Isnin, 22 Jun 2009

Aisyah meragam sikit....

Malam tadi aisyah tidur awal, seawal jam 8.00 malam. selalunya 9 lebih baru ajak ummi tidur anak dara sorang ni...aku pun berkira2 dlm hati, kalau tidur awal mcm ni, mesti tengah malam kang dia bangun ajak aku main2 atau tengok VCD dia...

selama dia tidur tu, tak pulak mata aku ni dapat dilelapkan, keluar ke ruang tamu tengok suami duk wat kerja ngan laptop, aku minta dia urutkan belakang dan kaki aku nih...selesai semua, aku masuk tidur balik, alih2 jam 11.30 mlm aisyah terjaga nak susu, aku buatkan susu, dia tak nak, dia nak nenen jugak...alamak!!! haru jugak nih..pastu dia tarik tangan aku ajak ke ruang tamu...mujurlah suami belum tidur, boleh temankan dia sekejap, main2 laptop dan tengok gambar2 dia masa kecil sampai lah dia mengantuk semula. try bagi susu, masih tak nak susu sampai menangis2. bila aku tengok kat hidung dia ada keluar cecair sikit, emm selsema rupanya patutlah tak mahu menyusu...last choice kena bagi jugalah nenen kesayangan dia nih...melekap dgn aku sampai jam 2.15 pg tapi masih tak lena tidur asyik terjaga2 sbb perut lapar dan tak selesa akibat selsema...

aku dah tak tahan sgt sbb tak tidur dr tadi, terpaksa kejutkan suami untuk tengokkan aisyah...suami try bagi susu pun dia tak nak,akhirnya dia ajak ayahnya main tekan2 laptop lagi sekali sampai dia letih...akhirnya baru masuk bilik utk tidur sekali lagi, tapi masih dlm perut kosong (sbb tak nak menyusu dr tadi) dan melekap kat aku sehingga ke subuh...

bangun pagi ni aku terasa macam nak MC tapi kekuatan tu datang dgn sendirinya bila tengok wajah mulus aisyah...takleh terlalu bermanja2, nanti anak dalam perut ni terikut sekali manjanya...aku mandi bersama aisyah, menyusukan dia sehingga habis 7 oz dan bersiap utk ke sekolah mcm biasa. aku terpaksa meninggalkan aisyah yg masih merengek2 tak mahu ditinggalkan. mungkin masih mahu memeluk aku utk tidur lagi pagi ni...tak boleh sayang ummi kena kerja...aku sempat berpesan kepada bibik, "tidurkan dia"...insya Allah bangun tidur nanti aisyah sihat seperti biasa semula...

hari ni di sekolah, aku agak tidak bertenaga, tapi masih boleh bertahan. mujurlah dgn adanya suami yg sentiasa membantu meringankan sedikit beban ini...orang lain lagi teruk dugaannya..aku hanya sekecil ini, takkan mahu mengalah?

ummi sayang aisyah,


Tiada ulasan: