Isnin, 28 Julai 2008

selamat tinggal lin selamat datang murni

26 julai merupakan hari terakhir lin bekerja dgn aku. kebetulan pula hari tu aku sibuk dgn kem solat jadi lambat juga lah aku balik. pagi tu aku minta dia dtg awal jam 7.00 pagi sbb bergilir dgn k.ain dan k.shidah yang bermalam dgn budak perempuan. tapi disebabkan hujan renyai2 pagi tu, tunggu2 tak dtg2 lagi, aku tak nak sampai lambat ke sekolah, terpaksa lah dukung aisyah (dah bangun masa tu) masuk dalam kereta, bawa dia sekali ke sekolah. nampak kak faezah dah ada di surau, budak2 masih duk mandi pagi. aku terus gi pejabat nak punch. pastu makan pagi mee goreng dan teh susu. kak faezah pun join sekali...dia ckp ada terasa dengan somebody sbb sound dia dalam sms yang dia tak dapat dtg awal pg ni, paling awal pun jam 7 mcm aku. (biasalah bila ada anak kecik ni, kem2 macam ni tak sesuai utk kami nak tidur) tapi aku tak mahu masuk campur, bg aku itu masalah masing2 yang mmg sebelum ini dah ada konflik dalaman sikit2...ala biasalah, mana ada manusia yang sama mcm kita!!!
dalam 8.30 gitu, nampak aisyah cam boring jer, org ambik nak dukung dia nangis2 tak mau, sekarang ni, dgn ayahnya pun dia dah tak nak, kecuali kalau ada aku...ni kan pula org yang dia tak kenal. aku pun balik, mgkn lin dah ada di rumah kot. sampai je rumah lin tengah kemas dapur,aisyah lak tidur...aku terus letak aisyah dalam buaian dia tu terus bergegas ke sekolah semula.
kem solat tamat jam 2 petang. lepas makan gi kedai perabot chan kejap, tengok rak dan kalau ada kipas dinding, nak beli tapi takde jual. ms tu hubby telefon ckp dia dah nak balik, (dlm hati aik kejap pulak kali nih!!-rupanya tak jd pusing labuan sbb angin dan laut berombak kuat). aku pun terus balik, hubby dah ada kat rumah, aisyah tidur aku pun bagitahu hubby, "lin camner?" dia jwb "kita hantar la dia balik jap lg, bg gaji dia dulu." (kami nak hantar tu sbb dia dtg dgn motor yg kami bg utk kemudahan dia ulang alik dtg kerja-lepas ni motor tu jd pameran tepi rumah aku lah, nak jual balik, rs syg pulak).lepas bg duit gaji penuh utk dia (wpun kerja tak sampai sebulan-aku mls nak berkira2 sgt), aku terus ajak dia balik, hubby duk rumah jaga aisyah yg tengah tidur lena. dlm perjalanan tuh, aku berbual2 kosong dgn dia, tya nak buat apa lps nih bla2 akhirnya sampai,kami bersalam salaman dan aku minta maaf kalau dia ada terasa dgn aku, dia cium tangan aku tu buat aku maafkan apa saja yang aku tak puas hati dgn dia dulu. 0-0 lah...tutup buku ttg lin.noktah!!!

semalam dalam hujan lebat, jam 9 malam aku, hubby dan aisyah ke rumah murni nak jemput dia ke rumah kami sebagai orang gaji baru. sebenarnya perkataan 'org gaji' tu aku tak berapa suka nak sebut, aku lebih suka menggelarkan ia sebagai 'pembantu' aku atau pengasuh aisyah. 10 minit sebelum jam 9 mlm kami bertolak ke sana. lepas berkenalan dgn mak dia kami pun pulang semula. sampai rumah dah jam 9 45 mlm.mmg aku sengaja amik murni lewat, pertama - dia sampai tak payah nak buat kerja apa, terus tidur. kedua - kami belum bersedia dgn kehadiran org dalam rumah kami.(tapi nak wat camner, terpaksalah demi aisyah)

sebelum tidur tu aku berbual2 dgn hubby ttg murni nih. aku minta pandangan dan pendapat dia ttg murni(berkali-kali juga aku tanya). dia tak nak nilai terlalu awal ttg murni sbb dulu kami sangka lin ok dan takde masalah, tapi lama kelamaan ada jugak. jadi keputusannya tunggu dan lihat saja lah. daripada sikap murni yang aku nampak ialah, dia seorg yg penyayang (mgkn sbb dia anak tunggal). insya ALLAH aku hrp dia dapat anggap aisyah macam adik dia. bila nampak je aisyah mlm tadi dia terus panggil adik dan minta nak pegang aisyah. walaupun aisyah tak mahu dia pegang atau dukung sbb belum kenal lagi tapi sedidikt sebanyak aku rasa lega dgn cara dia layan aisyah...

pagi td aku bangun awal, jam 5.30 dah goreng nasi utk bekalkan hubby. jam 6.15 dia ke sekolah, aku pula basuh baju sambil ajar murni cara guna mesin (kami tak guna mesin basuh automatik sbb tak puas hati ttg kebersihan kain).antara lain aku bagitahu dia :
1. makan apa sahaja yg ada dalam peti sejuk.
2. jangan takut / malu dgn aku
3. sukatan susu utk aisyah
4. tempat letak brg2 keperluan.
5. cara masak air gn air tapis
6. aku akan masak sarapan dan tengahari setiap hari (jd dia tak pyh risau ttg tuh)
7. bagitahu kalau ada masalah
8. arah kiblat (aku bagitahu kalau nak belajar mengaji dgn aku pun boleh)
9. boleh tengok tv tapi bila semua dah beres dan aisyah tak meragam
10. boleh bawa aisyah keluar waktu petang
11. kunci pintu setiap kali selepas aku keluar kerja
12. aisyah senang dijaga-nangis ms nak susu atau tidur shj-semua baby cam tu kan

aku lupa nak pesan, kerja biar amanah...tapi bila aku tengok dari air muka dia tuh, tak mungkin pulak ttg cakap2 kak ida tu, aku rs mungkin itu hya sangkaan shj. secara peribadi aku anggap, murni akan tunjuk sikap yang baik utk aku jamin dia, kalau tidak dia kena balik indon selepas 2 bulan utk cop pas pelawat.hubby selalu pesan, biar kita layan dia sebaik mungkin, secara tak langsung dia akan malu sendiri dan takkan tergamak nak buat tak amanah belakang kita. tapi bila aku tanya "lin tuh?" dia senyap...kemudian jwb, "ada org semakin kita buat baik dia makin baik, ada juga setengah org bila kita buat baik, dia ambik kesempatan". aku fikir betul juga ckp hubby aku ni. dia selalu bg nasihat dan pandangan yang bernas buat aku.tq syg!!! aku harap sangat2 murni ni tergolong dlm yg pertama tuh sbb secara logiknya, org macam murni ni, dia sedar diri dan tahu kedudukan dia di sini atas jaminan aku...

tapi banyak juga aku dgr maid kawan2 yg tak tahu diri, dtg sini mmg nak cari kerja, tapi dgn majikan bersikap krg ajar, demand lebih2, pukul anak (yg tak tinggal kesan pd kulit), berkira buat kerja, menipu, mencuri, dan bermuka2 (ni yg plg aku takut-depan lain belakang lain mcm sesumpah!!!). macam ex-maid nas (jiran aku) tu, nak gaji mahal tapi selalu ada masalah, bila nas pergi kerja je, anak2 dia selalu menangis, rupa2nya baru2 ni nas citer, anak sulung dia mengadu "kakak buat". dia pernah tarik "anu" budak tu sbb kencing dlm suar (ms tu baru nak training budak tu tak pakai pampers) bila selalu je terkencing dlm seluar tu yg buat dia tarik tu. kesannya, lama-kelamaan anunya berisi nanah..ahh sian budak2 yg tak berdosa. mujur nas dah pecat dan skrg TUHAN bg dia maid org tempatan, org susah yang pandai jaga baby dan baik hati (pd pandangan aku la).

citer murni pulak...aku belum ajar dia cara nak mandikan aisyah. cdgnya pagi tadi sebelum gi sekolah tapi aisyah tidur lena jer. mujur lah aku dah salin pampers dia lagipun hari redup je, mendung mcm nak hujan, aisyah tak panas sgt, tak pe kot mandi lewat sikit hari ni. jam 11.20 nih baru abis kelas pastu baru boleh balik rumah...ok..to be continue...

Tiada ulasan: