Rabu, 16 Julai 2008

Maid ohhhhhhhhh maid....

sebenarnya aku dalam dilema sekarang ni...lin nak berenti kerja 26hb ni dengan alasan mak dia nak kerja as a cleaner kat stesen minyak petronas, jadi dia diminta jaga rumah dan tgk atuknya yg tinggal sebelah rmh dia tuh. walaupun aku rs alasan ni macam tak logik/kukuh sgt, aku tetap menghormati dan merelakan dia berhenti kerja dgn aku.mmg aku dah bersedia menghadapi risiko amik maid org tempatan ni, mmg takkan lama diorang nak kerja jd org gaji ni...tambahan pula latarbelakang lin ni bukan org yang susah sgt...sebenarnya awal bulan 7 baru2 ni lagi lin dah sms aku bagitau bhw dia akan berhenti hujung bln, tup2 kelmarin bagitau semula nak kerja sampai minggu depan je (awal seminggu)..aku rasa dia boring kerja sbg maid ni, tak bebas, tak boleh jalan2, kerja 'low class', lainla mcm pendatang dr indonesia tu mmg dtg sini utk mencari rezeki jd sanggup buat apa saja pekerjaaan asalkan ianya lumayan...

aku pun telefon k.alina, (dia ni penah nak kerja dgn aku tapi disebabkan dia ada suami dan anak2, jd dia tak dapat tinggal dgn aku, kalau nak beranta, berambik, parok tu minyak keter sbb jauh juga rmh dia...tapi bukan itu sgt masalahnya, masalah takut tak larat tiap2 hari nak jemput dan hantar dia balik...jadi aku cancelled la wpun suka sgt cara dia layan aisyah ari tuh...)
k.alina bagitahu anak saudara dia baru datang dari indonesia 2 minggu lalu, kalau dia nak kerja aku boleh amik dia kerja dan terus jamin. selang sehari kemudian aku telfon k.alina, dia bagi aku bercakap dgn mak budak tu, lepas disoal selidik, budak tu namanya murni, dlm pasport hasni, umur dia baru 18 thn tapi dalam pasport 28 thn, bila aku tanya, mau kerja ke dgn aku ni..dia ckp budak tu mau...aku terus cakap ' em saya booking dia lah, jgn terima apa2 kerja lagi start bulan 8 nanti', dia jawab, ok lah kalau cikgu mau jamin, aku jawab tanpa fikir panjang, mmg aku akan jamin. bila duk berbual2 dgn hubby baru aku sedar sepatutnya aku akan jamin dia selepas sebulan untuk proses pemantauan, kalau aku puas ati baru aku boleh terus jamin dia...tapi tak pelah nanti bila dah nak amik dia dtg rmh, aku akan bagitau macam tu..aku cpt2 booking budak ni sebab percayakan k.alina, takkan dia nak bagi orang yang tak ok utk aku kan...so tengok jelah macamana nanti, smada ok atau tak..

bagi aku penting sangat sikap saling percaya mempercayai antara satu sama lain. aku nak dia amanah, tidak panjang tangan dan tidak menipu (ni mmg syarat pertama bg aku). kalau boleh aku tak nak perasaan syak wasangka kepada maid..bila ditanya semua ok, semua beres, tapi tulah kena yakin TUHAN ada dan DIA akan tunjuk bukti yg nyata, semua tu bohong dan tipu semata2..bila jadi macam ni, aku dah mula hilang kepercayaan. bila aku pikir balik, satu je kelemahan aku ni, terlalu mudah mempercayai org, mudah buat baik kat org, tapi bila timbul konflik atau salah faham, masalah tu berbalik semula kat aku, org yang salah tu boleh relek dan buat macam biasa ajer, aku pulak yang tensen lebih2...

ok berbalik citer budak murni ni..bila lin bagitau nak berenti awal, aku telefon k.alina sekali lagi nak tanya murni ni boleh mula kerja awal tak dgn aku. kali ni aku bercakap sendiri dgn dia. bila aku tanya, kamu kerja di mana sekarang? diawab 'sekarang ni saya bekerja di kantin sekolah mutiara (sekolah aku lah tu)!!! HA? terkejut beruk aku..aku tanya murni, ada nampak saya tak? dia cakap ada...nape tak tegur, segan katanya...aku pun bagitau tujuan aku telefon ni. dia ckp dia akan minta / tanya kak ida(tokey kantin sekolah aku, mujur la aku baik dgn k.ida ni, boleh jg risik2 macamana murni ni nanti). hubby ckp, dari nada suara dan gaya percakapan si murni, dia ok. tapi terlalu awal utk buat penilaian selagi mana kita tak kenal rapat dgn sesorang tu kan...emm dalam hati harap2 bakal maid aku ni nanti baik orangnyer...

bila ada kesempatan ke kantin, aku try jg jenguk2 mana satu si murni nih? kebetulan ada kak ida. aku terus tanya dia, akak ada pekerja bernama murni kan?..dia mcm terkejut, terus keluar ajak aku ke tempat tersorok sikit. dlm hati aku, ahhh apa pulak nih? aku terus tanya, kak macamana si murni selama kerja dgn akak? dia bagitau murni ni rajin sangat orgnyer, buat kerja kemas dan cekap..part tu aku tarik nafas lega...oohhh ingat kan apa la td, buat saspen je akak ni...tapi bila dia ckp 'sebenarnya murni ni dlm pemerhatian akak'..aku terus tanya 'kenapa???' dia ckp gerak hati dia rasa tak best je bila tgk si murni, jd dia minta 2 'spy' utk perhatikan murni..aku dah mula rs semacam jer..aduhai..rupa2nya diaorang syak murni ni ada amik duit kantin (rm50), tapi belum ada bukti...aku yang dgr ni mmgla kecewa sgt...tapi kak ida ckp, mgkn kerja maid tak jumpa duit hari2, dia ok kot..bagi aku, bukan masalah kerja ada jumpa duit ke tak...kalau org amanah, tak panjang tangan, duit bertimbun dpn mata pun kalau buka hak dia, dia takkan amik...em camane ni yer...aku pun dah agak2 fed-up terus je minta nak beredar...nak menyedapkan hati aku ckp dalam hati mgkn itu hanya sangkaan buruk terhadap org yang tak bersalah...banyak kan kita tgk, org tak buat pun, tapi disebabkan sangka buruk, syak wasangka yg melampau, org baik nampak jahat...harap2 begitu lah....

bila ada lapang jer, terus telefon penasihat 'besar' aku ni...my lovely hubby. mujur dia takde kelas, so boleh ckp dlm keadaan santai dan relek sikit wpun dalam hati ni kusut masai. hubby pun sama pandangan dgn aku, iaitu bagi kami tak penting sgt dapat maid yang rajin (wpun ia penting jg tapi jatuh ke 3-4 lah), pandai buat kerja dsb tapi kalau sifat amanah tu tak de punah semuanya...tapi hubby masih bg ruang sbg trial utk murni kerana citer2 kat atas tu masih belum ada bukti kukuh yang menunjukkan dia benar2 amik duit tu. mcm kak ida ckp lah, mgkn dia letak dlm laci lain yang bercampur2 dgn not RM50 yg lain jd 'spy' td tak perasan atau tahu dia dah letak duit tu kat situ...mmg itu juga lah harapan aku, agar semua citer2 ni hanyalah sekarang sangkaan shj...

em ada beberapa hari je lagi murni akan masuk ke rumah aku sbg maid kami..tengok je lah nanti, kalau ada masalah berat baru aku pertimbangkan samada nak amik dia atau tak, tapi kalau setakat msalah kecik2 tu aku pejam mata jer...

wallahua'lam...

Tiada ulasan: