Jumaat, 13 Februari 2009

Selamat Pengantin Baru Miji...

Glitter Photos

Tanggal 8/2/2009 baru-baru ni, Miji selamat disatukan dengan Siti Aisyah. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. aku dimaklumkan majlis ni sangat sederhana tetapi meriah. ini lah ciri-ciri majlis perkahwinan yang dialu-alukan dalam Islam. tapi time aku nikah dulu, boleh thn jugak besornya...hehe...

untuk miji, adik lelaki aku yang sorang ni, (dah lama sgt tak jumpa dia), kami sekeluarga ucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, jangan gaduh-gaduh dan selesaikan masalah rumahtangga dengan penuh hikmah.

aku tak dapat menghadiri majlis ni, sebab tarikh yang dipilih bukan dalam cuti persekelohan, masa miji bertunang dulu pun aku tak dapat datang sebab duk kampung suami...hanya doa sahaja dari aku yang kejauhan ni yang dapat aku kirimkan...
Glitter Photos

semalam, ayah maklumkan, ummi demam teruk, mungkin agak kepenatan dengan majlis sebelah lelaki pulak nanti yang akan diadakan pada 14 FEB ni..kesian ummi, terlalu banyak sangat kerja yang hendak dibereskan. mujurlah ada wani yang boleh membantu...harap-harap ummi cepat sembuh hendaknya...

Tiada ulasan: