Isnin, 25 Ogos 2008

Aisyah berumur 8 bulan

Berikut adalah perkembangan Aisyah bila dah berumur 8 bulan nih


Aisyah Sekarang :
1) Angkat dada setinggi yang dia boleh.
2) Angkat punggung untuk merangkak. Setakat ni dah boleh merangkak 2 step.
3) Duduk dengan tegap.
4) Menggelengkan kepala bila tak suka atau tak mahu sesuatu. Contoh geleng kepala bila dah kenyang.
5) Makan bubur yang dikisar kasar tapi ummi masih bagi bubur yang dikisar halus.
6) Boleh menelan dengan baik- sebelum ni selalu comot jer...


7) Dah tumbuh 3 batang gigi, bawah dua batang (sebelah kanan dulu tumbuh), bhgn atas sebatang, gigi kapak sebelah kiri dulu tumbuh.
8) Mula menggigit. Bezanya Aisyah ialah dia tidak ghairah menggigit jari ayah dengan ummi. Ummi dan Ayah sengaja masukkan tangan dia tak nak pun gigit. Dia suka gigit jari dia dia sendiri, kalau jumpa kain dia gigit kain, kalau jumpa kertas dia gigit kertas…teether yang Ummi belikan banyak2 tu dia tak layan pun!!
9) Suka mandi dan main air. Dia paling suka berdiri di baldi yang tingi dalam bilik air tuh kemudian kocak2 air dlm tu. Kalau dialihkan mmg dia akan nangis punyalah. So secara penyelesaiannya aku letak dia dalam besen mandi dia, bubuh air banyak2 (4 cebok), pastu letak dia dalam tu, mmg dia suka sgt main air. Yang penting jangan tinggalkan dia sorang2, takut jadi perkara yang tak diingini. Sebab sebelum ni aku pernah tinggalkan dia sorang2 dalam besen mandian tu, dia jatuh tertonggeng, benjol kepala dia sbb nak ikut aku...mujur tak jadi lebih teruk lagi.
10) Makin laju bergerak dalam walker.

11) Sudah pandai menunjukkan perasaan. Seperti suka atau tak suka.
12) Berpusing dgn laju masa meniarap.
13) Mula tarik dada
14) Berdiri tegap dengan sokongan
15) Pandai main cu-cak

16) Pandai nak mengikut ayah dan ummi bila tengok bersiap2 nak keluar jalan2.
17) Pandai main sendiri
18) Rambut dah panjang-dah boleh ikat rambut


Perkara Kesukaan Aisyah :

1) Sikat warna hijau
2) Jalan-jalan
3) Mandi dan main air
4) Main cu-cak dengan ayah dan ummi
5) Tengok Astro Oasis - Indahnya Iman
6) Dengar azan dan orang mengaji
7) Tengok ayah dan ummi sembahyang
8) Gigit kertas - minat pada semua objek kertas dan pen !!!
9) Buku Abjad ABC - kalau baca buku ni utk Aisyah, mesti dia suka sgt, kalau tengah nangis pun terus senyap!!!
10)Gigit jari tangan dan stokin!!!
11) Makan bubur nasi yang ummi buat
12) Duk atas walker-sambil lari2 dlm tuh.
13) Main rambut dan rantai ummi masa menyusu
14) Suka main lambung2 dengan ayah
15) Suka dengar ummi nyanyi
16) Suka tengok cermin - tapi ayah tak bagi selalu tengok cermin
17) Suka mandi dengan ummi dan tengok ummi gosok gigi.

Aisyah tak suka :
1) Susu lembu - mgkn bau dia kot..
2) Makan nestum- sikit je dia makan
3) Gigit jari ayah dan ummi walaupun tengah gatal gusi nak tumbuh gigi

Aisyah Mesti :
1) Pakai stokin setiap masa sebab kaki Aisyah selalu sejuk- utk elak demam dsb.
2) Ikat rambut sebab kuat berpeluh di bhgn leher. kalau tak mesti naik ruam situ.
3) Bagi makan sayur sawi utk cepat proses penghadaman- kalau tak mesti sembelit.
4) Tidur mesti nak berkipas kalau tak dia panas, mudah terjaga dan tak lena tidur.Ayah selalu tegur ummi straight kipas kat Aisyah...Ayah cakap tak bagus utk kesihatan Aisyah kalau selalu berkipas...
5) Dibawa jalan2 setiap petang-kalau tak dia buat macam2 peel supaya ayah dan ummi faham yang dia nak jalan...merengek2, dukung tak nak, susu tak nak...main tak nak...haa tu tanda nak jalan le...lagi2 kalau dah berjanji kemudian terlupa nak bawa dia jalan, mesti dia tuntut jugaklah...lepas tu baru ok dan lena tidur...aduhai...

rasanya ni je kot ttg Aisyah semasa berumur 8 bulan ni...mungkin ada lagi tapi aku tak noted. kena bayangkan dulu baru boleh noted...hehe

Tiada ulasan: