Khamis, 2 April 2009

Baby kedua....


Alhamdulillah, mengandung kali kedua ni (sebenarnya ketiga, first dulu aku mengalami keguguran semasa usia kandungan 3 bulan)aku tak mempunyai alahan yang teruk sebagaimana mengandungkan Aisyah dulu. alahan, loya dan tak lalu makan semakin berkurangan, tidur makin lena dan cergas menjalankan rutin seharian.

sepatutnya semalam iaitu 1 April 2009, jam 2.00 petang aku ke Klinik untuk pemeriksaan bulanan bg ibu2 mengandung tapi, entah macammana aku terlupa dan terpaksa lah ke klinik hari ni..harap2 misi tu tak marah aku...hehehe...pemeriksaan yg pertama pada 3/4/2009 lalu, keadaan aku stabil dan normal. harap2 bulan ni aku tiada masalah juga. bimbang juga akibat kesibukan dan kecergasan aku di sekolah,(sehinggakan kawan2 sering mengingatkan aku yg aku ni berbadan dua, jgn jalan laju sgt!!!, hehe dah mmg style aku kot, tak reti nak jalan slow, sbb tu tak suka pakai tumit tinggi...bukan tak suka, tapi mmg tak pandai...kalau pakai mmg gerenti nak tersembam la kot!!) tekanan darah aku naik ke, rendah kerr...tak suka kalau misi tulis report aku dgn pen merah!!! ada ke gitu?

berikut adalah maklumat tentang kandungan aku yang kedua nih...hepi sangat2 nak terima cahamata yg kedua...
My due date: Tue, September 29th ,2009 -
Last menstrual period: Tue, December 23rd ,2008(first besday Aisyah)
Ovulation date: Mon, January 5th ,2009
Conception date: Tue, January 6th ,2009
Implantation date: Wed, January 14th ,2009
Due date: Tue, September 29th ,2009
Still to go:
180 days to go

sekarang aku dah masuk ke trimester kedua iaitu dah 14 minggu 2 hari. mengikut perkembangan baby dalam kandungan, masa ni baby dah jelas kelihatan anggota badan (mcm gambar di atas) dan aku dah mula merasa pergerakkannya dalam rahim...

nak tahu / kira usia kandungan anda? sila lawati http://www.pregnology.com/

siap disertakan perkembangan baby dalam rahim lagi..takjub sangat2.

Tiada ulasan: