Selasa, 1 Julai 2008

Abang ke Arab Saudi

bila baca tajuk kat atas ni, hati aku sebagai seorang adik mestilah sedih bila dapat tahu abang akan bertugas jauh di negara Arab nu...tapi gembira pun ada sbb mmg ini yang abang nak sgt untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi keluarga dia yang semakin bertambah, bangga pun ada sebab abang dapat menjejakkan kaki dan bekerja di salah sebuah negara yang mempunyai Tanah Suci Makkah dan Madinah...

sebelum ni abang ada tanya, patut tak dia bertugas di sana? aku tak bagi jawapan untuk pihak dia, biar dia sendiri yang buat keputusan untuk diri dan keluarga dia. akhirnya abang setuju juga untuk berkerja di sana walaupun terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak-anak. aku yakin kak tie tabah menghadapinya...cuma yang aku sedih, tak dapat jumpa abang akhir tahun ni...maklumlah kami hanya balik bercuti di semenanjung time cuti panjang jer...

bagi aku, abang aku yang sorang ni mmg seorang yang sangat baik hati.walaupun kadang2gurauan dan kata2 dia tuh ada yang too much tapi dia lah yang membuatkan aku dan adik2 lain hepi..cewahh...dia banyak tolong aku masa aku duk belajar di UKM dulu walaupun time tuh dia dah ada beberapa anak kecil (Azwan, Amin dan Kak Cik, seingat aku) yang memerlukan belanja yang besar, tambahan pula kak tie tak bekerja...(kak tie ni seorang kakak ipar yang sangat baik hati, em mmg tak jumpa la kakak ipar macam dia)ingat lagi masa aku nak wat MASTER dulu,kak tie sanggup bagi RM1000 untuk bayar yuran pengajian sedangkan duit tu dia kumpul sikit2 dari hasil jual kuih. aku sedih sgt bila mengenangkan balik kisah ni...sebab tu aku tak berkira sgt kalau adik2nak belajar tapi yang aku sedih bila diorang ni malas belajar walaupun ada duit...aku dulu study time duit takde tapi semangat nak belajar berkobar2...keadaan dan situasi dah berbeza dengan generasi adik2 aku yang bawah2 nih...em tak tahulah...

Tiada ulasan: