Selasa, 2 September 2008

Gelagat Nik Aisyah






Seronok sangat bila tengok perkembangan Aisyah di depan mata..
Setakat ni Aisyah dah pandai dan mengenal :
1) Bila aku sebut 123 jer dia mesti pergi kat dinding yang aku tampal nombor 123 beserta gambar. dia paling suka tengok gambar nombor 6 iaitu 6 ekor kucing...
2) Bila bunyi meow je dia mesti ke pintu dapur untuk tengok kucing yang selalu mintak ikan.
3) Bila sedang menyusu, kalau dengar suara Ayah je dia mesti tak jadi menyusu, mesti nak main dulu sampai letih..
4) 1 ramadan 1429 H Aisyah dah mula pandai merangkak...seronok nyer tengok dia merakak...
5) dah pandai melambaikan tangan ta ta atau bye-bye...dia paling suka byebye ayah dia. yang paling menggelikan hati, dalam bilik tidur kami tu ada gambar kahwin kami...dia nampak gambar tu macam ayah dia, dia pun apa lagi, start bertata-tata dengan gambar tuh...ketawa besar aku tengok gelagat dia.
6) Ralit tengok buku abjad ABC bila aku bacakan untuk dia...
7) Dah pandai berdiri dengan sedikit sokongan...
8) Suka tengok tv- Asrto Oasis

Aisyah dah pun tumbuh 4 batang gigi, 2 di atas, 2 di bawah...dia jarang menggigit...kalau gatal gusi sgt pun dia akan gigit jari dia sendiri atau barang mainan dia...tapi yang paling dia suka ialah sarung camera warna kelabu nih...antara barang mainan yang dia suka ialah telefon bimbit warna pink. sebab kat telefon tu ada tali, dia suka main dengan tali tuh...tapi yang bahayanya, kipas telefon tuh dah pecah/patah, jadi tersembul keluar besi yang memusingkan kipas tuh..bimbang juga tercucuk Aisyah...harap2 tak lah...

satu lagi nak citer ttg Aisyah nih, dia tak mahu susu formula...sebelum ni dia minum Biolac, puas kak faridah pujuk dia minum tapi tak nak jugak...kot2lah dia tak suka rasa susu tuh, aku ganti dgn Similac Neosure EYEQ. semalam gi beli dan malam tadi aku try bg 1 oz, tu pun dia tak habiskan...macam main2 jer dgn puting tu- tonyoh2 gusi dia kat situ, hehehe!!!

Harap-harap hari nih dia nak menyusu dengan susu tu dgn kak faridah...antara kelebihan susu tu ialah, ia sesuai dgn baby yang normal macam Aisyah tapi ada masalah kenaikan berat badan yang tak 'cantik'...

Sepanjang 2 hari berpuasa nih, Aisyah bangun juga bersahur dengan kami...temankan ayah ummi...mmg pengalaman manis bg aku dan hubby sbb ini kali pertama menyambut Ramadan dengan kehadiran Aisyah yang membawa seri ke dalam rumahtangga kami...

3 ulasan:

DeLLa berkata...

bestnye anak dah pandai kan..aisyah saya baru mengagah & pndai ngiring sendiri masa dlm buaian...semoga anak2 kita jd insan yg bijaksana & solehah..

zie1978 berkata...

mmg best sgt della...nanti tgu lah aisyah awak besar sikit best sgt main2 dgn dia. skrg ni aisyah sy dah lasak...merangkak satu rumah!!!

Tanpa Nama berkata...

pandainya aisyah.. aisyah dah brp bulan? jadi ke mintak pensyarah? nutp kan tgh mintak naikkan gaji guru master... hehehe