bear dia kat rumah tu aku bg nama mek putih...duk situ 15 minit ke setengah jam, ayah dia pun dah penat tunggu, barulah turun balik guna escalator yg sama tadi...bayangkan kami bawa dia setiap malam!!! fuh letih tuh...

kemudian sampai rumah, minta VCD pulak, tapi kadang2 ayahnya langsung tak layan, dia mengamuk2 terus peluk aku ajak masuk bilik dan terus tidur...tapi yan bestnya malam tadi (sebelum ni dah buat sekali) jam 3 pagi gitu, dia bangun kejutkan aku, pegang dan tarik tangan aku ajak ke ruang tamu pastu tunjuk tv dan remote...alamak tensyeeeennya ummi...terpaksa lah bukak biar dia layan sorang2, aku masuk tidur balik...pastu dengar suara suami tegur dia...emm biarlah suami yang teman...aku sambung tidur. hehe jahat kan? tak sampai setengah jam dia pun dtg depan muka aku, minta simpati angkat ke katil utk tidur bersama...aduhai aisyah...

inilah saja utk kisah bersepah2 aku kali nih...

wassalam

Jumaat, 8 Mei 2009

Fisrt time dpt award ni...



aku dapat award ni drpd sya...terima kasih sya sbb bagi akak award ni...sebenarnya ni pertama kali tau akak dapat...akak pun suka blog sya tau...akak tak ramai kawan bloggers di alam maya...hehehe... sya antara kawan yg sudi baca bebelan akak di sini...

tq so much...