Khamis, 28 Mei 2009

Suntikan Terakhir Untuk Aisyah


26 Mei lalu aku bawa Aisyah ke Hospital untuk mendapatkan imunisasi yang terakhir untuk Aisyah masa dia baby ni...bila dia berumur 7 thn nanti baru kena cucuk pula..

seperti biasa aisyah ditimbang dulu, alhamdulillah berat dia meningkat banyak sejak minum susu P******* ni. tinggi pulak naik 1 cm...pastu misi borak2 bagi nasihat dan tanya ttg perkembangan aisyah sekarang, aku pun cerita lah serba sedikit...

tiba masa untuk dicucuk tu, aku baca ayat **** dan hembus di bahu kanannya semoga dia dapat menahan rasa sakitnya. seperti sebelum ni aisyah tak pernah menangis lepas dicucuk.kecuali bila misi non-muslim yang cucuk hari tu...mungkin takleh terima kot misi tu buat kasar sgt dan yang penting dia tak mulakan dengan 'basmalah' dulu hehehe...

alhamdulillah, aisyah releks je bila dicucuk. sampai misi tu hairan sbb sebelum2 ni takde lagi baby yang releks dan cool macam aisyah lepas suntikan yang ini sbb menurut misi, jarum ni mmg untuk org dewasa!!! aku dan suami hanya tersenyum mendengarnya...selesai semuanya aku masih tak berhenti meniup bahunya dgn bacaan ayat **** ni tadi. semoga ia tak bengkak dan aisyah tak demam teruk lepas suntikan...

dari hospital kami ke Airport pula untuk setelkan bayaran tiket kapalterbang untuk balik kampung pada cuti bulan 8 nanti. apalagi aisyah bila nampak escalator di airport ni, melompat2 nak naik...aduhai, terpaksalah ayah dia bawak naik turun lif tu...aku tunggu dalam pejabat MAS untuk tunggu giliran bayar tiket...

selesai semua, ahh lega rasanya, urusan aisyah dah setel, dan kami pun dapat balik kampung wpun aku tengah sarat nanti...tawakal jelah...

cadangnya nak beli tiket feri untuk ke sabah pulak dalam cuti akan datang ni, tapi kesiankan aisyah bila tengok dia dah tidur keletihan dalam kereta,kami pun balik ke rumah...

malam- aisyah demam sikit, aku hanya lap kepala dan badan dia dgn tuala basah...sehingga ke hari ni, aisyah masih lagi demam tapi masih lagi aktif macam biasa. demam yang biasa, tidak terlalu membimbangkan aku...alhamdulillah....

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akak dah lega la ye?
darwisy pulak lepas ni... tak tau lah macam mana.. biasanya dia akan nangis, tapi tak lama laa...
demam tu, biasalah.. harap2nya tak demam teruk...

ayat apa yang akak baca untuk aisyah tu? nak tau juga... :P

zie1978 berkata...

ala sya..akak selalu amalkan laqod jaakum rasulum...hingga akhir ayat...insya Allah, dgn keberkatan ayat ni, anak tak demam teruk...

zie1978 berkata...

ala sya..akak selalu amalkan laqod jaakum rasulum...hingga akhir ayat...insya Allah, dgn keberkatan ayat ni, anak tak demam teruk...