Selasa, 12 Ogos 2008

Alhamdulillah...

kami sekeluarga bersyukur sangat sebab akhirnya kami jumpa dengan maid yang baik untuk mengasuh dan menjaga aisyah. selepas diuji dgn bermacam2 ragam maid sebelum ni, kak faridah setuju bekerja dengan aku.

bezanya antara kak faridah dgn yang lain ialah - maid sebelum ni, kami yang bersungguh2 mencari (sehingga ke rumah diaorang (lin, kak alina dan murni) dan minta mereka semua datang ke rumah bekerja dengan kami namun ia mengecewakan bila bukan rezeki kami. kalau ia rezeki pun, hanya sekejap shj lah- tapi dalam kes kak faridah - dia yang bersungguh dan tertunggu-tunggu panggilan aku samada mahu mengambil dia bekerja atau tidak (sedangkan masa tu angah sdg bekerja dgn aku jd aku bagi no phone kak faridah kepada kak haryani sbb dah lama dia cari maid - dengan takdir ALLAH kak haryani lupa nak telefon kak faridah. bila angah bagitahu je nak berhenti, aku terus telefon kak faridah - alhamdulillah dia masih available - terus 'cop' dia!!!- dah mmg rezeki utk aisyah)

petang sabtu lepas, kak faridah setuju nak datang ke rumah aku dgn maid kak ain bernama noraini. bila tengok je kelibat dia, dlm hati aku tertanya2 " ish macam pernah nampak je orang nih!". tanpa berlengah aku ajak mereka masuk ke rumah. aku pun start lah bersoal jawab terutama ttg mengasuh baby..dia biasa katanya sbb majikan sebelum ni pun mmg ada baby kecil. ok lah tu..banyak juga yg kami borak, dari hal keluarga dia, pasport, majikan sebelum ni, masa bekerja, dan yg paling penting hal berkenaan bayaran gaji dan jaminan.

aku setuju memberi gaji utk kak faridah, sebanyak RM 300 sebulan tanpa memotong wang jaminan pasport dia tuh. dia nampak gembira. aku pun tak tanya berapa gaji dia sebelum ni. mgkn bagi dia mahal sbb kawan dia si noraini tu, gaji RM300 juga tapi kena jaga anak 3!! kira dia beruntunglah...hehehe...mmg niat kami, sesiapa shj yang bekerja dgn kami, kami akan berikan gaji permulaan sbyk RM 300. bonus dan gift akan diberikan tapi tak diberitahu terlebih dahulu. tengok cara kerja dan disiplin masa yang aku tetapkan iaitu dtg jam 7.15 pagi balik jam 5.30 petang.

jadi hari semalam merupakan hari pertama kak faridah bekerja di rumah aku. terlalu awal utk aku bagi 100% berpuas hati sbb baru sehari bekerja kan..tapi 95% aku berpuas hati sbb dia mmg jaga aisyah bagus, aisyah nak dgn dia maknanya layanan dia baik kat aisyah. tu je yang paling penting. bahagian kerja rumah pulak, aku berpuas hati juga sbb dia terlalu rajin!! aku nak larang2 takut dia jadi malas pulak..so aku biarkan aje dia nak buat apa, hubby suruh aku bagitahu dia stop buat kerja, aku bagitahu sekali dua, tapi dia masih terus buat kerja jadi aku anggap dia mmg jenis nak bereskan dulu kerja dia yang belum siap sebelum rehat atau sebagainya. sdgkan rumah aku mana la ada kerja sgt..hehehe..kawan2 pun pesan dgn maid jgn larang apa2 kalau dia rajin buat kerja sbb nanti takut dia tak buat pulak, kan kita jugak yang susah!!

dengan kak faridah nih, hati aku dah tak berdebar2 bila meninggalkan aisyah di rumah macam macam dulu!! ye lah rasa mcm nak pecah dada nih bila teringatkan aisyah di rumah bersama maid yang pertama dulu. aku tak nak sangka buruk sbb tak nampak dgn mata kepala sendiri apa2 yang tak elok dia dah buat kat aisyah tapi naluri seorang ibu selalunya benar dan tepat kan!!

pagi tadi kak faridah datang lambat sikit, sekitar jam 7.30 gitu. aku tanya 'lambat hari ni kak?" dia jawab " aku basuh kain, semalam tak sempat nak basuh." aku jawab, " ok takpelah, tapi jgn sellau lambat sbb kadang2 saya nak ke sekolah awal". dia hanya angguk dan mengiyakan ajer..alamak aku kalah dgn sikap orang macam nih... kadang2 aku perlu ke sekolah awal utk beres mana2 kerja yang belum beres. macam hari ni, kena siapkan laporan pelajar ponteng bulan jun dan julai sbb esok nak mesyuarat!! sape suh buat kerja last minute?! jadi kalau dia lambat dtg mmg aku yang susah sbb terpaksa lewat jugak ke sekolah. tapi perkara tuh takkan berlaku lagi sbb aku suh dia dtg awal jam 7.00 atau 7.15 pagi bukan lagi jam 8.00 pagi seperti maid2 sebelum nih...

hubby pun suka sgt kak faridah bekerja dgn kami. walaupun dia org timor tapi lemah lembut macam org melayu (kdg2 org melayu lagi kasar!!!) aku dengar kebanyakkan timbul kes-kes org gaji ialah bila ambil dr kalangan bangsa timor timur tu...tapi tak semua org tak baik kan...dia macam kita jugak, cari rezeki yg halal- aku sedikit pun tidak memandang rendah kepada kak faridah, begitu juga dgn maid2 yg sebelum nih - sbb diaorang pun punya hati- tak boleh lah nak buat macam kuli batak !!

harapan aku kak faridah lama bekerja bersama kami. semalam dah bincang dgn dia, kami akan terus jamin dalam cuti sekolah ni. nak uruskan cepat sbb mmg konfem nak amik dia sbg bibik aisyah!!!...oh!ya! lupa nak bagitahu, aisyah nak panggil dia apa yer? aku dah panggil dia 'akak', takkan aisyah pun nak panggil 'kakak' macam dia bahasakan diri dia tuh!!! emm tak kisah lah apa pun, yang penting aisyah bahagia bersama dia semasa ketiadaan aku di rumah...amin...

p/s : nama dia sama dgn nama aku di kampung...kan masa kecik2 dulu ada bomoh ckp aku tak rasi dgn nama sekarang asyik menangis jer (sawan tangis)... jd dia bg 3 nama, aku pilih 'faridah'...maka lekatlah nama panggilan aku di kampung dgn kak dah!!!...hehehe

Tiada ulasan: