Sabtu, 9 Ogos 2008

Em tukar maid lagi!!!

9 OGOS 2008

hari ni hari sabtu tapi aku dan hubby bekerja sebab sekolah ganti utk hari raya nanti.angah dtg tepat pd masa yg aku tetapkan, aisyah pulak baru je bangun dr tidur. angah masih henjut buai dia wpuan dia dah ta kmahu tidur. tu yg aku paling tak suka. aku terus suruh dia angkat aisyah.

aku bersiap2 nak ke sekolah. hubby dah pergi jam 6.25 td. sambil2 tu aku buh pakaian kotor dlm mesin basuh. aisyah ok pagi ni. mgkn dah rasi kot dgn angah tu. terus panaskan enjin kereta sambil dukung aisyah. ms nak bg aisyah kat angah, tiba2 angah ckp " kak, saya nak bagitahu sesuatu ni, tapi takut akak marah" aku tanya "apa dia?" dia pun sambung " pakcik saya tlg carikan kerja kat saya, start isnin depan ni, tapi kesiankan akak, saya mula kerja hari selasa." aku mula2 tak faham. minta dia ulang sekali lagi..."oh....tak pelah,akak boleh cari org lain jaga aisyah, mujur kamu bagitahu awal." walaupun dlm hati aku sedih jugak sbb aisyah dah mula nak ok dgn dia.

patutlah semalam dia mintak gaji utk 5 hari. dia bagitahu tak de duit nak beli brg dapur. aku pun bagi lah RM50 selepas bincang dgn hubby. hubby tak kisah samada dia nak gaji mingguan atau bulanan. rupa2nya dia mintak gaji tuh, mmg dah bercadang nak berhenti kerja dgn aku. em tak pelah, mujur lah si faridah tuh masih available lagi.kak haryani tak jadi ambik dia. rupa-rupanya faridah ni duk tunggu aku call dia bila boleh kerja dgn aku. em mungkin dia rezeki aku. jadi bila angah berhenti, faridah pulak kerja dengan aku start minggu depan.INSYA ALLAH...tak abis2 tukar maid...

pada pandangan aku, org tempatan mmg tak sesuai nak kerja maid nih. (kecuali maid nas-rini namanya- tak pernah sekolah sbb kesempitan hidup-pelik juga aku org tempatan tp disbbkan susah tak nak sekolah-sdgkan duk di labuan ni, banyak bantuan kewangan utk keluarga miskin terutama persekolahan anak2- mgkn ayah mak dia krg pendedahan ttg tu kot....)

1) peluang kerja lain lebih banyak.
2) bukan terpaksa (tak mcm org indonesia- kerja sbb nak dijamin)
3) jadi maid ni, mmg la boring sbb kerja dalam rumah, jaga baby tak jumpa org, kwn dsb.
4) tambahan pulak, kerja aku nih, sabtu ahad pun ada program kat sekolah, macam hari nih. jadi alasan dia yg pakcik tlg carikan kerja tu, aku tak berapa nak percaya sbb hari pertama dia kerja tuh aku dah bagitahu, kalau nak berhenti kena bagitahu awal2 sbb bg masa aku nak cari pengganti, dia pun jwb, mmg nak kerja lama sbb nak guna duit. tak sangka pulak, seminggu jer dia mampu bertahan kerja rumah aku nih...

petang ni aku janji nak jumpa dgn si faridah tu pulak...harap2 dia ok dan bertahan lama kerja dgn aku nih...amin...

P/S : kerja apa pun kalau ikhlas dan suka nak buat mmg seronok kan?

Tiada ulasan: