Rabu, 9 Julai 2008

dalam kasih sayang...

Picture Captions

Picture Captions

Picture Captions

Picture Captions

unik kan gambar Aisyah yg ni...
Picture Captions

Picture Captions

Picture Captions

Saje-saje








Selasa, 8 Julai 2008

Bila Aisyah Mandi dengan Ayah

selama aku demam seminggu baru-baru ni, hubby minta nak mandikan aisyah..aku bagi sbb aku yakin dia boleh buat...bukan apa, aku takut aisyah berjangkit dgn selsema aku nih..tapi alhamdulillah aisyah kuat semangat...macam ayah dia...

bila aisyah dah boleh duduk tegap nanti ummi cadang nak beli tab mandi yang besar sikit. sebelum ni aku guba besen jek..letak aisyah atas kaki kiri, cedok air tgn kanan, jirus badan, basuh kepala, rambut, basuh depan basuh belakang dah siap...aisyah paling suka mandi, dia tak pernah nangis kalau mandi...suka lagi ada...
tapi tengoklah ayah letak aisyah dalam besen tuh, muat2 aje kan...takpe2 nanti ummi gi beli tab mandi utk aisyah colour pink yer...pastu kita buh itik berenang2 dlm tu yer..mesti aisyah suka kan...

Glitter Photos


Glitter Photos


Glitter Photos


Glitter Photos


Glitter Photos

Alamak.... Demam la pulak...

tahun ni aku sambut hari lahir ke 30 bersama anak tersayang, aisyah dan hubby yang tercinta...tapi aku demam la pulak..dah seminggu duk sakit tekak dan selsema lagi..minggu lepas gi klinik suria, amik ubat demam dan selsema, makan sehari esoknya dah ok...pastu demam balik..mujur lah si aisyah ni kuat tak berjangkit pun dengan ummi..aku duk cari punca kenapa aku demam ni (satu mmg ujian TUHAN).mungkin cuaca yang tak menentu di labuan, kejap panas kejap hujan lebat...cari punya cari, aku rasa mungkin sbb aku mula makan makan sejenis jamu ni...melalui testimoni yg aku jmp, semuanya ok tapi utk aku mgkn tak 'rasi' kot...bila aku tya kwn 'online' (aku beli dgn dia la) dia ckp mmg ada org yg demam lepas mkn jamu ni, tapi sehari dua je...masalahnya aku dah berhari2 pastu aku duk perhati2 produk susu makin kurang, sian kat aisyah lah...last2 semalam decided stop terus amik jamu, sambung amik bidadari pulak...tapi mahal la skit..takpelah..nanti nak jd ahli dapat murah sikit.

malam td hubby tanya, nak apa birthday esok? aku jawab, emmm macam perli je..mana taknyer, time birthday dia baru2 ni (10/4/2008) aku langsung tak ingat. pelik juga pagi tu banyak kali telefon aku just nak tanya khabar, tak penah dibuat2 sebelum ni. selalu telefon sekali dua je,ni banyak kali..aku pun tanya, kenapa abang ni rindu sgt ke sampai telefon berkali?...bila dia sebut, yelah tak ingat ke hari ni brp haribulan..em baru aku tahu, nak mintak wish lah tu (dahla hadiah pun aku tak beli)..aku mintak sory jelah sbb mmg betul2 lupa birthday dia...selalunya aku lah org pertama wish utk dia...emmm sejak kehadiran aisyah dalam hidup kami ni, aku semakin sibuk dgn aisyah sehingga kadang2 mengabaikan dia (tp bukan sengaja) dan aku tahu dia pun faham...tu yang wat dia jeles sgt dekat aisyah, hehehe...tapi aku tahu dia pun bahagia dan gembira dgn kehidupan skrg...sibuk melayan karenah aisyah yg semakin hari semakin bijak dan banyak perkembangan terbaru yang dia buat...sekarang aisyah dah pandai duduk, angkat punggung..aaa tu tanda nak merangkak dah syg...oppss off topic la pulak..

malam tadi hubby ajak kuar, bukan sebab nak celebrate aku nih, tapi nak gi beli tali tie n klip tie dia yg dah patah tu..aku ikut ajer..tahu dah.. mula2 dia yang semangat ajak aku kuar jejalan, pastu bila sampai jer, dia juga yg semangat ajak aku balik (sbb dia tahu aku ni giler shopping)lagipun letih siang td nak la malam ni rehat je kan..tapi aku ni sindrom tak reti letih bila jumpa pasaraya...camane tuh...akhirnya balik la tanpa hadiah birthday aku...
takpelah..hubby dah belikan sandle baru ganti yg hilang kat kk dulu tuh...baru tak sakit kaki guna sandle tuh, kalau tak tiap2 malam dia kena ngurut jer...tq syg..

malam td, aisyah mcm gelisah je..asyik terjaga cari aku, dah 2 mlm cam nih..dan 2 hari jg dia tak berak..mungkin tak sedap perut kot..apa lagi ummi nya pun krg jugaklah tidur..sebelum pegi sekolah tadi, lepas mandikan aisyah, sempat juga aku sapu minyak afiat kat perut dia dan pesan, aisyah berak yer hari ni...selalu kalau aku pesan gitu dia berak...tak tahu lah kali ni..mgkn sbb dah bertukar corak pemakanan kot...harap2 takde masalah sembelit dsb...Glitter Photos


tengah tunggu..apa lah hadiah dr hubby tersayang utk aku nih...

Isnin, 7 Julai 2008

Aisyah dan Ayah...

Glitter Photos

happy birthday...

8 JULAI 2008
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

genap umurku ke 30 tahun...em dah tua aku nih. baru anak sorang...
emm agak2nye apa lah yg hubby nak bagi utk aku thn ni...tgu je lah...hehehe

nak celebrate jg utk wan, birthday dia pada 7 JULAI 2008 ni genap umurnya ke 13 thn, adik pulak 9 JULAI ni genap umurnya 15 thn...

emm cepat je ms berlalu...apa akan jd 30 thn akan dtg? aku berumur 60 thn, hubby 68 thn, aisyah pun dah 31 thn..mgkin aku dah ada cucu. ayah dan ummi? emm aku hrp Allah panjangkan umur keduanya...amin...

Rabu, 2 Julai 2008

Pertandingan Paluan Kompang

3 Julai 2008
Glitter Photos

Glitter Photos

Glitter Photos

keletihan menunggu pertandingan selesai...

aku kena mengiringi pelajar ke Pertandingan Paluan Kompang Peringkat Wilayah Persekutuan labuan di Dewan Perbadanan Labuan (sebelah sekolah aku ni jer).
peserta seramai 14 org..semuanya lelaki pelajar tingkatan 5. lewat jugak balik arituh...apa lg msj kat hubby, nak gi amik dia n aisyah dtg tgk pertandingan tuh.hubby aku ni nak aje bab2 ngikut aku no. 1.
balik rmh amik hubby n aisyah, terlepas la pulak nak tgk bebudak tu wat persembahan. takpelah...nak tgu lama sgt, apa lg hubby ajak gi hosp jap (nak amik ubat utk bdk2 yg ikut perkhemahan dia)...lama jg tunggu..aduhai..tgu jelah..lepas dpt ubat, terus ke dewan semula. tiba2 ada roadblock, alamak, hubby tak pakai tali pinggang keledar, aku nak tlg klipkan pyh sbb aisyah tidur n menyusu, aku senyap je ni, dlm ati takut sgt kena saman...akhirnya berjaya jg hubby klipkan tali tu..(dlm kalut2 mmg pyh nak klip sbb nak tarik terus tali tersekat2) aku kesian juga tgk dia gelabah duk tarik mende tuh...tapi menten kontrol wat muka mcm tak bersalah je...emm lepas tu apa lagi aku pun berleter la sebakul kat dia sbb suka sgt tak pakai tali, bukan apa, utk keselamatan kita jg kan...
sampai kat dewan tu, program tak abis lagi..tgu pengarah pulak utk rasmi penutup dan penyampaian hadiah...
tgu lagi...hampir jam 5.30 baru keputusan diumumkan, sekolah aku dpt no 5 (last sekali) emm tak pelah wpun tak menang bebudak ni semuanya bersemangat dalam latihan..kalau kalah pun, kalah dlm maruah..cewah..jam 6 juga baru sampai rumah dlm keletihan...aduhai......

Selasa, 1 Julai 2008

Abang ke Arab Saudi

bila baca tajuk kat atas ni, hati aku sebagai seorang adik mestilah sedih bila dapat tahu abang akan bertugas jauh di negara Arab nu...tapi gembira pun ada sbb mmg ini yang abang nak sgt untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi keluarga dia yang semakin bertambah, bangga pun ada sebab abang dapat menjejakkan kaki dan bekerja di salah sebuah negara yang mempunyai Tanah Suci Makkah dan Madinah...

sebelum ni abang ada tanya, patut tak dia bertugas di sana? aku tak bagi jawapan untuk pihak dia, biar dia sendiri yang buat keputusan untuk diri dan keluarga dia. akhirnya abang setuju juga untuk berkerja di sana walaupun terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak-anak. aku yakin kak tie tabah menghadapinya...cuma yang aku sedih, tak dapat jumpa abang akhir tahun ni...maklumlah kami hanya balik bercuti di semenanjung time cuti panjang jer...

bagi aku, abang aku yang sorang ni mmg seorang yang sangat baik hati.walaupun kadang2gurauan dan kata2 dia tuh ada yang too much tapi dia lah yang membuatkan aku dan adik2 lain hepi..cewahh...dia banyak tolong aku masa aku duk belajar di UKM dulu walaupun time tuh dia dah ada beberapa anak kecil (Azwan, Amin dan Kak Cik, seingat aku) yang memerlukan belanja yang besar, tambahan pula kak tie tak bekerja...(kak tie ni seorang kakak ipar yang sangat baik hati, em mmg tak jumpa la kakak ipar macam dia)ingat lagi masa aku nak wat MASTER dulu,kak tie sanggup bagi RM1000 untuk bayar yuran pengajian sedangkan duit tu dia kumpul sikit2 dari hasil jual kuih. aku sedih sgt bila mengenangkan balik kisah ni...sebab tu aku tak berkira sgt kalau adik2nak belajar tapi yang aku sedih bila diorang ni malas belajar walaupun ada duit...aku dulu study time duit takde tapi semangat nak belajar berkobar2...keadaan dan situasi dah berbeza dengan generasi adik2 aku yang bawah2 nih...em tak tahulah...

Kaedah Bekam

Glitter Photos


Glitter Photos

Galeri KKQ

Mohd Firdaus bin Mohadis
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Mohd Zarif Atif bin Ismail
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Pakeis bin Fuadi
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

MOHD LYE KHAIRUL AZMIEY BIN ABDUL LATIP
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

NUR AQILAH BT MOHD ALI
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

NUR FARHANA BT ZAHARUDDIN
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

MARLIANA BT ARMAN
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

NUR IFFAH SYAHIRA BINTI MOHD KAHAR
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

SITI HAJIDAH AZAM BINTI ABANG AFFANDI
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

MOHD SHAH RIZAL BIN SAIDIL
NUR MAZLYNA BINTI ILIAS
RAJA NUR AMALINA BINTI RAJA IZMI

SESI P&P KKQ
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

BERSAMA PELAJAR
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]