Selasa, 26 Ogos 2008

Aisyah..........


Semalam 25 Ogos 2008, kami bawa Aisyah ke Klinik kesihatan WP Labuan untuk pemeriksaan berat dan tinggi Aisyah. seperti dalam kad temujanji Aisyah tu, jam 2 petang tapi kami sampai lewat sikit. tak de lah ramai sangat petang tu... ada 5-6 orang sebelum turn Aisyah...

Bila no. giliran Aisyah displayed aku cepat2 bawa masuk jumpa nurse. seperti biasa, dia minta tanggalkan lampin dan seluar. kalau sebelum ni ada sesetengah nurse mintak tanggalkan semua pakaian...aku pun letakkan Aisyah atas penimbang tuh...naik sikit ajer...

1 Julai 2008 - berat : 7.5 kilogram
- tinggi : 72 cm

25 Ogos 2008 - berat : 7.6 kilogram
- tinggi : 72.5 cm

berdasarkan keputusan di atas, sikit sangat kenaikan berat badan Aisyah..kalau sebelum ni dia akan naik dalam 500-600 gm sebulan...emmm tak pelah janji sihat.
nurse pun ckp kenaikan berat badan tak berapa 'cantik' tapi masih ok dan normal, asalkan tak masuk kaler warna kuning tu dah la...nurse bagitahu, umur macam Aisyah ni mmg waktu kritikal sbb dia sdg 'buas', banyak main, kurang tidur dan kurang menyusu...mujurlah selera makan dia ok, banyak jugak dia makan nasi kalau aku suap..terkejut jugaklah naik 100 gm je dlm tempoh sebulan...

bila tahu keadaan Aisyah macam ni, aku dah runsing walaupun nurse ckp masih normal..sib baik hubby tolong tenangkan...harap-harap pas ni Aisyah makin sihat...Aisyah akan dibawa utk pemeriksaan pulak pada 20 Okt 2008 nanti (2 bln sekali). mulanya nurse suruh datang pada 23 Okt tapi masa tu kan kami akan ke Indonesia...cuti2 lagi...

Tiada ulasan: