Rabu, 25 Februari 2009

Album....



Saje je nak letak gambar2 Aisyah selama dia berumur satu tahun ni...
banyak perbezaan jika dibandingkan dengan wajah dia mula-mula lahir dulu...
moga anak ummi sihat selalu. amin

Selasa, 17 Februari 2009

Alhamdulillah....

Alhamdulillah, pada 11-14 hb baru-baru ni abg sha selamat mengerjakan umrah...untungnya berada di Tanah Arab, Allah mudahkan perjalanan beliau untuk ke sana. perjalanan dari Jubail ke Tanah Haram, Makkah al-Mukarramah selama 13 jam dengan menaiki bas.
tambang pun murah ajer, SA 70.00 = RM 70.00. em bila lah aku nak ke sana...biarlah ayah dan ummi dulu ke sana, baru aku dan suami pulak menjejakkan kaki ke Tanah Haram ni.. suami dah janji, alang-alang ke Makkah dia nak bawa aku melawat tempat dia belajar dulu...em bila lah saat itu akan tiba. aku mohon Allah panjangkan usia kami dan dapat mengerjakan Rukun Islam kelima ni bersama-sama.

baru tadi abg sha hantar gambar2 semasa beliau berada di Makkah dan Madinah...untuk Kak Tie dan Anak-anak, bolehlah tengok untuk melepaskan rindu di hati setelah 2 bulan berjauhan....








Isnin, 16 Februari 2009

Solat Hajat dan Bacaan Yasin Untuk Adik Amir Yusuf

Sejak mendapat alamat blog ini fajaril.net melalui sya, hampir setiap hari aku membaca kisah Adik Amir Yusuf yang mengalami komplikasi otak, jantung dan pelbagai lagi sejak lahir...Ya ALLAH hanya TUHAN yang tahu perasaan ini apabila bait demi bait kisah yang diceritakan oleh ayahandanya amat2 menyentuh hati ini ( bagi aku en. fajar merupakan seorang penulis yang sangat baik).

di sini aku ingin mengalu-alukan kepada sesiapa yang membaca coretan ini, agar dapat lakukan solat hajat dan bacaan yasin untuk adik Amir Yusuf semoga dia cepat sembuh dan tidak lagi menderita dengan penyakitnya itu... Paling kurang sedekahkan selawat dan Al-Fatihah semoga jiwanya kuat melawan penyakit...

Ya ALLAH, sesungguhnya aku yakin, tiada yang sia-sia di TANGAN MU...

Jumaat, 13 Februari 2009

Selamat Pengantin Baru Miji...

Glitter Photos

Tanggal 8/2/2009 baru-baru ni, Miji selamat disatukan dengan Siti Aisyah. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. aku dimaklumkan majlis ni sangat sederhana tetapi meriah. ini lah ciri-ciri majlis perkahwinan yang dialu-alukan dalam Islam. tapi time aku nikah dulu, boleh thn jugak besornya...hehe...

untuk miji, adik lelaki aku yang sorang ni, (dah lama sgt tak jumpa dia), kami sekeluarga ucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, jangan gaduh-gaduh dan selesaikan masalah rumahtangga dengan penuh hikmah.

aku tak dapat menghadiri majlis ni, sebab tarikh yang dipilih bukan dalam cuti persekelohan, masa miji bertunang dulu pun aku tak dapat datang sebab duk kampung suami...hanya doa sahaja dari aku yang kejauhan ni yang dapat aku kirimkan...
Glitter Photos

semalam, ayah maklumkan, ummi demam teruk, mungkin agak kepenatan dengan majlis sebelah lelaki pulak nanti yang akan diadakan pada 14 FEB ni..kesian ummi, terlalu banyak sangat kerja yang hendak dibereskan. mujurlah ada wani yang boleh membantu...harap-harap ummi cepat sembuh hendaknya...

Selasa, 10 Februari 2009

Bayi sujud dalam rahim ibu



cuba anda lihat video di atas, pastinya akan menemui keajaiban kehidupan dalam rahim...subhanallah...

dah lama tak entry cite kat blog nih...sibuk dan agak kepeningan sikit...pening? adakah aku berbadan dua? emmm kalau gitu, tak lama lagi aisyah akan dapat adik la!!!

sebenarnya klip video di atas, mengingatkan aku tentang apakah amalan aku sewaktu mengandungkan aisyah dulu. insyaAllah kalau ada rezeki lagi, aku nak jadi lebih baik dan menjaga semua amalan semasa mengandung. takde lagi mood2 yg kurang baik semasa mengandung tu...sian kat suami aku...selalu sgt kena melayan karenah aku yg ntah apa2 masa mengandung...menyesal pulak???

kepada ibu2 yang sedang mengandung, jagalah amalan perbuatan anda kerana di dalam rahim anda ada amanah yang asalnya fitrah, suci dan bersih...ia akan terbentuk hasil dari corak yang anda hasilkan...wallahua'lam....