Jumaat, 15 Ogos 2008

Bestnya Nak Cuti Sekolah

Sekolah akan bercuti start 16 Ogos 2008-24 Ogos 2008. kami tak merancang bercuti di mana sebab hubby sibuk manjang walaupun cuti sekolah. lagipun tiket ke kk dah lama habis, kalau tak boleh juga jalan-jalan di KK, tak puas berjalan bulan mei dulu!!!

cuti ni aku tak dapat lah nak post apa2 dalam blog kesayangan aku nih sebab kat rumah tak de line internet. mmg sengaja tak mahu pasang sbb takde kepentingan utk itu. kalau nak beli tiket airasia, nak posting cite dlm blog nak download apa2 semuanya boleh di buat di sekolah aku. inilah antara kemudahan bekerja di labuan, kemudahan internet mudah didapati di sekolah berbanding dgn sekolah lama aku di johor dulu. wireless lagi tuh!! apa cite lah agaknya org2 johor di sana yer? aku pun dah lama sangat tak kontek kawan2 lama.

cuti ni jugak bermakna aku dan hubby kena uruskan hal jaminan kak faridah. mungkin dlm RM seribu lebih jugak melayang. tapi takpelah, aku rasa berbaloi sebab semenjak kak faridah bekerja dgn aku, aku lebih senang hati meninggalkan Aisyah dan bila aku balik rumah, keadaan rumah beres, Aisyah pun dalam keadaan baik. aku bagitahu kak faridah sebab apa aku memilih maid dari menghantar Aisyah ke Taska atau Babysitter. sekiranya aku amik maid aku boleh tengok Aisyah di rumah aku sendiri dan memantau perkembangan dia dari masa ke semasa (walaupun aku jarang balik utk jenguk dia). sekurang-kurangnya di rumah dan bukan di tempat lain.
kalau hantar ke Taska, banyak problem terutama jangkitan kuman. baby cepat dapat selsema, demam, cirit-birit dan sebagainya. kalau hantar ke rumah babysitter pulak, emm tak berapa nak harap lah, sebab aku pernah tengok sepupu aku di bangi mengasuh budak2 kecik, besar Aisyah pun ada. siap kena buli dengan anak2 dia. pastu kalau time mak budak tu nak amik, dia baru mandikan, tukar lampin dan pakai wangi2 sedangkan sebelum tu? em tak sanggup nak cerita, kesian baby tuh...tapi tak semua babysitter macam tu kan? cuma aku yang tak sanggup anak aku bermain dengan anak2 babysitter dan dibuli macam tu...aspek kebersihan pun tak dijaga- mana yang sempat je lah- yelah babysitter kan ada anak, kerja rumah lagi, mmg terkejar sana sini nak urus semua. contohnya di labuan baru2 ni, anak kepada babysitter kawan aku meninggal akibat jatuh tangga. aku dimaklumkan dia jaga anak orang 5 orang, anak dia dah 2 orang...em mana lah sempat nak pantau...kadang2 anak kita terbiar macam tu jer...ada dengar cerita anak2 main selipar, tanah, pasir, kutip benda kotor masuk dlm mulut dsb...bila dengar mende2 macam tu membuatkan aku cerewet sgt bab2 nih!!!

cuti ni jugak aku nak rehat sepuas2nya. nak main dengan Aisyah puas2. Aisyah sekarang dah pandai berdiri dengan sokongan ummi dan ayah dan pandai dah menyandarkan badan dia kat kerusi sambil berdiri!!! macam nak merangkak dah tapi mungkin dia tak berani kot...yang aku pelik dia tak heret dada ke depan lagi...rupa2nya ikut sebelah family hubby yang mmg jenis tak heret dada, terus je merangkak..pelik jugak..hehehe

aku rindu sangat kat Aisyah waktu ni...ok lah sampai sini dulu...

SELAMAT BERCUTI SEMUA...TERIUTAMA UTK ANAK2 MURID KU YG TERSAYANG DI KELAS 1 HIBISCUS TUH...

Tiada ulasan: