Selasa, 30 Jun 2009

Masih lagi merindu....

cahaya hati ayah dan ummi...

Hari kedua suami berkursus, aku dan aisyah makin dapat menyesuaikan diri...cuma masih merindui dia...emmm kursus hanya beberapa hari tetapi merasa seperti kena tinggal berbulan2..hehehe..

setiap kali aisyah meragam, aku akan dail nombor ayah dia...terus senyap...hehe..tapi kejap ajer...tak mo lah ganggu suami aku yg sedang berkursus tu. kenalah jugak melayan karenah manja dia yg semakin menjadi2 tu sekarang...

balik dr sekolah semalam, aku tengok aisyah belum tidur petang, bila aku tanya bibik, rupa2nya aisyah tidur lama waktu tengahari tu...apa lagi seawal jam 7 malam, dia dah mengamuk2 nak tidur...tak sampai 10 minit dia dah nyenyak...tapi jagalah, jam 10 malam dia bangun semula nak main2 kat ruang tamu macam biasa...aku tengok CD dia basah (sbb pakai sekeping je td) terus tukarkan yg baru, bagi susu, tengok TV kejap...jam 11 malam sambung tidur semula...fuh lega...

pagi tadi - agak segar sikit bila dapat tidur nyenyak wpun tak lama...lepas masak, mandi dgn aisyah, dia masih selsema ringan, pesan itu ini kat bibik, terus pergi kerja...kali ni aisyah menangis pulak bila nak kena tinggal..alahai kesian dia...

sabar ye sayang..rindu ayah yer?

Kena tinggal...

Aku dan Aisyah kena tinggal dengan ayah Aisyah utk beberapa hari sebab ayah ada kursus di KL pada 28-1 Julai nanti...

28 hb - seawal jam 7 pagi aku dan aisyah hantar ayah ke airport. aisyah bukan main suka lagi sebab ingatkan kami nak bawa dia jalan2..mungkin sbb tengok bagasi ayah tu. sampai di airport, dah ramai yang beratur untuk check-in...ayah minta ummi terus balik, tapi ummi nak jugak tengok ayah berlepas...emm dah lama tak berpisah macam ni terasa syahdu pulak...sebelum berpisah ayah sempat main2 dengan aisyah, naik turun lif, tangga dan bergurau senda, aku minta izin nak balik, cium tangan abang dan rasa mcm nak menitik pulak airmata nih...hehe...saat untuk meninggalkan perkarangan airport tu aisyah menangis2 bila tengok ayah dia tak masuk ke dalam kereta, dia pun bukan main lagi menangis dengan sekuat-kuatnya sambil tunjuk ayah...dia nak ayah masuk jugak ke dalam kereta tu...alamak masa ni ummi dah sebak sgt2 tapi kena kuat...terus je memecut meninggalkan ayah sambil tu pujuk aisyah dan berikan dia handphone, aku dailkan no ayah, terus dia diam dan tak menangis lagi...lega...

sampai di rumah, suapkan aisyah breakfast dia, bg susu tapi dia tak nak...mengamuk2 sikit terus nak tidur..aku pulak..ahh tak betahnya tinggal di rumah tanpa abang..sunyi sepi rasanya. untuk menghilangkan kesunyian yg melanda ni aku menyiapkan kerja rumah, jemur kain, sapu lantai, kemas sikit2...masak utk tengahari dsb...bila aisyah dah bangun nanti semua kerja dah beres dan aku boleh main dengan dia...sengaja tak suruh maid datang...kadang2 aku lebih selesa hanya tinggal bersama aisyah...

petang menjelma - aisyah tidur sebelah petang pulak, aku kesunyian lagi...telefon abang. menangis pulak kali ni bercakap dengan abang...alamak haru ni, mesti abang balik nanti aku jd bahan ejekan..puas jugak abang pujuk supaya aku bertahan, sabar dan macam2 kata2 semangat dia bagi supaya aku berhenti menangis, tapi entah kenapa petang itu aku benar2 merasa kesunyian tanpa abang di sisi...akhirnya reda juga...bila aisyah bangun aku bawak dia jalan/main2 di rumah jiran dan di pdg permainan...dah hampir maghrib baru pulang...sunyinya tanpa abang!!! mujur ada aisyah pengubat hati ummi...

malam pun tiba - aku melayan aisyah seperti biasa...melayan karenah dia, kejap mood ok kejap mood kureng...mungkin rindukan ayahnya dan ternanti-nnati kepulangan ayah dia...selalunya malam2 begini ayah suka bergurau dengan aisyah, main nyorok2, main kuda2, geletek2 dan macam2 lagi...tapi malam ni...ummi hanya mampu melihat aisyah bermain seorang diri, kesian aisyah...

seawal jam 9 lebih aku dah ajak aisyah tidur...mujurlah dia tidur terus tapi ummi pulak yang susah utk lelapkan mata...jam 4.30 pagi aisyah bangun, ajak ummi untuk temankan dia tengok VCD jawi di ruang tamu...ahhh tak laratnya..tapi ikutkan jua kehendaknya...jam 5 lebih baru sambung tidur semula...

isnin - pagi, aku memasak seperti biasa, mandi dengan aisyah, suapkan mee goreng sikit utk dia...dan terus ke sekolah...badan, kepala, emosi semuanya berada dalam keadaan lemah...betapa sukarnya hidup ini tanpa insan bergelar suami...

abang - tak sabar menunggu kepulangan abng...cepatlah balik...

Isnin, 22 Jun 2009

Aisyah genap 1 tahun 6 bulan...

Esok 23 jun, umur aisyah dah 1 thn 6 bulan...
mai kita tengok apa perkembangan aisyah sekarang...

1) dah pandai makan sendiri menggunakan sudu... tak tumpah tau...
2) gigi taring dah naik di kanan kiri..menjadikan gigi aisyah hampir penuh kesemuanya.
3) pandai berlari
4) pandai sebut ummi, abi dengan jelas(ayahnya membahasakan ayah tapi anaknya panggil abi!! macamna tu?)
5) faham arahan
6) pandai mengajuk perbuatan ayah dan ummi ketika mengaji dan berbual dlm telefon...
7) tak suka gosok gigi...emm dah kuning gigi aisyah tau!!
8) suka bercakap sorang2 atau dgn ummi dan ayah(bhs dia yg kami tak faham)
9) suka berangan depan kamera, konon2 ada org ambil gambar dia...
10)makin bijak anak ummi nih....




Aisyah meragam sikit....

Malam tadi aisyah tidur awal, seawal jam 8.00 malam. selalunya 9 lebih baru ajak ummi tidur anak dara sorang ni...aku pun berkira2 dlm hati, kalau tidur awal mcm ni, mesti tengah malam kang dia bangun ajak aku main2 atau tengok VCD dia...

selama dia tidur tu, tak pulak mata aku ni dapat dilelapkan, keluar ke ruang tamu tengok suami duk wat kerja ngan laptop, aku minta dia urutkan belakang dan kaki aku nih...selesai semua, aku masuk tidur balik, alih2 jam 11.30 mlm aisyah terjaga nak susu, aku buatkan susu, dia tak nak, dia nak nenen jugak...alamak!!! haru jugak nih..pastu dia tarik tangan aku ajak ke ruang tamu...mujurlah suami belum tidur, boleh temankan dia sekejap, main2 laptop dan tengok gambar2 dia masa kecil sampai lah dia mengantuk semula. try bagi susu, masih tak nak susu sampai menangis2. bila aku tengok kat hidung dia ada keluar cecair sikit, emm selsema rupanya patutlah tak mahu menyusu...last choice kena bagi jugalah nenen kesayangan dia nih...melekap dgn aku sampai jam 2.15 pg tapi masih tak lena tidur asyik terjaga2 sbb perut lapar dan tak selesa akibat selsema...

aku dah tak tahan sgt sbb tak tidur dr tadi, terpaksa kejutkan suami untuk tengokkan aisyah...suami try bagi susu pun dia tak nak,akhirnya dia ajak ayahnya main tekan2 laptop lagi sekali sampai dia letih...akhirnya baru masuk bilik utk tidur sekali lagi, tapi masih dlm perut kosong (sbb tak nak menyusu dr tadi) dan melekap kat aku sehingga ke subuh...

bangun pagi ni aku terasa macam nak MC tapi kekuatan tu datang dgn sendirinya bila tengok wajah mulus aisyah...takleh terlalu bermanja2, nanti anak dalam perut ni terikut sekali manjanya...aku mandi bersama aisyah, menyusukan dia sehingga habis 7 oz dan bersiap utk ke sekolah mcm biasa. aku terpaksa meninggalkan aisyah yg masih merengek2 tak mahu ditinggalkan. mungkin masih mahu memeluk aku utk tidur lagi pagi ni...tak boleh sayang ummi kena kerja...aku sempat berpesan kepada bibik, "tidurkan dia"...insya Allah bangun tidur nanti aisyah sihat seperti biasa semula...

hari ni di sekolah, aku agak tidak bertenaga, tapi masih boleh bertahan. mujurlah dgn adanya suami yg sentiasa membantu meringankan sedikit beban ini...orang lain lagi teruk dugaannya..aku hanya sekecil ini, takkan mahu mengalah?

ummi sayang aisyah,


Cerita kami.............

Em lama sgt tak update cite kat sini...saje nak kongsi pengalaman bercuti baru2 ni di KK, Kundasang, Ranau dan Tuaran...tempat tak penting tapi bersama siapa kita bersama kan? aku bahagia sgt bersama suami dan aisyah baru2 ni...entah kenapa kadang2 terasa amat merindui suami dan aisyah sewaktu berjauhan walaupun sekejap...contohnya sekarang ni kan, aku amat merindui suami,mengenangkan kebaikan dia, ketulusan hati dia, keikhlasan dia menerima aku seadanya...menyebabkan aku merasa bersalah sekiranya aku buat perangai...macam kat KK baru2 ni kan bang...tapi ini adalah rahsia kami, biarlah ia tidak menjadi tatapan umum...ianya hanya masalah kecil tapi aku yang memperbesarkannya sehingga merosakkan selama beberapa jam percutian kami...sehingga sekarang aku masih lagi menyesal dgn tindakan bodoh aku ni, maafkan saya bang, saya amat menyayangi abang.

mujurlah aku tidak berlama2an bermasam muka dgn suami, bila aku membelikan air kegemaran dia, dia terus tersenyum dan cakap "ingatkan dah tak ingat abang!!!"...mana boleh saya tak ingat abang, setiap masa dan ketika asyik memikirkan abang walaupun kita jarang berjauhan. setiap hari mesti bertelefon bertanyakan khabar abang, mesti nak dengar suara abang...

3 jun baru-baru ni genaplah usia perkahwinan kami yang keempat. tapi terasa masih baru. tidak pernah merasa jemu menanti kepulangan dia dr tempat kerja (kalau aku balik awal) tak pernah merasa letih menyediakan keperluan dia, dan dia tak pernah sekalipun mengguris hati aku...ahhh betapa bertuahnya aku memiliki dia...terima kasih YA ALLAH....

kehadiran aisyah selepas aku keguguran memberikan sinar bahagia dlm rumahtangga kami. tambahan pula aisyah merupakan cucu pertama sebelah suami menyebabkan beliau ditatang bagai minyak yg penuh...kini aku kembali tidak sabar menanti kelahiran adik aisyah, samada lelaki atau perempuan, kami menerimanya dgn hati terbuka...suami masih tetap memberi sepenuh perhatian kepada aku. menjaga emosi aku agar ceria selalu walaupun keadaan sebegini mengundang pelbagai mood aku akan tetap memberi yg terbaik utk suami dan aisyah...

salam sayang drpd ummi yang kerinduan...