Rabu, 30 Julai 2008

Murni Ohh Murni....

Bila baca tajuk macam ni mesti ada masalah kan? emm nak start mana yer...ok lah aku start dgn hari pertama murni bekerja dgn aku...macam yang aku sangkakan mmg murni baik, penyayang dan rajin buat kerja. tu yg buat aku sedih nak melepaskan dia...ok.. aku balik ptg tu, aisyah dah mula nak serasi dah dgn dia tapi bila nampak aku jer dia tak nak duk dgn org lain dah. tak pe lah tu...

terus buat jemput2 utk hubby, hubby sampai je kami chit-chat ttg murni, puas hati dgn cara dia layan aisyah dan bla2...pastu aku bw aisyah jalan2 keluar amik angin petang, gilir2 dgn hubby nak solat jap. aku tengok murni mandi..tak pelah, ptg sampai mlm ni mmg tak mau kacau dia, nak bg dia rehat jer...aku pun masuk bilik air satu lagi, basuh sikit2 sbb lama sgt tak guna. lepas solat, murni dah masuk dlm bilik..aku suruh makan jemput2 yg aku goreng td, mula2 dia tak jamah pun, aku hulur suh makan baru dia jamah sikit, dlm hati aku mungkin dia malu.

aku pun terus mandi, hubby dah bawa aisyah masuk sbb nak hujan. mandikan aisah dan tunjuk kat murni cara2nya spy dia tak kekok nak mandikan nanti, kmdn bagi dia makan malam. sambil tu aku tengok pintu bilik murni bertutup. aku dah tak sedap hati...ketuk pintu bilik..tak dibuka..tak pelah aku tak nak kacau dia...lama juga macam tu...hubby ckp dia nak makan malam, mcm biasa kalau aku busy je dia pandai je lyn diri, tapi kalau aku free, mmg ms tu lah dia nak bermanja2 dgn aku, sampai air basuh tgn pun kena ada dpn dia...

aku masih tak sedap hati tgk murni ni berkurung je dlm bilik. pergi dapur hajat hati nak makan, ambik pinggan jer, terdetik di hati emmm tak sedap hati lah nak makan sorg kalau tak ajak dia...ketuk pintu sekali lagi. kali ni banyak kali ketuk sampai dia buka...bila dia buka pintu jer, aku terus tanya 'nak makan?' dia terus nangis, laaa kenapa pulak minah ni? aku takut la kot2 dia ada terasa hati dgn aku ke... apa ke..mana lah tahu kan walaupun aku tahu dia mmg suka kerja dgn aku.aku tanya kenapa? dia jawab, 'saya teringat...rindu kat mak!!' "hah???" aku tengok beg2 dia dah susun elok tepi katil macam nak balik rumah mlm tu jugak!! aku terkedu sbb org nangis2 macam ni, budak2 yg baru nak masuk asrama atau budak kecik je...tapi murni dah besar panjang, dah boleh jd bini org pun....masih nangis berpisah dgn mak!!! macammana ni? aku tanya hubby. hubby pun mcm tak sangka blh jd macam nih..aku terus telefon kak alina. dia ckp murni ni manja sikit, anak sorg (tunggal) kan..berkali-kali dia minta maaf dgn aku. aku ckp kalau dia tak boleh berpisah dgn mak dia mmg tak boleh la nak kerja dgn aku, sbb aku tak sanggup nak jemput dan hantar dia hari2..jauh tuuuu....kak alina bagitahu, kalau hantar jemput, dia pun nak kerja dgn aku!! alamak!!! mmg aku suka sgt kak alina dpt kerja dgn aku tapi apa boleh buat kak...jauh nak ulang alik, pagi2 tu yg masalah sbb nak kena bw aisyah tiap2 pagi, kalau petang hubby boleh la tlg hantar balik. kak alina pun ckp,dia akan bagitahu mak murni ni..ok lah...dlm setengah jam pas tu..kak alina telefon lagi bagitahu, maknya minta tolong aku hantar murni balik mlm tu jugak...ok lah...aku terus jumpa murni, tanya dia semula, mmg dia nekad nak balik juga...aisyah tengah tidur sbb kekenyangan mkn banyak sebelum tu..hehehe...aku dukung bw masuk kete. aku tanya murni, apa masalahnya? (sekali lagi utk benar2 dapat jawapan dr dia) dia jawab, 'saya tak boleh tidur bermalam rmh org kak...' pastu dia sambung ' saya nak kerja dgn akak, kalau pagi2 saya naik bas...' belum abis dia ckp aku terus potong ' mmg boleh naik bas, tapi murni sanggup ker setiap pg nak naik bas? kalau sehari dua mgkn boleh la, tapi kalau bertahun2, akak takut murni tak sanggup'dia pun senyap mgkn mengiyakan apa yg aku ckp...aku ckp macam ni juga kat kak alina hari tuh...
apa yang menyedihkan, aisyah yg tidur2 ayam sbb aku angkat dr buaian td hulurkan tangan nak pegang murni. aku terpana melihatnya...Ya ALLAH, anak sekecil ini pun sedih melepaskan pengasuh yg baik macam murni!!! lepas dia pegang tangan murni baru dia sambung tidur balik atas riba aku...masya ALLAH...

dalam kete sempat lagi telefon utz zainal, sebelum tu mmg dia ada ckp sepupu maid dia akan dtg dr indon. utz ckp 1 hb ogos ni baru sampai ke labuan. aku terus la booking...tak bincang dah dgn hubby...hubby ikut je mana yg baik.

balik dr hantar murni, aku dan hubby pening memikirkan apa yg berlaku. aku sukakan murni, sikap dia dan cara dia bekerja. mmg bagus lah...nak buat macammana. aku bercadang nak cuti (CRK) esok sbb tak sampai nak main letak je aisyah kat sapa2 (ada sgt nursery-tapi aku tak harap). bila cikgu jamatin faham masalah aku, dia benarkan bw aisyah ke sekolah 1-2 hari sementara dpt pengasuh. aku syukur sgt sbb majikan faham, jd tak perlu amik CRK...blh simpan utk ke indonesia bln 10 nanti..

keesokkannya, aku bw aisyah ke sekolah, dia mcm blur je, walaupun mengantuk, tak nak tidur duk ralit tgk lampu dan kipas dlm bilik aku..hehe kelakar jg tgk gelagat dia. budak2 aku ni lg suka ada aisyah, berebut nak dukung dan pegang. yg pastinya hari tu mmg aisyah letih melayan karenah kakak dan abg 1hbs ni. bila aku pikir2, sementara tgu 1 ogos ni, aku bercadang nak amik dan jemput murni utk jaga aisyah, dia setuju, alhamdulillah...tapi sehari dua ni je lah dan aku tak dapat nak jamin dia. mujur dia nak...syukur...jam 12 aku dah balik rumah, baru lah aisyah tidur lena, tu pun nak main2 lagi dgn aku, mkn tengahari pun sikit jer...

sebenarnya aku risau tgk aisyah dah 3 hari tak berak nih...malam tuh aku bagi skilax harap2 dia berak pg nih tapi tak juga berak...aduhai...

seperti dijanjikan, jam 7 pagi td aku gi amik murni, dia tgu tepi jalan je sbb jalan masuk ke rumah dia sempit dah rosak teruk. aku bercerita dg murni keadaan semalam, terpaksa bw aisyah ke sekolah dan bla2....sampai rumah terus susukan aisyah, mandikan dia, cucuk ubat berak ikut bontot dia, baru berak tu pun sikit dan keras tahi dia...terus ajak aisyah mandi sama2, tengah mandi pun dia berak lagi...apa masalah aisyah ni, mgkn tak leh makan sayur kot..tapi mustahil lah...yg pelik bg pisang hari2 pun sembelit jg..try bg betik lah pulak...

aku ke sekolah dgn hati yg tenang hari ni wpun aku tahu ni lah first time murni jaga baby..tak macam aisyah dijaga lin dulu, hati aku selalu berdebar2 meninggalkan aisyah dgn dia...naluri seorang ibu selalunya tepat. baru tadi telefon murni, tanya keadaan aisyah, dia tanya tengahari ni aisyah makan apa? aku terharu sgt sbb lin dulu tak penah amik berat pasal aisyah, kalau boleh aisyah kena tidur je dlm buaian, bg susu pun dlm buaian, tak pernah nak bg makan!!! aku ajar cara2 nak buat bubur aisyah, semua dh siap cm dia hanya blend je seme2 tuh, pg td aku tak sempat nak buat.
aku tanya balik, aisyah ok? dia buat apa skrg?, 'dia ok kak, tengah main!' sekali lagi aku terharu sbb kalau dgn lin, setiap kali aku telefon nak tya khabar aisyah, jawapannya hanyalah...'dia tidur!!!'

Tiada ulasan: