Rabu, 23 Julai 2008

Busy sikit....

Aku busy sikit 2-3 hari ni sbb nak menyiapkan modul bengkel utk kem bestari solat khusus utk pelajar ting 3 yang dikenalpasti mmg tak pandai solat, tak pernah solat dan mahu belajar utk solat...

bengkel berbentuk kem ini akan diadakan pada 25-26 julai ni. aku tak pasti samada matlamat atau objektifnya tercapai, memandangkan masa yg terlalu singkat dan pendek...adakah budak2 tu dpt apa yang kami mahukan...boleh ke diorang baca dengan baik semua bacaan dlm solat, kalau tak baik pun kira tahu solat pun dah bagus bagi aku...boleh ke diorang ingat atau hafaz ayat2 bacaan dlm solat, dan yg paling penting solat ke diaorg bila dah abis kem ni...harap2 selepas kem ini ada yang berubah wpun sikit dan ada juga memberi kesan di hati mereka wpun sekelumit itu merupakan satu kejayaan yang besar bg kami yg bergelar pendidik terutama ustaz dan ustazah ni...

sebenarnya senario pelajar2 ISLAM di sini jauh sgt bezanya dgn keadaan pelajar2 ISLAM di semenanjung. mereka mudah terdedah dengan arak dan rokok sbb senang dan murah utk dimiliki...kebanyakkan pelajar dr ting 1 dah pandai minum arak dan hisap rokok. itu lah cabaran...mula2 dtg sini aku pun pelik dan hairan jg tgk situasi persekolahan, budaya dan sikap pelajar itu sendiri berbeza sgt dgn bekas2 pelajar aku di johor dulu..tapi tak lah semuanya tak ok, masih ada yang baik dan beradab, cuma ia diibaratkan macam mencari permata dalam kaca...cewah...

teringat pulak zaman aku kecik2 dulu...walaupun aku agak2 nakal tapi ttg bab solat, puasa mmg dr kecik lagi duk belajar, pulun ikut org tua buat...itu lah namanya budaya, bila dah besar sikit, dah pandai fikir baru tahu ia bukan lagi budaya tapi tuntutan agama. bagi aku nilai budaya "baik" dan "beradab" di sekolah aku ni tak nampak dan adakalanya tiada di kalangan sesetengah pelajar. guru tidak lagi dihormati dan disanjungi, guru yang garang atau 'cengeng' itulah guru yg paling dibenci atau dikutuk...siap ada gelaran lagi tu...

itu lah cabaran...nak tulis panjang tapi sibuk bangat...

Tiada ulasan: