Isnin, 21 Julai 2008

Aisyah dah 7 bulan!!!!

Hari ini 21 Julai 2008 umur Aisyah genap 7 Bulan (kalau ikut bulan Islam, hari ini Isnin 18 Rajab 1429 H- kalau ikut bulan omputih, 23 hb julai ni baru genap 7 bulan)- kalau nak kira hari lahir anda ikut bulan ISLAM klik sini

Setiap kali nak berubah bulan, Aisyah mesti tak tidur malam,jadi aku sama2 tak tidur temankan dia main golek2 atas tilam, macam malam tadi la,siap berak2 lagi jam 12 malam, aku tengok keras sikit najis dia, em sdgkan aku bg dia makan pisang tiap2 hari...apa masalahnya tu...tapi aku tgk tak la keras sampai sembelit, kira masih ok dan dia pun tak lah meneran sampai merah2 mukanya...tapi aku masih risau, kena cepat cari solution spy tak mudarat utk dia.
jam 1 pagi dia baru tidur...tu pun asyik terjaga2 nak menyusu...dia tak menangis tengah2 malam mcm baby lain dah kira bagus bagi aku...aku bersyukur dengan kehadiran aisyah selama 7 bulan ni, aku rasa sikap aku byk berubah...like2 mother gituh..hehe..
pagi tadi sebelum gi sekolah sempat snap gambar aisyah ni...

syahdu sgt tgk muka dia tengah tidur..
aku selalu cakap kat hubby 'mesti aisyah sedih kan...kita gi kerja dia tengah tidur, bila terjaga tengok ayah dgn ummi takde...terpaksa la duk dgn cik lin dia'
apa boleh buat aisyah, walaupun ayah dan ummi tak de di sisi aisyah setiap pagi-petang, kami sentiasa merindui aisyah dan menyayangi aisyah sepenuh hati...

selalu pagi2 aku yang mandikan dia tapi pagi ni dia masih tak bangun sampai la aku nak ke sekolah dia masih nyenyak tidur, tak sampai hati nak kejutkan dia. jadi aku bagi tugas itu kepada lin... aku ada perasan aisyah ni mcm2 gayat2 gitu (2-3 hari lepas) kalau mandikan dia dalam bensen pink, aku rasa la, mgkn dia ada fobia ms mandi dgn lin, mgkn air terlalu sejuk ataupun jirus air kuat2 kat badan dia...so aku tak suruh lagi lin mandikan guna besen tu, just gn yg lama utk keselamatan aisyah...dgn aku jer dia nak mandi dgn besen tu, dgn ayah dia pun dia ala2 gayat (tangan duk pegang baju seolah2 minta dikeluarkan). seperti biasa sebelum pergi sekolah, aku bacakan doa utk dia...moga anak aku ni selamat di bawah jagaan lin...amin..

semalam aku masih demam lagi tapi dah ok sikit lepas makan ubat...hubby ajak makan luar, tapi dekat jam 3 ptg baru keluar (sbb tgu aku bgn tidur, mengantuk lepas makan ubat tuh)...sian dia mesti dah lapo sgt tgu aku...lepas bagi aisyah mkn tengahari, bubur nasi+carrot+kentang dan pisang sikit,kami pun keluar ke bandar...aisyah gembira sgt sampai menangis2 tgk aku dan hubby bersiap2, takut org tinggal dia (skrg dah tahu aku pakai tudung tu tanda nak bawak dia jalan la)mana tak nyer sbb semalam + jumaat tuh, kami tak bawa dia gi mana2 pun sbb hubby ada kursus.so masuk je dlm kete terus lompat2, dah tak suka duduk atas riba aku sgt, dia suka berdiri sambil lompat2 tengok awan dan pokok2, ataupun duk atas riba aku sambil mengadap keluar tingkap, dua2 tgn dia letak atas pintu kete sbb dia suka angin yg kuat tu kena muka dia. tak sabor la nak tggu dia pandai jalan!!!

lepas makan, hubby lapo sgt banyak betul nasi dia amik, aku tak lalu just order nasi grg kampung, punya la lama tunggu sdgkan pelanggan tak de pun...dah la tak sedap...tak abis pun, syg....rugi...hubby pun dah bw aisyah jln2 sbb tak mau duk dlm stroller dia tuh, kalau tak mmg dia yg abiskan...hehe

pastu terus gi beli brg2, antaranya stokin dan buku utk aisyah ni...

tujuan beli buku konon2 nak ajar awal la abjad ABC tu tapi bila dapat je terus masuk dlm mulut dia!!!...yang stokin tu aku tengok kaki aisyah dah panjang, dia punya sarung kaki pun mcm tak muat lagi, jd aku belikan yg baru kaler kuning n purple ni...aku suh lin pakaikan hari ni lepas mandi...

gambar kat bawah ni pulak, aisyah baru bangun tidur, ayah balik dari kursus jer terus ummi ajak snap sekali sbb hubby nampak smart pakai baju kemeja yang aku baru beli utk dia ari tu...siap calling lagi "tq sbb beli baju, selesa la pakai baju ni"...aku pun nak tq juga sbb bagi aku kasih syg yg tak berbelah bahagi utk aku...sepenuhnya!!!

Tiada ulasan: