Khamis, 26 Jun 2008

Opsyen Persaraan

aku terlepas taklumat opsyen persaraan yang diadakan pada 20 jun baru2 ni. semalam gi jumpa kerani nak isi form tu. tanpa fikir panjang(sbb sebelum tu dah bincang dgn hubby biarlah aku pencen 55 thn sbb nak temankan dia yg dah pencen dah ms tu, INSYA ALLAH, moga panjang umur kami berdua, amin,) aku buat keputusan utk bersara umur 55 tahun, wp sekarang dah up ke 58 thn. tiba2 ustaz alias dtg, dia bagitahu dia pilih 58thn sebab boleh bersara bila2 samada nak 55 atau 56 thn, bila dgr camtu aku terus tukar balik pilihan aku td dan sign terus utk opsyen 58 tahun...bila jumpa hubby kat rumah aku bagitahu pasal pilihan tadi. dia ckp mmg la boleh bersara bila2 jer tapi bayaran pencen dibuat setelah umur 58 tahun...alamak, takkan kalau aku nak bersara awal (cthnya 55 thn) nak kena tunggu 3 tahun baru dibayar pencen tuh...dia pun ckp, tak telefon dia dulu sebelum amik keputusan nak tukar opsyen...aku pula tak tahu yg pasal bayar pencen sehingga 58 thn tuh, kerani tak inform pun..salah aku juga tak tanya lebih2...emm..tak pela utk menyedapkan hati, aku ckp nak jumpa kerani pagi esok utk tukar opsyen. so pagi ni terus jumpa kerani tukar opsyen ke 55 tahun..alhamdulillah selesai....

aku mula berkhidmat sebagai guru pada 2 Januari 2004
plus 30 tahun = 2034
masa tu umur aku tepat2 56 tahun...
tapi tak pilih opsyen 56 tahun sbb nak bersara awal lagi utk temankan hubby...

Tiada ulasan: