Isnin, 4 Ogos 2008

Adakah ini rezeki utk Aisyah?

sebenarnya tak habis lagi episod cerita ttg maid aku ni...dah puas pujuk Si Murni utk tidur di rumah, dia masih tak mahu, aku cadangkan tidur 2 malam pastu balik, juga tak mahu, aku sanggup nak belikan tv kot2 la dia malu nak tengok masa kami di rumah, juga tak mahu...apa lagi yang aku nak ckp? terpaksalah cari maid lain...cari punya cari, telefon macam2 jenis nombor, masih tak jumpa yg available. punyalah terdesak nakkan maid, ringan je mulut ni tanya org. pak asir (tukang paip) yang dtg pagi2 lagi rumah aku sabtu baru2 ni (sebab upah dia buat shower dan paip utk mesin basuh-pasni sng la nak basuh kain, tak payah nak heret wayar paip panjang2) pun aku tanya. dia ni org Filipina, Islam dan dah lama tinggal di labuan ni. dia bagitahu ada sorg anak dara nak kerja kalau aku boleh jamin. bila dengar je dia ckp gitu aku terus nak!! padahal dlm hati bimbang jg, emm macamana lah orgnya. aku ckp aku nak cepat, dia akan tolong lah bagitahu budak tu malam tuh. aku dah tak sabar dah, kalau boleh time tu jugak nak jumpa budak tu. hehehe...agaknya bila tgk aku macam terdesak dan mungkin jg dia kesiankan aku ni, dia pun ajak lah hubby pegi ke rumah dia (kawasan rumah kongsi yg sama dgn Murni - kat sini ramai Bugis, Filipina dan Timor yg tinggal) utk jumpa budak tuh. aku yg kat rumah nih, berkira2 dalam hati...em macamana la org Filipina tuh..yang penting Islam dan pandai jaga baby Aisyah aku nih. bila hubby balik jer, terus tanya hubby macam2, dah tak sabo nak dgr cerita dia, dia ckp budak tu dah kerja, pak asir ada cadangkan org lain, tp hubby tak berkenan, lagipun dia tak mahu tinggal sekali, mahu jemput-hantar - kalau gitu baik lagi aku pilih murni!!! utk meredakan keadaan aku dan hubby malas nak fikir sangat soal nih. kalau tak dapat juga mmg kena amik murni juga lah nanti...dia nak ajer kerja dgn aku...lagipun aisyah suka dgn dia.

petang sabtu pergi melawat anak utz zainal yg baru lahir.di samping nak jumpa bibik dia yg bagitahu sebelum ni sepupu dia dr indon nak dtg sini.borak punya borak dgn maid utz nih, aku tak faham apa yg dia ckp, aku buat kesimpulan sendiri je lah, sepupu dia tu khabarnya sudah sampai tapi dia belum jumpa. aku ajak dia pegi jumpa sepupu dia tuh, dia tak nak sbb tak pasti lagi dah sampai ke belum..aku termenung nak fahamkan apa yg dia ckp.em tak pelah!! bagitahu utz zainal, dia ckp maid dia mmg macam tuh, dia ckp banyak tapi tak tahu ke 'butir'. laaa patutlah, aku ingat kan aku sorg je yg tak faham dia!!! sebelum balik aku sempat pesan kat utz zainal, kalau ada apa2 (berkenaan dgn sepupu maid dia tuh) bagitahu aku cpt2.

kami dah lega sikit sbb berharap sgt dgn sepupu maid utz nih tapi tunggu punya tunggu utz nih senyap jer..eh tak leh jadi nih!! aku sms dia tanya macamana nih utz? dia terus called hubby bagitahu yg sepupu maid tu tak jd dtg sebab takut bila dgr citer kerajaan malaysia tgh 'perketatkan' kedatangan org dr seberang ke sini...dlm hati alamak!! macamana nih? aku pun daillah mana2 nombor kawan2 sekolah yg agak2 boleh bantu..semuanya tak dapat tolong...

jumpa nas (jiran aku yg come tuh-anak dua nak masuk 3 dah), sbb aku teringat yg dia pernah ckp, ada sorang budak yg mmg nak kerja jaga baby nih tapi kena hantar baby ke rumah dia lah. aku pulak lebih senang kalau ada org yg sanggup dtg ke rumah aku. bukan apa, aku lebih suka aisyah di rumah, senang aku nak pantau dan balik sekali-sekala kalau ada free utk jenguk keadaan dia. nas ckp, dia akan pegi rumah budak tu dan tanya samada dia nak atau tak...ok lah, aku pun tak mengharap sgt sbb : 1) org tempatan (serik dgn lin dulu). 2) sbb ada murni (sanggup lg susah pyh ambik dan hantar dia bila ssh sgt nak cari yg serasi dgn aku dan aisyah-hubby pun!!!)

jadi petang tuh, hubby ajak ronda2 kotaraya dgn motor...tu yg jumpa makcik tukang sapu tuh..dgn muka selamba aku tanya je dia , kot2 dia tahu ada org yg tengah cari kerja..cepat je makcik tu jawab takde..takde...hehe..nak tergelak jugak kan? tak sangka pulak balik je dr meronda tuh, nas dah tunggu dgn sorang budak puan...dia ckp "kak zie, ni budaknya!!!" aku terus berkenalan..soal itu ini...antaranya :
s : kamu boleh dtg kerja rumah saya?
j : boleh (aku tak sgka nih!!!)
s : boleh (pandai) mandikan baby?
j : boleh (masih ragu2 sbb nampak mcm budak sgt lagi)
s : biasa jaga baby?
j : biasa (masih lagi tak percaya)-nas pun menyampuk - dia biasa mengasuh anak saudara dia kak..
s : berapa umur kamu?
j : 18 thn...(la patutlah muda sgt nampak!!)

aku pun ajak dia masuk rumah (td kat luar)...dalam rumah aku tanya soalan2 yg agak sensitif lah sikit, ttg gaji, result spm dia!! (hehe), dan macam2 lah aku pun lupa dah. bila aku ckp aku bayar dia rm 300 sebulan, dia macam suka sgt..mgkn banyak bg dia kot. aku pulak teringat pesan hubby, sape2 kerja dgn kami, biarlah gaji dia bermula dgn rm300.aku pun malas nak berkira sgt. dgn harapan, kalau aku tak berkira, dia akan jaga aisyah dan rumah aku dgn baik. sempat juga aku tanya, kot2 dia nak guna motor. tapi dia tak pandai bawak...so kena juallah jugaklah moto tuh...

bila tanya pendapat hubby ttg budak nih, dia ckp secara fizikalnya budak ni ok..aku pun rasa macam tu. ada sifat penyayang sbb bila nampak aisyah jer dia terus usap rambut dan panggil baby...macam murni jugak...lupa nak mention nama penuh budak ni aku tak tanya lagi tapi nama panggilan dia "kak ngah" sebab anak kedua.

hari ni hari pertama kak ngah kerja dgn aku. hari ni lebih banyak aku bersoal jawab dgn dia. ttg keluarga dia, kenapa dia nak kerja dgn aku dan kebanyakkan soalan mengenai family dia lah...rupa2nya dia nih kerja sbb nak tolong ayah dia. gaji bersih ayah dia hanya rm400 lebih, sewa rumah dah rm 500!! jadi dia ckp kdg2 malu jugak nak keluar bandar jumpa kawan2 minta duit ayah!! aku tanya 'selalu ke keluar bandar?' (bimbang juga aku kalau2 dia tergolong dlm jenis budak2 sekarang yg sosial tak tentu pasal tu tambahan pulak bila aku tengok kuku dia panjang, cara berpakaian dia...em tunggu dan lihat je lah- kadang2 tak boleh juga nilai org melalui luaran semata2- tapi bila mengenangkan nyawa anak kita, ishhh semua tu kena ambik kira!!!)

bila dgr citer dia dan kesempitan wang dlm familya dia tu , aku buat lah analisa sendiri...pada aku, dia tak lah susah macam aku dan hubby dulu. sesusah-susah dia, masih ada handphone dan ada credit tuh (sbb aku sms dia jawab!!). kami dulu mmg susah betul, nak makan pun bercatu...mungkin dia nak kerja dgn aku sbb nak pegang duit sendiri dan tak mahu menyusahkan ayah dia..

aku harap sgt kak ngah ni ok, dan yg paling penting jujur dan amanah kerja dgn aku.
emm tunggu dan lihat je lah perkembangannya macamana..samada positif atau negatif...

menjawab kepada persoalan di atas...mmg kak ngah rezeki yang ALLAH nak bagi pada kami sekeluarga kalau kak ngah serasi dgn Aisyah (yg paling penting) dan kami. dan mungkin juga kak ngah adalah ujian bagi kami kalau di suatu masa akan datang nanti timbul masalah daripada dia..harap2 jangan lah masalah berat2 terutama yg melibatkan keselamatan aisyah. INSYA ALLAH, Aisyah selamat hendaknya...

wait n see...

Tiada ulasan: