Khamis, 14 Ogos 2008

Aisyah Jatuh dari Katil !!!!

Glitter Photos


Seperti biasa waktu pagi aku sibuk dengan perkara rutin iaitu, siapkan sarapan utk hubby bawa ke sekolah, buat bubur dan sarapan utk Aisyah dan memasak utk tengahari nanti.. . sebelum aku blend puri lobak merah utk Aisyah, aku sempat menjenguk keadaan dia yang lena tidur dalam bilik atas katil!!!. Aku pun tutup pintu bilik sebab bimbang bunyi blender nanti mengejutkan dia. Seperti kebiasaannya aku akan buat ‘partition’ sekeliling Aisyah menggunakan bantal atau selimut untuk elakkan dia pergi jauh sebab dia suka sangat golek-golekkan badan dia.... Sekarang ni Aisyah tidur memang lasak, macam-macam aksi dia buat masa tidur, meniarap, terlentang, kaki terbuka luas, tangan atas kepala, mengiring ke kanan, mengiring ke kiri dan kadang-kadang bergolek-golek sampai ke kaki aku nih...aku bimbang sangat dia terjatuh katil. Jadi bantal lah sebagai bentengnya.

Entah macamana pagi tadi aku langsung tak teringat nak buat benteng utk dia. Lepas tutup pintu aku terus blend lobak dia, beberapa minit kemudian terdengar dia menjerit dengan kuat...aku terus bergegas buka pintu...(dalam hati terasa ada sesuatu yang tak kena sebab Aisyah tak pernah menjerit kuat macam tu, kebiasaannya apabila dia bangun pagi, dia senyap aje dan bila aku mengagah baru dia senyum..tu tanda dia puas tidur). Bila masuk bilik baru tahu apa yang terjadi yang menyebabkan dia menjerit kuat macam tu...Ya Allah!!! Aisyah jatuh!! aku tengok dia dalam keadaan mengiring ke kanan (bukan terlentang). Cepat-cepat dukung Aisyah, pergi ke dapur dan basuh kepala dia untuk hilangkan rasa terkejut akibat jatuh tadi...dia masih menangis tapi tak kuat...kak Faridah cuba nak mendukung dia. Bila aku bagi, Aisyah menangis lagi...aku ambil semula, usap2 kepala dia kot2lah ada yang bengkak atau benjol, alhamdulillah, mujur tak de...Ya Allah, mintak-mintaklah takde apa2 yang buruk berlaku...

Bila tengok keadaan dia yang dah ok dan leka bermain dengan kak faridah, aku terus sambung memasak. Selesai semua bawa Aisyah masuk bilik dan susukan dia...sambil2 tu aku usap kepala dia, gosok perlahan-lahan mencari bengkak sekali lagi kot2 ada...puas hati mmg tak de...emmm rasa ajaib jugak, baby sebasar Aisyah jatuh dari katil setinggi 3 kaki tapi keadaan dia seperti tiada ada apa yang berlaku...baru teringatkan hubby cepat2 bagitahu dia...hubby ckp malaikat sambut tu, dia menangis sebab terkejut...alhamdulillah...budak kecil tiada dosa dilindungi Allah dan para malaikat....

Pagi ni aku mandi bersama-sama Aisyah (sebab 2 hari lepas dia dimandikan kak faridah), aku pakaikan dia baju dan siapkan comel-comel, siap suruh kak faridah ikat rambut bila dah kering nanti sebab rasa rasa bersalah sangat atas kejadian tu. aku yang cuai menyebabkan Aisyah jatuh dari katil...ummi minta maaf ye sayang...ummi tak sengaja, ummi lupa nak letak bantal kat badan Aisyah....maafkan ummi sayang...

Sebelum tinggal dia untuk ke sekolah, aku tengok dia dah ceria macam biasa. Dalam hati berdoa moga2 Allah selamatkan dia dari malapetaka yang bahaya...sempat bacakan doa untuk dia dan cium pipi dia....(seperti biasa sebelum tinggalkan Aisyah aku akan bacakan doa khusus untuk dia yang diajarkan oleh hubby)...

Tadi aku sempat telefon Kak faridah tanya khabar dia samada ada kesan bengkak atau sebarang kesan di kepala dia, alhamdulillah kak faridah cakap tiada....emm baru puas hati walaupun dalam hati ni masih runsing memikirkan keselamatan Nik Aisyah...harap-harap takde perkara buruk yang berlaku terhadap dia...amin....ummi sayang sangat kat aisyah tau....

Tiada ulasan: