Selasa, 26 Ogos 2008

Aisyah Dijaga Bibik Kak Shidah


Hari ini kak Faridah ke Brunei untuk cop pasport lawatan dia tu. jadi aku terpaksa letak Aisyah di rumah Kak Shidah dan dijaga oleh kak Timah, sepupu kak alina, mak sedara Murni...cadangan awal nak bawa Aisyah ke sekolah, duk di bilik aku ni, tapi bimbang Aisyah tak selesa pula, nak tidur dan main2 (sebab sebelum ni kan aku pernah bawa dia ke sekolah, jadi asam jawa la bila jumpa dgn anak2 murid aku tu hehe).

pagi tadi Aisyah bangun lewat sikit, selalunya jam 8 pagi dia dah bangun dan mandi bersama aku. jadi dia tak mandi lah pagi tadi...sampai je rumah kak shidah, aku nak mandikan tapi kak timah pula yang sanggup nak mandikan...em tak pelah...pastu tertinggal pula lotion bath aisyah, emm nak wat camaner, terpaksa guna sabun biasa lah...harap2 tak elargi...

hati aku tak berdebar nak tinggalkan aisyah pada kak timah ni, walaupun dia jaga anak2 kak shidah yang lain juga (tadi ada anas-dia tak sekolah hari ni, dan talhah). alhamdulillah, aisyah nampak macam gembira je duk situ. aisyah ni dah pandai nak berkawan, selalu melemparkan senyuman manis dia tu pada orang walaupun dia tak kenal.

Tiada ulasan: