Jumaat, 20 Jun 2008

cuti-cuti Malaysia 1

25 Mei 2008
Ayah, Ummi, wanie, Mije dan Adik Amry sampai ke Labuan…pelbagai cerita lucu daripada Ayah dan Ummi sepanjang perjalanan ke sini. Asalnya flight bertolak jam 6.00 petang dr KL telah delayed ke jam 7.00 malam, perjalanan hanya mengambil masa selama 2 jam 15 minit. Lebih kurang jam 9.30 dah sampai..hampir jam 10 malam baru sampai ke rumah, yang lama sebab tunggu teksi..alhamdulillah semuanya selamat…

Sebaik tiba di rumah, mi dan ayah keluarkan baju2 kurung yang dijahit oleh K.Tie, TQ kak..kak tie adalah seorang kakak ipar yang paling baik pernah aku jumpa…nak jadi macam kak tie…emmm payah tu..hehehe..banyak juga baju2 baru utk aisyah, terima kasih atuk, nenek, mak long dan pak long…pastu makan malam, ni lah first time aku masak utk ayah dan ummi, sebelum ni aku tak pernah masak, bukan malas tau, tapi tiada kesempatan..hehe alasan jer…ummi tak de pula komen masakkan aku, dah pandai kot aku masak..ala yg simpel2 je utk makan malam ni…sup tulang, udang goreng kunyit, sayur sikit…em telur goreng…emm dah pun siap…

Borak-borak jap, ramainya org kg yg krm salam kat aku dan hubby, pastu semua masuk tidur zzzz…Aku dengan Aisyah masih terkebil2…sebelum ni dia selesa tidur sebelah aku depan tv di ruang tamu, jadi bila adik2 lelaki ada ni, aku n hubby tidur la dalam bilik tamu, ayah ummi dalam bilik besor, wanie di bilik pakaian…dah bertukar tempat tidur ni, apa lagi dia tak mahu tidur ler, asyik mengamuk menunjukkan protesnya..mujur tak kuat sgt nangis…terpaksalah keluar juga ke ruang tamu, menyelit mana2 tempat kosong utk tidur,hubby still tidur kat dlm bilik…emm puk-puk kat buntut dia pelan2, sambil dodoi lagu2 dia suka, akhirnya dia pun lena…fuh lega…aku pun tidur dalam senyum,sambil tu duk pasang angan2 nih nak jalan ramai2 di KK nanti…zzzz….

26 Mei 2008
Hari ni pagi2 bangun sebab nak pi hospital bawak Aisyah amik suntikan dos ketiga dan Aisyah pun dah 5 bulan…lepas sarapan dengan nasi berlauk Kak Som yg enak tu, aku pi dgn hubby. Ajak ummi dia tak mau ikut…cadang nak bw kamera utk snap gambar Aisyah kena suntik nanti, tapi rasa macam lebih2 lak…takpelah….
Sampai di hospital, mak aiii ramainya org,tunggula juga, lepas dapat giliran, kami keluar dulu, round2 bandar jap sambil pi pasar beli ikan tenggiri 2 ekor, besor2..maklumlah masa duk labuan ni le nak makan ikan sedap2 n segar2 pun..pastu balik semula ke hospital, ngam2 dalam 2-3 org lagi utk giliran Aisyah…
Bila no giliran aisyah displayed, kami sama2 terus ke bilik 3, misi suruh buka baju dll utk timbang…Ya Allah masa nilah Aisyah ketawa berdekah2, kuat pulak tu, sampai aku dgn hubby ni gelihati tgk dia ketawa, mungkin dia suka sgt kena tanggal baju(sejuk pulak tu kena aircond) sambil diperhatikan oleh misi tu…aku tengok ada najis sikit, mujur ada bawa spare drypers n tisu basah, duk bersihkan dia punya tu pun, dia masih lagi ketawa…emm anak ummi nih… misi tu pun gelihati tengok dia sambil dia cakap…aa ketawa yer, jap lagi nangis kena cucuk… pas timbang, berat aisyah 6.5 kg. tak gemuk tak kurus, maintain…selesai semua aku pakaikan balik baju, em masih ketawa aduhai…kuat pula tu, kami pun tak tahu apa la yg aisyah ketawakan tu….
Tiba masa utk cucuk, bila tengok misi td dia ketawa lagi…pastu aisyah dibaringkan utk cucuk, dia ketawa lagi tapi dah slow sikit, aku panggil nama dia..aisyah…aisyah berulang kali…agaknya dah letih ketawa, dia baru senyum ke arah aku dan misi td..misi bagi ubat polio ke dlm mulut aisyah, dia telan ajer, mgkn tak rasa apa kot. Bila tiba masa utk disuntik, misi suh pegang peha aisyah belah kanan, dia senyap ajer.. misi pun cucuk, dia hanya merengek perlahan, pastu bila jarum makin dalam, dia dah nangis, bila jarum dikeluarkan,makin kuat dia nangis, aku cpt 2dukung, hubby ambil dan bw dia keluar dr bilik tu, bw ke depan, aku kat dlm tggu misi bg ubat dan isi laporan kesihatan aisyah…masih dengar aisyah nangis.dalam hati aik knp lama sgt dia nangis kali ni…sebelum ni masa suntik umur 2 bln dan 3 bln, dia hanya merengek sekejap aje…selesai semua aku dapatkan hubby dan aisyah, aisyah dah reda tangisnya…sedih pula aku tengok…sampai tersedu-sedu anak ummi, aku tanya sakit? Dia rengek2 dgr suara aku..Emmm syg anak ummi…kami tak amik ubat demam sebab yg sebelum ni tak guna / buka pun lagi…terus ke kereta, dan menyusukan aisyah sambil tangan gosok pelan2 kat tempat cucuk td…aku bgtau hubby, sebelum ni aisyah tak de la nangis kuat mcm ni, dia pun tahu sbb sama2 tengok. Tapi pd pandangan aku mgkn cara misi td ada kekasaran sikit kot, takde ‘tomakninah’ org2 tua ckp..yg sblm2 ni misi ISLAM yg cucuk aisyah, dia baca BASMALAH dulu, pastu pelan2 je cucuk,jd takde la main cucuk asalkan masuk ubat jer..tp kali ni misi non MUSLIM, mgkn ini sedikit sebanyak mempengaruhi penerimaan Aisyah kot..WALLAHUA”LAM….

Kami pun balik, aisyah tidur di pangkuan aku… dalam hati bimbang jg kalau dia demam, nampak gayanyer tak jadi lah kami berjalan ke KK…

Malam tu aisyah demam sikit, aku bg dia ubat, dia minum, satu lagi tentang aisyah ni, dia paling senang makan ubat…tak kira la rasa apa pun dia telan jer..aku tanya hubby, kalau aisyah demam macamana? Nak pegi juga ke KK? Hubby ckp, kita bincangla dgn ummi n ayah..bila aku tya je ummi, dia ckp ala…baiklah nati si aisyah tu, tu la aku ckp jgn cucuk mu gi cucuk jg…hehe…sebenarnya sebelum pergi hosp pg
td, ummi dah larang aku gi cucuk aisyah, takut demam ler..tp aku berkeras nak pi sebab taknak lewat sgt aisyah dapatkan suntikan dia tu..nak ikut jadual imunisasi dia dgn tepat..hehehe..dalam hati doa je.mudah2an aisyah ok esok..

27 Mei 2008

gambar aisyah dengan cool fever nyer...
aisyah masih demam tapi tak lah panas sangat, aku letak cool fever kat dahi dia, lap dengan minyak kelapa seluruh badan dia (petua ni Kak Haryani bgtau, dia pun doctor yg suruh buat)…alhamdulillah makin ok dan baik anak ummi..ni gambar dia…

yahoo…aisyah tak demam dah menjelang petang tu, boleh la ummi bw aisyah jalan2 kat KK nanti..
Ferry ke menumbok jam 7.00 malam. Jam 5 kami dah betolak ke jeti sbb 2 kali trip, trip pertama hubby bawa mije, wanie n adik, trip kedua, aku, ummi dan ayah…lama jg nunggu di rumah, jammed agaknyer sbb waktu pulang dr pej masa ni…dalam 45 minit tunggu hubby sampai…

Fisrt time naik ferry ingatkan mabuk laut ke, pening ke..rupa2nya idok pun, ferry ni beso, jadi tak rasa sgt.macam duk atas rumah jer hehehe..ummi siap stanby duk kat kerusi yg tak lawan arus…hehehe
ferry yg kami naik ke Brunei dulu kecik ajer, laju pula tu jd aku rs gak pening2 lalat tp alhamdulillah tak muntah wp tengah mengandungkan aisyah 6 bulan ms tu…

Jam 8 malam baru ferry bertolak, aisyah dah mula tak selesa, dia nak tidur tapi keadaan dalam ferry yang bising (DJ ferry tuh psg lagu indon bukan main kuatnyer) menyebabkan dia tak nak tidur wp atas riba aku..emm camane ni…terus turun ke bhgn kargo kenderaan, duk dalam kete, psg aircond, tak lama pastu aisyah pun tidor…alhamdulillah…hubby mula2 temankan aku, pastu nampak aziz (kwn dia), dia pun pi borak sama2 diorang..dalam sejam je aisyah tidor, pastu jaga…tak pelah…janji dia dah tak demam dan mengamuk..tapi nampaknya dia suka sangat jalan2 kali ni…
Lebih kurang jam 11 baru sampai ke jeti menumbok, Hamdi (dia jiran kami di kg, dia kerja kat KK, dah naik pangkat jadi ASP sekarang nih, tp humble je orgnyer..)dan abg jasman dah tunggu sejak jam 6 lebih td…siannyer…
Singgah makan malam di Bandar Beaufort, aisyah pun bukan main terliur tgk nasi goreng ummi (emm kuatnyer ajinomoto)..nasi banyak sgt, aku tak abis makan, hubby suh budak tu tapau wat balik…sambung perjalanan ke KK…
Jam 2 pagi baru sampai…sebelum tu aku dah mintak tolong Hamdi carikan hotel jenis apartment utk kami. Mujur dapat apartment di Hotel Promenade di Api2 centre…ada 2 bilik, ruang tamu luas, ada dapur, 2 bilik air, ada kelengkapan dapur, peti ais, rice cooker, pinggan mangkuk, sudu cwn…pendek kata lengkap lah…aku ni tak tahu yg hotel ni sedia semua, siap bw lagi barang2 kat atas tu kecuali peti ais jer!!! Yang penting puas hati, harga semalaman rm 170..kira tebal jugalah nak huluq kat tauke cina tuh, tapi memandangkan bw keluarga jarang2 sekali bercuti mcm ni, kami tak berkira sgt..mujurlah tiket KL-LBN, LBN-KL disapot mije…heheh tq…

Ayah baitau, hamdi sanggup bagi pinjam kete dia, abg jasman jd driver kami..fuh lega, kalau tak melayang lagi duit nak sewa keter..dah jimat sikit, hya byr utk minyak kete dia dan duit kopi utk abg jasman ajer…alhamdulillah…
Aisyah? Aa…sesampai je kat apartment, aisyah ok takde apa masalah, lepas semuanya dah tidur, kami pun masuk tidur…aisyah pula meragam..menangis bukan main kuat, memang memecah keheningan malam tuh…sampai aku boleh decided nak balik labuan esoknye..hubby pula ikut ajer, tp kesian pula pada yg lain2, mesti x best kami takde...dalam duk berkira2 tuh, aku hubby n aisyah tidur dgn lena...zzzzzz

Tiada ulasan: