Isnin, 30 Jun 2008

Adik Amry dan PMR

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Tahun ni genap umur adik bongsuku yang ke 15 tahun...em dah besar rupanyer dia...kejap je kan..kalau nak tahu, nama dia Mohd Shahrir Amry tu, aku la yang buh...asalnya nak buh Mohd Shahril Amri, ntah cammane ayah tukar kepada Shahrir...emm pasal apa 'Amry'? seingat aku, masa dia lahir ari tuh (tahun 1993, aku Form 3)), glemer sgt pencipta lagu yang bernama Saari Amri, kenal kan? aku pula minat sgt lagu2 dia yg tangkap cintan tuh...bila dia selamat dilahirkan jer, ayah dgn ummi suka pula nama tuh, maka bernama lah adik aku yg debab tu Mohd shahrir Amry...(sib baik dia tak cenderong nak jd penyanyi, hehe)
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]
tengok tu, malu2 jer nak bergambar dgn kak...

apa yang special lagi ttg kelahiran Amry ni, dia dilahirkan dalam bulan yg sama dgn aku,iaitu aku pada 8 JULAI, dia pula 9 JULAI...masa 8 JULAI tu, aku doa2 juga dia sama birthday dgn aku tp tak..kebetulan aku balik dr asrama time tu, jd sempat la tgk ummi menahan dan menanggung kesakitan sebelum melahirkannya...masa dia kecik, comel sgt orgnyer, kulit putih gebu, tapi bila dah besar ni come juga, kulit pun makin bertambah gebunya...hehehe...

apa lagi ttg adik amry yer? dia ni pendiam sgt orgnyer, hanya 'riuh' dgn kwn2 rapat dan kakak dan abg yg rapat dgn dia...walaupun dia masih 'budak' lagik, tapi aku tahu dia sorg yg baik hati, kan kan... lagi satu dia ni jenis 'pick-up' belajar tapi jenis duduk dlm kategori pemalas jek..result exam selalu yang terkebelakang...em geram betul aku.tapi tak pe dik dulu kak pun malas juga tp TUHAN bagi otak geliga, last minute study pun boleh cemerlang lagik tuh....hehehe..tapi jgn tiru macam kak,sbb kak mmg dah dilahirkan terer...hehe jgn marah haa...nanti cpt nampak tua...
ummi pernah citer, tahun lepas ms amik result exam dia, kebanyakan subjek semuanya dalam dakwat merah (em apa lagi failed le tuh.. )ummi punya la malu, tahun depan dah tak nak gi amik result dia lagi...tapi dia lagi suka..adik adik....
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]
bila PMR makin dekat nih, aku bimbang juga kalau2 dia tak dapat wat yang terbaik...bukan apa, bila adik2 berjaya, kak tumpang senang hati, ayah dan ummi pun suka tengok semua anak2 semuanya berjaya..kak yakin, adik amry ni boleh berjaya dan buat yg terbaik cuma kena buang sifat malas dan banyak main komputernya tu...sbb dia punya otak yg sama dgn kak punya otak...yihaaaaa...betul kan kan kan?hehehe
buktikan dik, adik mampu buat yang terbaik dalam PMR sbb adik la orang last dalam keluarga kita yang amik PMR!!! jadi mesti bagi yang kaw2 punya tau...Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

aaa...baru jelas, ish berserilah muka adik, pakai apaa aaaa...hehehe

Khamis, 26 Jun 2008

insan2 yang membahagiakan hidup ini...

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]
saat aisyah dilahirkan...
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]
bersama ayah dan ummi...
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]
kenangan bersama atuk dan nenek...
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]
aisyah didukung ummi...

tayar pancit la pulak...

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]
ayah tengah nak bukak tayar pancit..

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]
sempat lagi posing dgn aisyah smentara tunggu ayah siap tukar tayar


25 Jun 2008
semasa dalam perjalanan ke SM Sains (sebab ada pertandingan nasyid sempena karnival anti dadah), tiba2 terdengar bunyi macam tayar kuar angin (pius! camtu ke bunyinya?) dan letupan kecil secara mengejut. aku ingat kete yang sebelah sana, tapi mmg dlm hati agak dah ni mesti tayar kete aku nih.( sbb sebelum ni ayah dah tegur tayar botak, aku ckp em tak pelah tunggu gaji tukar, mmg betul, tepat2 hari gaji, dia meletop minta diganti)..mujur la pancit kat depan sekolah dah. teruskan juga masuk ke perkarangan sekolah sbb dekat je lagi nak sampai, lagi pun tak terasa pula mcm tayar pancit (lelong ke, bunyi gedek-gedek ke) tu sbb berani je pandu terus...h/p pulak tertinggal kat rumah (padahal terselit celah beg) jd bila sampai cari k.shidah pinjam h/p dia call hubby bagitau hal nih..hubby ckp tgu dia abis mesyuarat di jabatan..alamak lama la lg nak tunggu. takpe lah..layan tengok budak2 ni bernasyid dulu..pastu hubby sms k.shidah, dia mgkn lmbat lg balik, so mintak aku balik dgn sesapa dlu..sekali lg minta tlg k.shidah hantar balik ke rumah..(k.shidah ni orgnya baik hati sgt2. tq kak...)tepat jam 5 ptg sampai, terus suruh lin balik, ari ni lewat la sikit dia balik...tapi dia ok jer..tq lin..tunggu hubby balik, em lamanya dia mesyuarat..bw aisyah keluar dulu amik angin petang..tak lama pas tu hubby sampai, aisyah suka sgt tgk ayah dia...
pas minum n solat asar, kami semua pergi ke kereta naik motor jer..bukan main suka lagi aisyah kena angin...amboi2...
hubby terus jek tayar, time nak cabut tayar tak dapat sbb cam ketat jer...dia tepon zaidi. zaidi pun tak berjaya keluarkan tayar tuh..em degil betul, tepon pula aziz, aaa baru berjaya bila aziz bw tukul dan guna kayu nak ketuk kasi keluar..terer jg aziz nih hehehe...dah setel seme, pas maghrib jg baru sampai rumah...terus mandikan aisyah dan bg makan bubur dia..pastu kami pun bersiap nak keluar bandar beli brg dapur sikit, hadiah utk lin dan brg2 aisyah, sambil tu nak isi angin utk tayar yg baru buh td...
balik dah jam 9 lebih, aisyah pun dah tidur...em sayang sgt kat hubby..dia terlalu banyak berkorban utk aku (tanpa aku sedari)...

makanan pejal aisyah yang pertama....

21 Jun 2008, genap umur aisyah ke 6 bulan...
hari ni ummi masakkan bubur nasi utk aisyah. ummi letak carrot, brokoli dan ikan bilis dalam bubur aisyah nih...

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

sebenarnya ummi tak sangka aisyah suka makan bubur yang ummi buatkan ni, banyak pula tu aisyah makan..walaupun baru pertama kali aisyah makan nasi, tapi aisyah tetap tak menolak..cuma ummi sedih aisyah makin kurang menyusu dengan ummi, kenapa syg? mungkin aisyah terlalu byk makan nasi tu menyebabkan kenyang dan tak mau nyusu dgn ummi lagi..tadi ummi baca di ratuhati.com, mmg kena suap sikit ajer, sbb ia makanan pelengkap ajer, ala ummi rasa bersalah sgt sebab ummi dah silap suap aisyah sampai kenyang, maknanya banyak la kan...ayah pun tegur juga jgn bg banyak sgt, biar aisyah menyusu dengan ummi banyak2....em tak pelah mujur ummi tahu awal, kalau tak sian aisyah kena suap nasi banyak2 dengan ummi...
adui, ummi byk konfius la syg. patut la jadi gitu...banyak yg ummi tak tahu pasal baby nih, ummi kena selalu cari maklumat, sbb impian ummi nak jadi ibu yang terbaik untuk aisyah...
namun ummi gembira menjadi ummi utk aisyah...harap2 ummi tak salah/silap menjaga dan mendidik mu untuk menjadi anak yang solehah...

Opsyen Persaraan

aku terlepas taklumat opsyen persaraan yang diadakan pada 20 jun baru2 ni. semalam gi jumpa kerani nak isi form tu. tanpa fikir panjang(sbb sebelum tu dah bincang dgn hubby biarlah aku pencen 55 thn sbb nak temankan dia yg dah pencen dah ms tu, INSYA ALLAH, moga panjang umur kami berdua, amin,) aku buat keputusan utk bersara umur 55 tahun, wp sekarang dah up ke 58 thn. tiba2 ustaz alias dtg, dia bagitahu dia pilih 58thn sebab boleh bersara bila2 samada nak 55 atau 56 thn, bila dgr camtu aku terus tukar balik pilihan aku td dan sign terus utk opsyen 58 tahun...bila jumpa hubby kat rumah aku bagitahu pasal pilihan tadi. dia ckp mmg la boleh bersara bila2 jer tapi bayaran pencen dibuat setelah umur 58 tahun...alamak, takkan kalau aku nak bersara awal (cthnya 55 thn) nak kena tunggu 3 tahun baru dibayar pencen tuh...dia pun ckp, tak telefon dia dulu sebelum amik keputusan nak tukar opsyen...aku pula tak tahu yg pasal bayar pencen sehingga 58 thn tuh, kerani tak inform pun..salah aku juga tak tanya lebih2...emm..tak pela utk menyedapkan hati, aku ckp nak jumpa kerani pagi esok utk tukar opsyen. so pagi ni terus jumpa kerani tukar opsyen ke 55 tahun..alhamdulillah selesai....

aku mula berkhidmat sebagai guru pada 2 Januari 2004
plus 30 tahun = 2034
masa tu umur aku tepat2 56 tahun...
tapi tak pilih opsyen 56 tahun sbb nak bersara awal lagi utk temankan hubby...

Rabu, 25 Jun 2008

kelas kemahiran al-quran


semalam ngajar macam biasa, ada masa lebih sikit, aku snap gmbr2 anak murid ku sayang nih...setakat nih pelajr2 aku yg terlibat dalam KKQ ni baik2 belaka, selalu dtg awal masa kelas KKQ..terima kasih semua..ustazah sayang kamu semua...

Selasa, 24 Jun 2008

bila aisyah dah 6 bulan...

23 Jun 2008, kami bawa aisyah ke hospital utk check up berat badan dan perkembangan aisyah…kali ni tak cucuk dah…aku balik jam 3.00 ptg, lin tengah lipat kain, aku terus dptkan aisyah dalam buaian, aku tengok dia tak tidur, tangan mcm terhimpit bwh badan, ish takkan lin tak perasan…aku bgtau, lin tangan aisyah terselit bwh bdn dia, sian dia, lin senyap aje..kadang2 aku susah hati jg bila maid aku ni terlalu pendiam sgt orgnye..aku tanya sepatah, dia jawab sepatah ajer…aku tanya 10 patah pun dia masih jawab sepatah…aduyai..tapi tak pelah selama 4 bulan dia kerja dgn aku ni, aku tgk dia jaga aisyah ok wp ada jg yg aku tak puas hati(yg lain2 tu, mcm wat kerja rmh dll tu aku tak kisah sgt, tapi ms aisyah tidur takkan dia tak tolong aku apa2 kan?).. aisyah bila nampak aku, tangan dah terkapai2 mintak kuar dari buaian, emm sian pula tgk dia, amik dan dukung dia dulu,sambil bagitahu aku nak semayang dan makan jap.. aku terus ke dapur tengok bubur aisyah yg aku masak pg td (saje la nak spot cek hehehe), aku pesan kat lin, sebelum bg aisyah makan bubur, hangatkan dulu, aku lupa nak ckp guna api kecik, aku terbau ada bau hangit dalam periuk bubur tu, aku tanya lin, kenapa hangit? Dia tak jawab, aku agak2 ni mesti sbb psg api besar, dia angguk, aku pun pesan, lainkali guna api kecik sbb bubur tu tak banyak, asalkan hangat sikit dah ok…aku tak nak stress kan diri aku sendiri, jd hal yg remeh cam tu aku tak amik kira sgt, lagipun aku tengok hanya hangit di sekitar periuk ajer, bubur tak hangit, rasa pun tak berubah lagi (nasib baik)…em lin..lin…

aku pun letak aisyah, dia merengek2 nak ikut…aku letak dalam walker, dia pun ok… terus gi bilik air, aku dengar suara aisyah kuat macam panggil aku jer, aku tgh amik wuduk ms tuh, try jenguk kejap, YA ALLAH, terkejut aku tengok aisyah dah hampir terjatuh ke bawah…sebab dia cuba nak berpaling ke arah aku yg membelakangi dia, jadi bdn dia berpusing dan punggung dia sengit dan terjerlus masuk dalam lubang tempat masuk kaki..sebelum betulkan kedudukan aisyah aku tunjuk kat lin keadaan aisyah, (tp dia tak de respon apa2 pun…mcm tak rs bersalah pun, duk ralit lg lipat kain..aduyai…)aku ni malas lah nak marah2 atau berleter panjang2 (mmg aku tak suka berleter dan dengar leteran pun), jadi aku hanya bagitau dia, aku jarang letak aisyah dlm walker sbb banyak bahaya, kalau nak letak boleh, tapi jgn tinggal aisyah sorg2 macam ni…(mungkin salah aku juga sbb aku yg letak, tapi apa yg aku harapkan dia dapat pantau aisyah ms aku tak de), mujur aisyah tak apa2…tak lama pas tu, hubby sampai, dia terus dapatkan aisyah, aku citer kes td, dia nasihatkan letak bantal kat dada aisyah supaya sempit sikit lubang bhgn kaki dia tu..dia pun suruh aku pesan kat lin macam tu…aku terima dan senyap ajer…2 kes yg menyedihkan aku sebagai seorg ibu dalam masa yg tak sampai setengah jam…emm…
apa yg aku perasan petang ni aisyah macam senyap sikit, tak aktif mcm selalu, mgkn sedih kot tinggal dia pg tadi. sebelum pegi kerja pg td, aku nampak mcm ada airmata kat hjg mata dia…dia nak menangis, tapi tak jadi bila aku agah2, akhirnya aku ke sekolah jg dgn doa aisyah ok dan selamat di bwh penjagaan lin..amin..

sambung balik, bila lin dah siap lipat kain, aku suruh dia balik sbb kami nak bw aisyah pi hospital.. aku pula bersiap nak sembahyang, hubby masuk bilik air..sebelum tu sempat jenguk aisyah yg baring dan golek2 bdn dia atas toto, dia ok aku terus solat…jam 3.45 baru bertolak ke hospital, sempat lg snap gmbr aisyah, mcm sedih jer muka dia..nape syg..ummi sayang sangat kat aisyah…

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]
sempat snap dulu sebelum sampai hospital...

berat aisyah 7 kg, tinggi pula 71 cm..perkembangan aisyah mengikut usia dia, baik dan memuaskan. Lepas misi tanya ttg susu yg aisyah minum dan berapa auns sehari, dia tanya pula soalan2 nih, baby sihat, aku angguk, baby dah meniarap (aisyah dah mula tunjuk nak meniarap masa berumur 2 bln lebih ), aku iyakan, baby dah pandai memandang ke arah bunyi, aku iyakan lagi, baby dah pandai pegang sesuatu bila kita bagi, aku iyakan juga…ok dia pun angguk tanda puas hati dgn keadaan aisyah.. alhamdulillah aisyah sihat…pastu dia soal lagi, puan merancang? Aku jawab, tak, terus je ringan mulut sambung ayat ni…kalau boleh nak mengandung lagi bila aisyah berumur setahun..dia tanya pula, nape tak tunggu baby umur 2 tahun, aku cakap, dah lewat sgt tuh, saya dah tua, kalau boleh nak anak cepat dan ramai..dia pun ckp, ala tak (tua) lagi, kita sebaya ni…aku senyap ajer..aku tak tanya pula dia berapa org anak…dah selesai semua, kami terus balik…aku bgitau aisyah, aisyah dah 6 bulan, berat aisyah 7 kg…dia suka ajer..em dalam hati ckp, cepatnye masa berlalu…dah 6 bulan anak ummi, jap lg 6 thn, pastu sekolah, besar….ahh aku hrp dpt melalui semua ni bersama hubby tersayang dengan aman bahagia…amin…

Hot Spring, Ranau

Akhirnya sampai juga kat sini..fuh ramainyer org..maklumlah cuti sekolah…tak tahu boleh mandi…emm rugi sgt tak dapat mandi dgn air panas tuh, nak rendam kaki pun tak dapat sbb ramai sgt org…ummi la nak sgt pegi tempat2 mcm ni, dah sampai tak dapat pula nak mandi manda…kalau tahu lah, mmg bw baju spare sbb nak berendam atau dalam kolam air pns nih, paling tidak pun mandi air terjun…em ruginya…
Ummi dan ayah ckp ni la pertama kali tengok air panas semulajadi mcm nih, jadi kami amik peluang basuh muka dan kaki, rugi pula tak snap air mata air panas nih, mmg tak pernah kering sejak dulu sampai sekarang…sambil2 tu aku duduk kat atas batu semulajadi yg mengelilingi air pns ni, mmg betul2 panas (mcm tungku lepas beranak gitu), duk lama juga, rasa sedap sgt…emmm…sementara tu, wani mije dan adik naik atas tengok air terjun, wani ckp 10 kali lebih cantik daripada air terjun kat BENTONG tuh tak ingat apa nama dia.…emm memangla.,,,ni kan air dr gunung yg plg tinggi di AT..
Dalam perjalanan balik, ummi jumpa botol air, dia suruh aku pi amik air panas ni wak balik..aku pun pergilah amik…alih2 baru nampak papan tanda tak boleh amik apa2 kat kwsn ni…ala nasib lah…bukan amik apa pun, air panas ni jer…hehehe…

Fuh letih…dalam perjalanan balik, lepas solat kat masjid kg dekat2 situ, tiba2 aisyah nangis kuat betul..dia nak tidur..td dia dah tidur tp terjaga sbb aku nak solat jap..ni nak smbung balik tidur, apa lagi mengamuk la dia…beranggapan yg dia mungkin panas, sbb tak mandi masa berenti masjid td, aku suh mije psg aircond…dia dpt rasa sejuk2 sikit dah takpe dah..lama juga mendodoikan dia nih..mcm2 lagu aku nyanyi…sedap ke tak sedap ke, korang dengar je la yer…aisyah plg suka lagu ‘bangun pagi’ dan ‘ saya ada 2 tgn’…selang seli dgn zikir, lama kelamaan dia pun tidur…fuh lega…

Masing2 duk melayan perasaan tu, tiba2 mije ckp, aik enjin mati? Aku dah kalut (tp kejap ajer) mana taknyer ada baby, brg2 lg, tgh pns lgi, tgh hutan lg..macam2 aku pk..hubby terus ckp start semula, tekan minyak..alhamdulillah hidup semula…fuh lega..sebenarnya dah beberapa kali jd gini..terutamanya ms psg aircond..balik nanti kena pi cek apa pula problem nyer kete ni…tak de lain la ni nak mintak duit aje lah…nak sampai ke KK tu, 2 kali juga la dia mati…last2 tak psg aircond…tak pelah aisyah,thn pns sikit yer…sampai di area kundasang, cuaca dah sejuk, mendung, kabus tebal, angin nyaman jer…emm aisyah pun makin lena tidurnya…wani pun koya jer…sbb apa…haa kn tunggu..

Sempat lagi singgah makan lokan dan minum air kelapa baker di tepi jalan…

memories at kundasang...






29 Mei 2008
Pagi-pagi lagi aku dah bangun buatkan sarapan utk semua, nasi goreng ajer…lagipun tak lena sgt tidur malam td, ..aisyah, aku tak mandikan, awal sgt lagi, sian pula dia sejuk nanti.
Jam 7 pagi, abg jasman dah ada kat bwh, bw dia pi sarapan kat kedai mamak dulu sebelum bertolak, aku mkn nasi goreng td dgn teh o kedai mamak tu, hubby minum milo pns, ayah, abg jasman dan mije di meja lain…ummi, adik dan wani tunggu dlm keter…
Sementara duk makan tuh, tauke mamak ni mesra alam pula bertanya itu ini mengenai aisyah. Dia tya aisyah hisap putting getah tak? Mulanya aku tak paham..dia panggil getah, aku panggil putting…oo hubby aku ckp baru aku paham..hehe..aku bgtau tak bagi, dia tunjuk bagus, siap citer lagi dia ramai cucu, takde sorg pun hisap getah tu, tak elok, nanti jongang!!! Ye ker? Ada kemungkinan betul jugak…tapi aku tak bagi utk aisyah bukan sebab takut jongang Cuma tak mau jadi habit, susah beb nak buang nanti, takkan sampai besar pun nak hisap mende tu lagi..ada baiknyer tak pyh bg…dia hisap jari dia udah ler…kdg2 sampai basah baju dia…normal la tu kan..

Dah siap semua, kami teruskan perjalanan ke Kundasang…mengambil masa dalam 2 jam lebih ajer..Mije drive kete, hubby duk tepi, aku n wani duk belakang…
Tempat pertama singgah ialah, kedai cenderahati tepi jalan di kundasang…ayah ummi seme turun tgk apa yg ada…kat sini baru aku perasan sandle aku takde sebelah (belah kiri)!!! Hah macamana nih…aku ingatkan kot2 ada bwh tempat duduk hubby ke,cari punya cari tak jumpa jg…alamak sygnyer…dahlah sandle tu hubby yg belikan, berghege pulak tu…sedih sgt…mujur wani bw sandle spare…emm wp tak berapa selesa nak pakai, dah itu je yg ada,pakai je lah…hubby tya, macamana la blh hlg sebelah, drpd hlg sebelah baik hlg dua2 belah!! Betul jg tuh…bila aku ingat2 balik, lepas makan kat kedai mamak td, aku masuk kete, masuk kaki kanan dulu, kaki kiri tinggal luar, hubby dtg nak jalan dah, dia nak tutup pintu kete sebelah aku ni, aku pun terus masukkan kaki, tanpa menyarung sandle yg aku syg tuh…agak2nyala kan…kalau tidak takkan boleh ada belah kanan je…emm takpe balik ke KK nanti nak pi sana cari sebelah lagi yg tertinggal tuh..dlm sedih2 tuh sempat lagi duk gelak2..bukan apa sebenarnya nak hlgkan sedih, gelak pun gelakkan diri sendiri camana lah boleh careless camtuh..ayah, ummi dan wani panggil aku kak wok…em kami je lah fhm apa maksudnya tu…cik bedah cik bedah…

Berenti kat sini ayah beli gendang org sabah, rm22 selepas tawar menawar…hubby beli madu asli rm 20 sebotol (botol air mineral yg 500ml tuh). Abg jasman ckp nak kenal madu asli, bila dituang ke bawah, dia lambat turun, kami ni pun percaya lah…tapi baru2 nih aku terjumpa petua nak kenal madu asli ialah bila dituang dia turun cepat sebab sifatnya ringan, yg berat tu kalau madu ditambah air gula!!! Biar betul abg jasman nih…fenin-fenin…

Kemdn kami ke Kinabalu Park, puas posing2, gi pula ke center point utk mulakan pendakian ke gunung kinabalu.jalannya curam turun bukit, naik bukit tinggi…sejuk…best…tengok kat aisyah tengah meneran..oo berak yer anak ummi nih…ni la kalau bw baby, kena stanby semuanya, kita bukan tahu bila dia nak berak dll…sampai je, hubby tlg aku bersihkan aisyah…bukan main suka lagi dia kena air…dah siap semua, join the group nak posing2 pulak…ni lah antara gmbr2 di kaki gng kinabalu…cewah…

Perut pun dah lapor, ajak semua gi mkn dulu. Lepas tu singgah la kejap di kedai2 tepi jalan yg banyak sgt2 sayur segar2 lagi, baru dipetik dr ladang…adik nak strawberry jer…fuh baru berapa tempat dah letih ummi aisyah nih..mujurlah aisyah ok, tak banyak ragam pun dlm perjalanan…suka sgt jalan, macam ummi nyer lah…

Jumaat, 20 Jun 2008

cuti-cuti Malaysia 1

25 Mei 2008
Ayah, Ummi, wanie, Mije dan Adik Amry sampai ke Labuan…pelbagai cerita lucu daripada Ayah dan Ummi sepanjang perjalanan ke sini. Asalnya flight bertolak jam 6.00 petang dr KL telah delayed ke jam 7.00 malam, perjalanan hanya mengambil masa selama 2 jam 15 minit. Lebih kurang jam 9.30 dah sampai..hampir jam 10 malam baru sampai ke rumah, yang lama sebab tunggu teksi..alhamdulillah semuanya selamat…

Sebaik tiba di rumah, mi dan ayah keluarkan baju2 kurung yang dijahit oleh K.Tie, TQ kak..kak tie adalah seorang kakak ipar yang paling baik pernah aku jumpa…nak jadi macam kak tie…emmm payah tu..hehehe..banyak juga baju2 baru utk aisyah, terima kasih atuk, nenek, mak long dan pak long…pastu makan malam, ni lah first time aku masak utk ayah dan ummi, sebelum ni aku tak pernah masak, bukan malas tau, tapi tiada kesempatan..hehe alasan jer…ummi tak de pula komen masakkan aku, dah pandai kot aku masak..ala yg simpel2 je utk makan malam ni…sup tulang, udang goreng kunyit, sayur sikit…em telur goreng…emm dah pun siap…

Borak-borak jap, ramainya org kg yg krm salam kat aku dan hubby, pastu semua masuk tidur zzzz…Aku dengan Aisyah masih terkebil2…sebelum ni dia selesa tidur sebelah aku depan tv di ruang tamu, jadi bila adik2 lelaki ada ni, aku n hubby tidur la dalam bilik tamu, ayah ummi dalam bilik besor, wanie di bilik pakaian…dah bertukar tempat tidur ni, apa lagi dia tak mahu tidur ler, asyik mengamuk menunjukkan protesnya..mujur tak kuat sgt nangis…terpaksalah keluar juga ke ruang tamu, menyelit mana2 tempat kosong utk tidur,hubby still tidur kat dlm bilik…emm puk-puk kat buntut dia pelan2, sambil dodoi lagu2 dia suka, akhirnya dia pun lena…fuh lega…aku pun tidur dalam senyum,sambil tu duk pasang angan2 nih nak jalan ramai2 di KK nanti…zzzz….

26 Mei 2008
Hari ni pagi2 bangun sebab nak pi hospital bawak Aisyah amik suntikan dos ketiga dan Aisyah pun dah 5 bulan…lepas sarapan dengan nasi berlauk Kak Som yg enak tu, aku pi dgn hubby. Ajak ummi dia tak mau ikut…cadang nak bw kamera utk snap gambar Aisyah kena suntik nanti, tapi rasa macam lebih2 lak…takpelah….
Sampai di hospital, mak aiii ramainya org,tunggula juga, lepas dapat giliran, kami keluar dulu, round2 bandar jap sambil pi pasar beli ikan tenggiri 2 ekor, besor2..maklumlah masa duk labuan ni le nak makan ikan sedap2 n segar2 pun..pastu balik semula ke hospital, ngam2 dalam 2-3 org lagi utk giliran Aisyah…
Bila no giliran aisyah displayed, kami sama2 terus ke bilik 3, misi suruh buka baju dll utk timbang…Ya Allah masa nilah Aisyah ketawa berdekah2, kuat pulak tu, sampai aku dgn hubby ni gelihati tgk dia ketawa, mungkin dia suka sgt kena tanggal baju(sejuk pulak tu kena aircond) sambil diperhatikan oleh misi tu…aku tengok ada najis sikit, mujur ada bawa spare drypers n tisu basah, duk bersihkan dia punya tu pun, dia masih lagi ketawa…emm anak ummi nih… misi tu pun gelihati tengok dia sambil dia cakap…aa ketawa yer, jap lagi nangis kena cucuk… pas timbang, berat aisyah 6.5 kg. tak gemuk tak kurus, maintain…selesai semua aku pakaikan balik baju, em masih ketawa aduhai…kuat pula tu, kami pun tak tahu apa la yg aisyah ketawakan tu….
Tiba masa utk cucuk, bila tengok misi td dia ketawa lagi…pastu aisyah dibaringkan utk cucuk, dia ketawa lagi tapi dah slow sikit, aku panggil nama dia..aisyah…aisyah berulang kali…agaknya dah letih ketawa, dia baru senyum ke arah aku dan misi td..misi bagi ubat polio ke dlm mulut aisyah, dia telan ajer, mgkn tak rasa apa kot. Bila tiba masa utk disuntik, misi suh pegang peha aisyah belah kanan, dia senyap ajer.. misi pun cucuk, dia hanya merengek perlahan, pastu bila jarum makin dalam, dia dah nangis, bila jarum dikeluarkan,makin kuat dia nangis, aku cpt 2dukung, hubby ambil dan bw dia keluar dr bilik tu, bw ke depan, aku kat dlm tggu misi bg ubat dan isi laporan kesihatan aisyah…masih dengar aisyah nangis.dalam hati aik knp lama sgt dia nangis kali ni…sebelum ni masa suntik umur 2 bln dan 3 bln, dia hanya merengek sekejap aje…selesai semua aku dapatkan hubby dan aisyah, aisyah dah reda tangisnya…sedih pula aku tengok…sampai tersedu-sedu anak ummi, aku tanya sakit? Dia rengek2 dgr suara aku..Emmm syg anak ummi…kami tak amik ubat demam sebab yg sebelum ni tak guna / buka pun lagi…terus ke kereta, dan menyusukan aisyah sambil tangan gosok pelan2 kat tempat cucuk td…aku bgtau hubby, sebelum ni aisyah tak de la nangis kuat mcm ni, dia pun tahu sbb sama2 tengok. Tapi pd pandangan aku mgkn cara misi td ada kekasaran sikit kot, takde ‘tomakninah’ org2 tua ckp..yg sblm2 ni misi ISLAM yg cucuk aisyah, dia baca BASMALAH dulu, pastu pelan2 je cucuk,jd takde la main cucuk asalkan masuk ubat jer..tp kali ni misi non MUSLIM, mgkn ini sedikit sebanyak mempengaruhi penerimaan Aisyah kot..WALLAHUA”LAM….

Kami pun balik, aisyah tidur di pangkuan aku… dalam hati bimbang jg kalau dia demam, nampak gayanyer tak jadi lah kami berjalan ke KK…

Malam tu aisyah demam sikit, aku bg dia ubat, dia minum, satu lagi tentang aisyah ni, dia paling senang makan ubat…tak kira la rasa apa pun dia telan jer..aku tanya hubby, kalau aisyah demam macamana? Nak pegi juga ke KK? Hubby ckp, kita bincangla dgn ummi n ayah..bila aku tya je ummi, dia ckp ala…baiklah nati si aisyah tu, tu la aku ckp jgn cucuk mu gi cucuk jg…hehe…sebenarnya sebelum pergi hosp pg
td, ummi dah larang aku gi cucuk aisyah, takut demam ler..tp aku berkeras nak pi sebab taknak lewat sgt aisyah dapatkan suntikan dia tu..nak ikut jadual imunisasi dia dgn tepat..hehehe..dalam hati doa je.mudah2an aisyah ok esok..

27 Mei 2008

gambar aisyah dengan cool fever nyer...
aisyah masih demam tapi tak lah panas sangat, aku letak cool fever kat dahi dia, lap dengan minyak kelapa seluruh badan dia (petua ni Kak Haryani bgtau, dia pun doctor yg suruh buat)…alhamdulillah makin ok dan baik anak ummi..ni gambar dia…

yahoo…aisyah tak demam dah menjelang petang tu, boleh la ummi bw aisyah jalan2 kat KK nanti..
Ferry ke menumbok jam 7.00 malam. Jam 5 kami dah betolak ke jeti sbb 2 kali trip, trip pertama hubby bawa mije, wanie n adik, trip kedua, aku, ummi dan ayah…lama jg nunggu di rumah, jammed agaknyer sbb waktu pulang dr pej masa ni…dalam 45 minit tunggu hubby sampai…

Fisrt time naik ferry ingatkan mabuk laut ke, pening ke..rupa2nya idok pun, ferry ni beso, jadi tak rasa sgt.macam duk atas rumah jer hehehe..ummi siap stanby duk kat kerusi yg tak lawan arus…hehehe
ferry yg kami naik ke Brunei dulu kecik ajer, laju pula tu jd aku rs gak pening2 lalat tp alhamdulillah tak muntah wp tengah mengandungkan aisyah 6 bulan ms tu…

Jam 8 malam baru ferry bertolak, aisyah dah mula tak selesa, dia nak tidur tapi keadaan dalam ferry yang bising (DJ ferry tuh psg lagu indon bukan main kuatnyer) menyebabkan dia tak nak tidur wp atas riba aku..emm camane ni…terus turun ke bhgn kargo kenderaan, duk dalam kete, psg aircond, tak lama pastu aisyah pun tidor…alhamdulillah…hubby mula2 temankan aku, pastu nampak aziz (kwn dia), dia pun pi borak sama2 diorang..dalam sejam je aisyah tidor, pastu jaga…tak pelah…janji dia dah tak demam dan mengamuk..tapi nampaknya dia suka sangat jalan2 kali ni…
Lebih kurang jam 11 baru sampai ke jeti menumbok, Hamdi (dia jiran kami di kg, dia kerja kat KK, dah naik pangkat jadi ASP sekarang nih, tp humble je orgnyer..)dan abg jasman dah tunggu sejak jam 6 lebih td…siannyer…
Singgah makan malam di Bandar Beaufort, aisyah pun bukan main terliur tgk nasi goreng ummi (emm kuatnyer ajinomoto)..nasi banyak sgt, aku tak abis makan, hubby suh budak tu tapau wat balik…sambung perjalanan ke KK…
Jam 2 pagi baru sampai…sebelum tu aku dah mintak tolong Hamdi carikan hotel jenis apartment utk kami. Mujur dapat apartment di Hotel Promenade di Api2 centre…ada 2 bilik, ruang tamu luas, ada dapur, 2 bilik air, ada kelengkapan dapur, peti ais, rice cooker, pinggan mangkuk, sudu cwn…pendek kata lengkap lah…aku ni tak tahu yg hotel ni sedia semua, siap bw lagi barang2 kat atas tu kecuali peti ais jer!!! Yang penting puas hati, harga semalaman rm 170..kira tebal jugalah nak huluq kat tauke cina tuh, tapi memandangkan bw keluarga jarang2 sekali bercuti mcm ni, kami tak berkira sgt..mujurlah tiket KL-LBN, LBN-KL disapot mije…heheh tq…

Ayah baitau, hamdi sanggup bagi pinjam kete dia, abg jasman jd driver kami..fuh lega, kalau tak melayang lagi duit nak sewa keter..dah jimat sikit, hya byr utk minyak kete dia dan duit kopi utk abg jasman ajer…alhamdulillah…
Aisyah? Aa…sesampai je kat apartment, aisyah ok takde apa masalah, lepas semuanya dah tidur, kami pun masuk tidur…aisyah pula meragam..menangis bukan main kuat, memang memecah keheningan malam tuh…sampai aku boleh decided nak balik labuan esoknye..hubby pula ikut ajer, tp kesian pula pada yg lain2, mesti x best kami takde...dalam duk berkira2 tuh, aku hubby n aisyah tidur dgn lena...zzzzzz

taman buaya, tuaran...

28 OGOS 2008
malam td tidur lewat, jd masing2 keletihan lewat jg bangun..lepas subuh tidur balik, aisyah pun lena sgt tidur jd aku pun layan je la mata nih..sedar2 jam 11 lebih..tengok hp ada sms dr hamdi dan missed calls dr abg jasman..aku pula pi silent, lupa nak loudkan nada deringnya...rupa2nya dia dah tgu lama kat bwh nak bw kami jejalan arini. apa lagi kelam kabut bersiap, jam 12 lebih baru seme turun...

jadi hari pertama di KK, dia cdg nak bawa ke taman buaya tuaran, sebelum tu makan dulu di tepi sungai (tak tahu nama apa, tp dekat dgn Pasar Philipine KK tu)

Ya allah, inilah kali pertama kami semua tengok betapa besonya buaya2 nih..macam2 jenis ada, tembaga, bukan tembaga, warna hitam, warna oren..macam2 lah yg ada..bayaran masuk hanya rm10..berbaloi la dapat masuk..dalam tuh selain buaya, ada juga berbagai2 jenis ikan, haiwan liar, burung, ular..apa lagi yerk...aaa flamingo dan rmh buluh...

ni antara yg sempat mije snap kat zoo tuh...



duduk atas buaya? buaya ni dah mati dan telah diawet sebagai kenang-kenangan hehehe


bergambar di rumah contoh..rumah buluh...


ayah bersama abg jasman..pemandu pelancong kami...fuyooooo..


aisyah sdg bergaya atas kuda yg diawet..amboi anak ummi ni..sukanyer dia..


alamak!! sebanyak2 buaya yg besar2 ada, yg ni je mije snap...emm tak pelah...sebenonya byk lagi,berekor2 lagi buaya yg besar2..aduhai sampai tak larat nak tengok...

hari ini...



sebenarnya hari ini genap umur Aisyah 6 bulan...maknanya anak ummi nih dah boleh start makan makanan pejal..emm apa yer nak bagi kat Aisyah sebagai makanan pertama aisyah..ummi buat bubur nasi yer...macam mana la agaknya penerimaan aisyah nanti, apa yg ummi tahu ttg makanan pertama utk baby, baby akan menolak dulu, bukan tak suka tapi itu adalah proses penerimaan makanan menggunakan lidah...em tak sabo rasanya kan sayang...

cuti-cuti Malaysia...

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

gambar kat bawah ni semasa dlm Ferry menuju ke jeti Menumbok KK...

ni adik aku yg paling bongsu, dia ni pendiam dan pemalu sgt orgnyer...hehehe

aisyah sebenarnya mak teh tak sabo nak jadi ibu...hehehe..yang berdiri tu ayah aku yg tercinta..

aisyah dgn ummi dan mak teh..

mak teh dan ummi ku yg tersayang...

Khamis, 19 Jun 2008

masa luang...



sepatutnya jam 2.30 tadi ummi kena menghadiri mesyuarat panitia, nak excape takleh sbb nak catat minit..masuk je bilik mesy, yg ada KP jer, k.ain..pastu utz zainal n kak shidah baru masuk..tunggu punya tunggu takde sape pun yg sampai..em nak teruskan meeting tak boleh sbb tak cukup 5 org..apa lagi, chit chat laa...tapi tak lama, 3.15 terus masuk bilik ummi..teringat pula blog ni, ummi corat coret je la apa yg patut sementara tunggu waktu balik..rindu sgt kat aisyah ni..sampai rumah nanti perkara pertama ummi buat ialah...cium pipi aisyah dulu...

time takde mende nak buat ni, ummi suka tengok gambar aisyah. antaranya gambar ni..aisyah tengah senyum..sejuk mata dipandang...hehehe..masa ni aisyah baru bangun tido kan..yang paling ummi kagum dengan sifat aisyah ni, dia tak nangis kalau bangun dari tido tapi dia senyum dulu..harap2 anak ummi jadi anak yang baik untuk ayah dan ummi yer..amin..





koleksi gambar tidur aisyah..

ni la gambar aksi aisyah dalam bakul...

aisyah dalam bakul!!!

haa tengok tu anak ummi ni duk dlm bakul kain ummi pula dah..sape yg letak aisyah dalam tu...ni mesti kerja ayah ni..ayah kan selalu buat aksi lasak2 utk aisyah..tapi aisyah kecik lagi la ayah..nanti aisyah dah besar, aisyah panjat belakang ayah tau...hehhe

rindunya kat aisyah..

lama sgt tak update blog ni..sekarang aisyah hampir ke usia 6 bulan..em tak sedar cepatnya masa berlalu..maknanya anak ummi ni dah boleh mula makan bubur nasi..tak sabo rasanya nak bg aisyah makan nasi..