Khamis, 10 Julai 2008

Boy or Girl?

Sepanjang kehamilan aku tahun lepas, hubby terlalu inginkan anak lelaki. Anak sulung biarlah lelaki katanya…bagi aku pula, aku tak kidah samada lelaki atau perempuan…yang penting sebaik saja dia dilahirkan nanti aku dan baby selamat, sihat dan cukup sempurna sifatnya…..
Melihat kepada keadaan perut aku, ramai kawan2 cakap aku mengandung anak lelaki, Cuma sorang cikgu (kak Siti) dia ni guru ‘lama’ di sekolah aku yang bagitahu aku akan dapat baby girl sbb muka aku berubah terus masa mengandung, langsung tak cantek dan tak berseri katanya…sbb seri tu akan diambil oleh baby aku nanti…aku iyakan ajer…masih tak kisah lelaki ke perempuan…bila telefon ummi di kampong, dia akan Tanya aku, sedap tidur mengiring belah mana? Aku jawab kanan..ummi cakap kalau ikut dia, berat mengiring ke kanan, akan dapat baby lelaki, kalau tidur mengiri dapat baby perempuan…aku masih tak kisah…bukan apa aku terlalu kuat alahan sepanjang mengandung ni, jadi tak kisah sangat lah…boy ke girl…

Kerana terlalu inginkan anak lelaki, hubby dah letak nama baby dalam kandungan aku ni ‘Nik Ahmad’. Aku pun suka nama tu, ringkas dan amat besar maknanya. Jadi setiap kali kami duduk bersama, hubby akan panggil, Ahmad…Ahmad…buat apa tu kat perut aku ni….hehe gelihati juga bila ingat balik..bila dah usia kandungan 6 bulan, aku pi scan kat klinik suria…dia tanya, tak nak tahu kea pa jantina baby? Aku angguk aje..bagi aku, aku tak perlu tahu awal ttg jantina bayi yang aku kandung ni…bila dia cakap girl jer, aku senyap ajer, hubby pulak menyampuk, mmg confirm ke doc? Tak boleh tukar2? Aku nak gelak dgr dia blh tanya mcm tu…doc ckp kalau mcm daging burger tu sah la perempuan, kalau macam sosej tu mmg lelaki…, hubby cakap takpelah, perempaun ke lelaki ke sama jer…kadang2 tak betul pun keputusan kat scanner doc tuh. Tapi hubby masih panggil nama Ahmad kat baby dalam perut ni…sampailah aku nak bersalin pun…bila dah selamat melahirkan Aisyah, bidan cakap “Syayuzie, tengok sini (sambil angkat baby depan aku) sebut, awak dapat anak apa?” Aku dengan lemah jawab (sbb keletihan tapi bahagia sgt masa tuh) “Perempuan” kuat2 dia cakap…aku pun ulang “Perempuan”…aaa awak dapat baby perempuan yer syayuzie…perasaan aku masa tu bercampur baur..hanya TUHAN yang Tahu…Ya ALLAH inilah pengorbanan seorang ibu…

Umur Aisyah dah 6 bulan setengah, aku tengok semangat Aisyah mmg macam baby boy, dia tak mudah sakit, demam atau selsema…seingat aku Aisyah hanya demam beberapa kali iaitu dalam pantang sekali, sehari lepas cucuk (dah 3x gi cucuk) pastu nak demam tapi tak jadi lepas gi main air laut aritu…alhamdulillah… antibody dia kuat.
Tapi ada juga yang tak best nya…bila aku bawa Aisyah gi jalan2 kat mall ke, rumah org yang belum kenal dia ker, atau kalau dah kenal pun mesti cakap gini “ ni baby boy ke girl?”, “eh! Macam boy lah”…aduhai letih nak jawab, Aisyah ni girl la…kan Aisyah pakai baju warna pink, ada reben, ada rambu ramba lagi tu,tapi masih ada lagi yang tanya gitu…em takpelah..tak salah kan org jugak, sbb bila aku duk perhatikan Aisyah ni mmg mcm boy dari segi usaha dia nak dapatkan sesuatu yang dia suka…contohnya dia akan ambil, capai, bangunkan badan, angkat kepala setinggi mungkin utk dapat juga apa yg dia endak…mmg kuat tenaga dia ni…hehehe…sekarang ni dia dah pandai duduk sendiri tanpa sokongan dan cuba nak angkat badan mgkn dah nak merangkak kot…
Satu lagi sbb Aisyah nampak macam boy ialah, rambut dia yang tegak2 (tak mau turun kalau dalam keadaan kering) dan badan dia yg tegap tuh (dia ni kalau besar mungkin tinggi mcm ayahnya kot). So tak salah lah kalau orang cakap Aisyah macam boy…sian Aisyah…takpe Aisyah, nanti bila Aisyah dah besar Ummi nak ikat rambut Aisyah cantik2 pakai baju cantik2, mesti orang dah tak tanya kan?
Bagi ummi dan ayah, lelaki ke perempuan ke tak pe, yang penting kami berdua sayang sangat kat Aisyah tau…

Tiada ulasan: