Rabu, 6 Ogos 2008

Aduhai...masalah maid lagi.

Balik dari sekolah semalam, aku tengok pintu tak berkunci. kebiasaannya bila hubby keluar mesti dia kunci pintu. aku dah pesan berkali2 kat angah, pintu mesti dikunci setiap kali aku atau hubby keluar kalau kami tak kunci sendiri. tapi aku tak lah bertanya lanjut pasal tuh sbb yg paling mengejutkan aku, ms nak parking masuk td terdengar suara Aisyah menjerit kuat 2 kali. aku tanya angah dia ckp Aisyah mengamuk. tanpa soal jawab panjang aku terus amik Aisyah yg meronta2 atas dukung angah. dalam hati ni tertanya2 juga kenapa Aisyah menjerit tadi.aku terus suruh angah balik...sambil tu mengagah Aisyah yg kelihatan rindukan aku. aku yg kepanasan ni, ajak Aisyah mandi bersama, pastu susukan dia, dia pun tidur, patutlah dia mengamuk td, mengantuk rupanya...

hubby sampai je aku citerkan hal td. mgkn jg angah masih tak tau lh 'sign' budak nak tidur atau lapar caner...emm takpelah...cm yg musykil, nape nas tak amik dia kejer dgn nas, sbb ms tuh angah available lg tp dia amik maid lain atau ada apa2 yg tak kena? jd petang tu saje lah nak amik angin, bw aisyah kua jap. sian jugak dia terperap je dalam rumah. sambil2 tu nak tanya nas ttg angah nih...

em mmg ada jugaklah perkara yg mengejutkan aku.
1) angah ni sebenornya tak bersekolah. tp bila org tya dia akan jawab sekolah. nas
bagitahu dia sekolah sampai ting 4 je. aku pulak, ms sesi taaruf rituh siap
tya spm dia dpt berapa A!!!
2) Angah suka berbohong - ttg persekolahan dia tu lah..
3) Angah pernah mintak dgn jiran2 kami ni beras dan minyak sbb takde duit nak beli.
4) Ayah dia jenis 'kaki perempuan' - sian kan anak2...
5) Nas mmg nak amik dia kerja tp dia tak mahu dtg ke rumah, dia nak nas hantar anak ke rumah dia- tp mujur dgn aku dia nak dtg ke rumah aku. nas ckp mgkn dia dah 'malu-alah' sbb takde duit, perlu kerja tapi bila ada org nak tolong dia jual mahal la pulak!!

aku terus bagitahu hal ni kat hubby. dia terkejut juga ttg angah berbohong psl persekolahan dia. tapi kami masih boleh maafkan sbb mgkn nak jaga maruah dia- anggapan kami mgkn dia malu kalau org tahu bhw dia tak sekolah- cuma apa yg aku pelik, kalau dia menipu aku sekarang ni, lambat laun aku akan tahu juga sbb jiran2 kami semua tahu latarbelakang dia dulu- apa salahnya dia bagitahu perkara yg sebenar.bila dia menipu macam ni, aku pula dpt tahu, maruah dia terjejas juga!! tapi aku takkan tanya dia direct hal ini...sensitif kan? kdg2 kena tgk jugak sbb apa dia tak sekolah - bukan salah dia, ayah dia yg tak bertanggungjawab -asyik main perempuan jer - tak baik pulak aku terus tuduh macam nih sdgkan aku tak kenal rapat ayah dia tuh !!!

dalam berkira2 samada nak angah terus bersama kami tuh, aku sempat telefon faridah (maid indonesia yg available sbb tak mahu ikut bekas majikannya ke KL). sekadar nak bertanya dia samada dia dah bekerja dgn org lain ke belum? dia mahu jumpa aku petang ni (rabu 6 ogos) jam 5 petang. alamak!! serba salah la pulak, kalau la budak faridah ni ok, angah macamana? takkan nak berhentikan dia...sian pulak...

hubby pulak cerita angah tak pernah kunci pintu setiap kali dia sampai ke rumah. padahal aku berpesan berkali2 spy kunci pagar setiap kali kami keluar bekerja. statement ni membuatkan aku mula tawar hati dgn angah sbb tak ikut pesanan aku tuh. ditambah pulak dgn citer2 kat atas tuh...emm dilema lagi..kalau lah angah sebenarnya org yg baik, tak ke rugi pecat dia!!! hubby minta aku buat spot check esok!! Ya ALLAH Bantulah kami dlm membuat keputusan ni....

pagi td, sebelum pergi sekolah aku mmg bagi kaw-kaw punya nasihat kat angah berkenaan dgn amanah dlm bekerja, jujur dgn aku, jgn sesekali menipu, jgn amik kesempatan dgn kebaikan yg aku dan hubby buat kat dia, jaga rumah elok2, kunci pagar utk keselamatan aisyah dan dia juga - sekarang ni mcm2 manusia ada - culik, rompak, bunuh dsb, tu yg buat aku berpesan byk kali ttg tu- dia angguk dan bg respon jugak dgn apa yg aku ckp. aku harap dia dengar dan bukanlah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. puas ceramah (aku anggap dia mcm anak muris aku je) aku pun terus ke sekolah - Aisyah ok jer, dia dukung aisyah sambil tengok aku nak bertolak - kali ni aku kua je dia terus kunci pagar !!! hehehe....

tengahari tu aku balik scr mengejut. nak spot check la konon. pintu pagar berkunci, ok lulus!! bila masuk dlm rumah, tak dengar suara aisyah, mgkn tidur kot. tapi sangkaan aku slh, aisyah dalam walker, mgkn dia tgh main2 dgn aisyah sbb aku tengok ada barang mainan aisyah kat situ. sempat jeling kat tv - dia pasang channel omputih nyanyi tuh - tak tahu channel berapa - mgkn sbb malu/segan/takut kat aku, dia pun tukar ke channel 101 (tv1)- yg tu aku tak kisah sgt walaupun tak suka..terus amik aisyah sbb dah meronta2 nak berdukung dgn aku, aku sempat tengok atas sofa, nampak walkman dia...mgkn sambil2 main dgn aisyah dia dengar lagu- tapi yg tak bestnya takut duk lyn lagu tuh anak aku terbiar!!! aku gi dapur, ok kemas!!(walaupun tak sekemas lin dan murni dulu) secara keseluruhannya aku agak2 berpuas hati walaupun tak sampai 70% hasil kerjanya. bg aku yg penting aisyah selamat sms bersama dia.

hasil dr spotcheck aku, tak de apa yg mencurigakan aku ttg angah ni...em nak buat macamana yer...adakah terus amik dia atau dgn maid indon bernama faridah tuh!!!

Tiada ulasan: