Isnin, 8 September 2008

Cerita-cerita je lah...





Emmm dah lama tak update citer kat sini...Rasa seronok sangat menyambut Ramadhan kali ni...walaupun setiap hari sibuk dgn kerja sekolah, dengan rumahtangga dan dengan karenah Aisyah yang semakin pandai tu (pd pandangan umminya lah hehe!!) aku masih bersemangat berpuasa dan rezeki untuk Aisyah berterusan, banyak dr hari hari biasa...tak sangka lah pulak...sebelum berpuasa ni, aku takut2 jugak susu jd kurang, tapi setakat ni alhamdulillah...yang penting kena makan makanan berkhasiat, cukup korum dan banyak minum air, barulah susu ibu banyak, pekat dan semestinya berkualiti...

Menariknya di bulan Ramadhan ni, Aisyah dah mula pusing satu rumah dengan merangkak. Kalau aku sibuk memasak di dapur dia pun akan ke dapur, tolong susun barang2 kat rak pinggan tuh...pastu mulalah ada je benda2 yang dia kutip masukkan dlm mulut!!! aduhai...selalunya hubby lah yg kena layan dia...main2 atau bw dia naik motor kat kawasan perumahan kami tu sementara aku siap memasak utk berbuka...kadang2 aku masak sebelum pergi sekolah, lepas sahur...tapi selalunya waktu tu sedap tidur je, selalu terlajak...dah tak dan nak masak apa2 lagi...tapi aku akan pastikan makanan aisyah dimasak juga utk hari tu sebab aisyah memang takkan makan nestum...tak kira lah perisa apa pun dia mmg tak suka makan, kalau aku suap juga dia akan geleng kepala dan termuntah (walaupun tak keluar balik, bunyi dia nak muntah tu mmg tanda dia tak suka kat makanan tu). so aku terus tak bagi nestum utk lunch or dinner dia.. Tapi kalau bubur nasi mmg dia suka, tak kisah lah bubur nasi plus apa2 pun...em mujur lah ummi dia rajin nak siapkan bubur aisyah...kalau malas pun automatically jd rajin sbb kesiankan anak kan?

Semalam kami sekeluarga keluar beli barang dapur, ikan, daging, ayam untuk seminggu ni dan lampin Aisyah utk sebulan...Aku sengaja bezakan lampin Aisyah antara pakai siang dan pakai malam...yang siang punya aku belikan jenama murah sikit...untuk malam pulak, beli lah yg mahal dan tahan lama untuk tidur semalaman. sebab umminya malas nak ganti2 waktu malam hehe...walaupun setiap 1 jam atau 2 jam mmg aku sedar / bangun untuk menyusukan Aisyah... yang bestnya setiap kali dia nak menyusu waktu malam dia akan guna hidung dia, hehe mencari je tempat parking malam tuh...pandai betul baby ni kan? bila cari2 takde jugak, haaa tu yang dia memanggil2 sampai kita datang, terutamanya time aku siapkan juadah sahur lah, mesti dia pun sama2 terjaga...pagi tadi dia tak bangun sebab malam tadi jam 1 pagi baru tidur...emm kalau tengok muka dia waktu tidur tu aduhai...sejuknya hati ni...

Try mintak jd pensyarah?
dalam paper semalam ada iklan jawatan pensyarah di UITM...bila pikir-pikir balik aku nak try mintak sebab mmg inilah cita2 aku sejak kecil lagi. tapi takut pulak bebanan tugas tu nanti membuatkan aku terpaksa mengurangkan masa, tenaga dan diri sendiri untuk anak dan suami. itu yang menyebabkan aku terpaksa pikir banyak kali samada mohon atau tak...kalau tak dapat tak pelah, tapi kalau dapat? tak ke kalut juga nak buat keputusan, antara kerjaya yg diminati dengan keluarga yang amat disayangi...bila berbincang dengan suami, dia benarkan aku mohon...hanya try mohon...bila lagi nak guna ijazah kedua aku tuh? hehe...

wait and see je lah...

Tiada ulasan: