Khamis, 18 September 2008

Kaifiat Khatam Al-Quran

Cara Melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran
1. Secara Individu
Majlis diadakan oleh ahli keluarga berkenaan.
Qatadah berkata “ Adalah Anas bin Malik, apabila ia mengkhatam al-Quran, dikumpulkan anggota keluarganya lalu beliau berdoa dalam majlis itu”. Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih.

2. Secara Berkumpulan (ramai-ramai-majlis dianjurkan oleh satu badan tertentu)
Sabda Rasulullah SAW, daripada Mujahid dengan sanadnya yang sahih ia berkata “ Mereka berkumpul ketika khatam al-Quran kerana mengharapkan rahmat Allah SWT yang turun ketika itu”.

Panduan melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran secara individu
Majlis diketuai oleh seorang khalifah.
Membaca istighfar 3 kali kemudian diikuti
dengan:

الى حضرة النبي صلى الله عليه وسلم
الفاتحة

Pengkhatam membaca daripada Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas dan diikuti oleh pengkhatam secara beriringan.
Membaca beramai-ramai pada ayat terakhir surah-surah yang dibaca.
Membaca takbir beramai-ramai apabila hendak beralih ke surah yang seterusnya.

لا اله الا الله والله اكبر ولله الحمد
Apabila selesai hendaklah membaca :
وتمت كلمة ربك صدقا وعدلا لا مبدل لكلمته وهو السميع العليم (سورة الأنعام : 115

2. Majlis Khatam Al-Quran secara beramai-ramai
Majlis diketuai oleh seorang khalifah.
Membaca istighfar 3 kali kemudian diikuti dengan membaca :

الى حضرة النبي صلى الله عليه وسلم
الفاتحة


Pengkhatam pertama membaca Surah Ad-Dhuha hingga akhir.
Membaca beramai-ramai pada ayat terakhir surah-surah yang dibaca.
Membaca takbir secara beramai-ramai apa
bila hendak beralih ke surah yang seterusnya :
لا اله الا الله والله اكبر ولله الحمد

Pengkhatam kedua membaca surah seterusnya, kemudian diikuti oleh pengkatam lain secara bergilir-gilir sehinggalah ke surah an-Nas.
Kemudian membaca :
وتمت كلمة ربك صدقا وعدلا لا مبدل لكلمته وهو السميع العليم (سورة الأنعام : 115

Membaca doa khatam al-Quran.
Jika ingin mengadakan Majlis Tahlil belehlah diteruskan dengan bertahlil.
Membaca doa arwah.
Membaca doa penutup.

7 ulasan:

Anugerah Berharga berkata...

Assalamualikum ya akhis syeikh..
Ana akhukum Azmi alKelantaniy minta izin untuk ambil kaifiyah khatam quran yang akhi sediakan ini. jazakallahu khairal jazaa..

YiYun berkata...

salam....akak nak minta izin ambik cara2 khatam alquran ini.....izinkan ya....jazakallah hu khairan..

shamyheart berkata...

Perkongsian yang baik

Unknown berkata...

assalamualaikum...akk mohon panduan khatam al-quran ni utk majlis kat pejabat.. mekasih ye...

Unknown berkata...

Mungkin ada kaifiyat khusus dari nabi hadits atau atsar mungkin ?tentang kayfiyat khatam alquran

Unknown berkata...

Mohon saya amalkan kaifiyat ini ya

Unknown berkata...

Mohon izin utk sya amal n kongsikan kaifiat khatam quran ini. Jazakallah...