Rabu, 27 Ogos 2008

Cerita Tentang Aisyah

Semalam Aisyah di rumah Kak Shidah, aku tengok Aisyah bukan main seronok lagi bermain dengan Anas, Talhah, Zaid dan Suamiyah. Masing2 berebut nak bacakan buku Abjad ABC untuk Aisyah. Aisyah memang suka sangat baca buku tu...memang tengok sehelai demi sehelai sampai huruf Z...nanti ummi belikan buku 123 pulak yer...
Masa aku sampai nak jemput Aisyah balik , dia duk dalam walker...nampak aku jer terus terkam nak dukung...bibik cakap dia langsung tak nak tidur, suka sangat main sampai tidur pun taknak....makan pun sikit ajer...em suka sangat la dia bila ada orang layan. masa dalam perjalanan balik pulak, aku tengok Aisyah senyum memanjang...mungkin seronok sangat dapat jumpa kawan2 tadi.


tengok la tu tengah tidur pun boleh pikir lagi....

tapi bila sampai je rumah, terus mengamuk sbb keletihan dan nak tidur...pecah rekod hari tu bila Aisyah tidur 3 jam lebih...dari jam 3 petang sampai jam 6.30 petang...sekali dengan umminya pun terlena panjang sbb kebetulan demam selsema (kena angin kipas kuat sgt malam tu).

aku perhatikan Aisyah ni, dia suka sangat berkawan...kesian pulak dia bila kami bekerja takde kawan bermain...harap2 kak faridah suka bermain dengan dia...nampak gayanya kena cepat bagi adik utk Aisyah la...hehe...

cuma apa yang aku risaukan Aisyah ni jenis panas. kalau pegang badan dia mmg panas macam orang demam tapi dia sihat walafiat jer. adakah sbb tu dia payah nak demam? Alhamdulillah...cuma yang tak tahannya aku kena pasang kipas 24 jam, terutama waktu tidur. tu yang menyebabkan aku demam tuh. kalau panas je dia berpeluh macam mandi, naik ruam atas tengkuk, bila gatal dia garu dah luka kena cakar dengan kuku dia tuh...tapi sejak 3-4 hari ni aku mmg halakan kipas straight kat dia, dia dah kurang berpeluh sgt, tak de la naik ruam lagi...aku bimbang juga tindakan aku ni salah dan akan menyebabkan Aisyah dapat sakit paru2 berair pulak nanti kalau selalu sgt berkipas. hubby mmg tak bagi kena angin kipas kuat2 tapi Aisyah ni, kalau setakat angin2 bayu tu, dia berpeluh sampai basah2 baju...macamana yer? ada org ckp, mgkn sebab susu tak sesuai...tapi masa dlm pantang lagi Aisyah dah macam nih sedangkan masa tu bf sepenuh masa...takkan masalah susu pulak...aku masih ingat lagi, masa umur dia 3 hari, aku makan ulam halia muda, malam tuh dia menangis2 kepanasan sampai merah2 muka...kesian pulak...kalau ikut MIL dia ok je makan halia muda lepas beranak, tu yg aku ikut. tapi kalau ummi aku pulak tak leh makan pulak!!! Aku jenis boleh makan semua benda panas2, jamu ke, halia ke, lada hitam ker... tapi kesian kat Aisyah la sbb dia yang tak tahan...

Emmm apa2 pun ummi doakan Aisyah sihat selalu..makin besar dan bijak (pada pandangan aku le) anak ummi nih...

Tiada ulasan: