mujurlah aku tidak berlama2an bermasam muka dgn suami, bila aku membelikan air kegemaran dia, dia terus tersenyum dan cakap "ingatkan dah tak ingat abang!!!"...mana boleh saya tak ingat abang, setiap masa dan ketika asyik memikirkan abang walaupun kita jarang berjauhan. setiap hari mesti bertelefon bertanyakan khabar abang, mesti nak dengar suara abang...
3 jun baru-baru ni genaplah usia perkahwinan kami yang keempat. tapi terasa masih baru. tidak pernah merasa jemu menanti kepulangan dia dr tempat kerja (kalau aku balik awal) tak pernah merasa letih menyediakan keperluan dia, dan dia tak pernah sekalipun mengguris hati aku...ahhh betapa bertuahnya aku memiliki dia...terima kasih YA ALLAH....
kehadiran aisyah selepas aku keguguran memberikan sinar bahagia dlm rumahtangga kami. tambahan pula aisyah merupakan cucu pertama sebelah suami menyebabkan beliau ditatang bagai minyak yg penuh...kini aku kembali tidak sabar menanti kelahiran adik aisyah, samada lelaki atau perempuan, kami menerimanya dgn hati terbuka...suami masih tetap memberi sepenuh perhatian kepada aku. menjaga emosi aku agar ceria selalu walaupun keadaan sebegini mengundang pelbagai mood aku akan tetap memberi yg terbaik utk suami dan aisyah...
salam sayang drpd ummi yang kerinduan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan