Khamis, 28 Ogos 2008

Kerana mu Malaysia...Kerana mu Aisyah...



Kerana mu Malaysia...Perpaduan Teras Kejayaan....
Sempena bulan kemerdekaan ni, tema/slogan dan moto kemerdekaan 'Kerana Mu Malaysia' tak lagi digunakan selepas beberapa thn kebelakangan ini menggunakan tema yg sama. Tahun ini Hari Kemerdekaan kita bertemakan 'Perpaduan Teras Kejayaan'...namun di sebalik tema 'Kerana mu Malaysia' ni mempunyai banyak maksud yang tersirat. terpulang pada kita nak terjemahkan ia kepada maksud yang bagaimana. kita wajib sayang kepada negara. tanpa kita sedari negara punya 'hati' dan 'perasaan' yang perlu dijaga. negara punya 'maruah' yang perlu dipelihara dan negara punya ' harga diri' yang perlu dibela...kita sama sekali tidak sanggup negara kita dijajah sekali lagi hatta melihat orang asing memijak bendera Malaysia sekalipun kita akan melenting kemarahan. inilah sensitiviti kita yang perlu dijaga untuk memartabatkan negara Malaysia di bumi Allah ini...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 51 untuk Semua. Baru tadi siap buat banner (kecik ajer) utk kelas aku...bukan apa, sama2 meraikan hari bersejarah ni. terapkan kepada pelajar agar menyayangi negara Malaysia kerana di sini lah tanah tumpah darah kita semua. Sebenarnya sempena Hari Kebangssan ni, sekolah aku buat pertandingan Kelas Tercantik yang mengibarkan bendera Malaysia...aku ambil peluang jugaklah menyertai pertandingan ini. menggalakkan pelajar menghias kelas secantik mungkin walaupun bukan bertujuan untuk menang tapi mesti bersemangat menyertainyai...

Nampak gayanya, pelajar di kelas aku nih (1Hibiscus) masih tidak dapat mendeco kelas tu tanpa kehadiran aku..emm terpaksa lah bertangguh kerja2 menghias sebab masa aku free, kelas tu ada guru, jadi nak tunggu betul2 free dan boleh menghias kelas kena tunggu subjek aku di kelas tu lah...mujur lah silibus dah habis...cepat jugak aku mengajar..hehe...esok dah hari penilaian...

Kerana mu Aisyah...
Depan pintu rumah kami tu sengaja kami gantungkan bendera Malaysia sebagai tanda semangat kemerdekaan...Aisyah selalu main lari2 dengan walker di situ. Sempat jugak aku snap beberapa keping gambar dia nih...

Tiada ulasan: