Selasa, 15 Julai 2008

Masa Silam yang indah....

tepat jam 9.20 15 Julai 2008, kawan lama k.imah tiba2 YM aku...seronoknyer...teruja sgt chatting dgn dia sbb rindu bangat...tapi yg peliknyer nape nama dia tak aktif kat contact aku yerk?emmm tak pelah...wpun kejap je dpt chat dgn k.imah ia dh mengubat rindu ini pada kawan2 lama, mcm k.imah ni, dia kecoh tp sgt baik hati...
rupa2nya k.imah hilang handphone bulan lepas, jd 'cari' aku dgn YM, just try2 jer, dia tak sangka aku online...em rezeki2..

1998-2001 adalah tahun aku bersama k.imah, k.su dan lia...k.su dan k.imah panggil aku 'rodik' (adik) sbb aku paling muda, dan gelaran tu masih kekal hgga ke hari ini.sepanjang tahun pengajian kami di ukm tu, banyak sgt kenangan manis, (pahit, mcm takde jer) sbb kami berempat ni tak pernah bergaduh dan sentiasa 'happy go lucky' jer...kami selalu amik subjek teras dan pilihan yang sama,kelas tutorial yg sama, wat kerja sama2...dalam kami berempat ni, lia yg paling rajin, wat nota, copy maklumat itu, cari maklumat ini, dan aku yang paling malas sekali...selalu wat assignment last minute..tapi yg peliknye, result aku yg gempak sekali!! emmm camane tuh? hehehe

em nak cite la sikit kisah silam dulu2...aku ditawarkan menyambung pengajian ke UKM setelah mendapat result STA yang agak2 ok pada tahun 1998 ambilan pertama (resit pembayaran dan slip pendaftaran masih aku simpan sbg kenangan). suka dan gembira sgt2 waktu terima surat "Urusan Seri Paduka Yang DiPertua Agung" tu sampai nak menangis..sbb apa? satu, sbb gembira sangat dapat masuk u selepas berhempas pulas masa form 6, tak tidur malam, mata dah macam burung hantu, asyik mengadap kitab ajer..dalam hati emm tarbayar juga pengorbanan aku selama ni...kedua, masa tu zaman gawat ekonomi, ayah dgn ummi mmg takde duit utk bayar yuran aku...seingat aku, yuran pengajian sebanyak RM1400+- (tak ingat dah jumlah yg tepat) aku serba slh samada nak sambung atau tak...tapi mngkn berkat doa, kesabaran dan pertolongan daripada byk pihak,aku berjaya juga menempatkan diri di UKM nih...ayah dgn ummi org yang plg banyak berkorban, tapi masih ada org lain yg sanggup tolong aku, abg sha dan k.ti, diaorang la yg banyak bantu aku terutama time sempit2 nak makan tapi takde duit...ah sedih pula bila ingat tapi manis bila dikenang. tiba hari pendaftaran tu ramai jg yg hantar aku, naik kete abang.
seperti biasa, berjalan kemana2 ummi mesti bawak bekal dr kg, lepas daftar je kami makan tengahari di tepi padang, dekattt dgn tandas, sbb sng nak basuh tgn..setiap kali lalu tepi pdg tu (sbb tepi jalan raya besar) mesti aku teringat punya lah, nilah tempat kami makan ms mula2 aku sampai dan jejakkan kaki di ukm ni...

aku ditempatkan di KAMSIS Dato' onn. Kamsis ni antara yang terdekat dengan Fakulti Pengajian Islam (FPI) aku jalan kaki je kalau nak pi kuliah..3 tahun duk di kamsis ni, mmg meninggalkan macam2 kenangan...
kawan2 aku yang lain pula, k.su di Kamsis Ibu Zain, K.imah di Kamsis Ungku Omar (tapi k.imah selalu tukar2 kamsis) dan lia duk kat kamsis luar.masa kat UKM ni mmg kami takde main cintan2 ni..langsung tak pikir nak bercinta, walau pun kawan2 duk ckp kena cari pasangan msa ni, nanti dah abis belajar ssh nak dapat pasangan, tapi aku solo sampai tamat belajar...ada juga ustaz2 duk usha2 tapi entah, aku tak berminat pulak ms tuh...mgkn takde jodoh kan.
akhirnya kami pun tamat belajar di sini pada Mac 2001...konvo pulak 7.7.2001 sehari sebelum birthday aku tuh,mmg betul2 touching lah...

abis je study, masing2 bawak diri, aku sempat kerja kat kilang Sony kat BBB selama sebulan, gaji seribu lebih,ms tu sebut je seribu mmg set dalam pale, banyaknyer gaji !!! tapi aku berenti awal sbb tak larat nak kerja shift, mana tahan duk berjaga tengah2 malam psg skru DVD!!! masa tuh kami dah mula berpisah dan tak contact, sebab masing2 mana ada handphone mcm sekarang nih..kalau bersama pun aku dgn lia jer..pastu bila aku kerja kat SRIP melaka (gaji rm600), terus terpisah terus dgn lia pulak..
kat Srip melaka ni pun byk simpan kenangan, aku duk hostel di tingkat atas, di tingkat bawah,kelas utk students, kira boleh jimat budget la tak pyh pk nak bayar sewa rumah, makan pun free, siap boleh bg lagi duit utk ayah dgn mi dan adik2 rm 400 sebulan, tinggal rm 200 utk diri sendiri...
sekejap je kat sini sbb kena pecat (lawan bossss, bukan salah aku aaa...aku hanya menegakkan kebenaran!!! ms tu kan era reformasi, jd semangat tu lain sikit). berhenti kerja di melaka, aku dapat kerja pula di SRA kem wardieburn, setapak sebagai guru PAFA, ganti org bersalin, ms ni tengku yg tolong aku dapat kerja nih sbb suami dia guru besar kat sini...aku ajak la ani (skrg kat JB)sbb ada dua org yg bersalin...sempat dua bulan di sini aku resign sbb nak sambung master di UKM balik..
masa belajar master ni la aku jumpa sorg lagi awan lama ms zaman persekolahan menengah dulu, saadi awang (dia ni antara kawan2 aku yang baik la (baru aku sedar, hidup aku ni dikelilingi dgn ramai org2 yang baik))dia wat master kat FSKK, aku kat FPend, tapi selalu jugak jumpa kat library, konon2 nak cari bahan, tapi borak je yang lebih...masa ni pun byk kenangan pahit manis...
tak sempat habis master, dapat KPLI, tak sangka dapat sbb aku hantar borang sehari sebelum tarikh tutup permohonan, dan masa interview tu pulak, kebanyakkan soalan berbentuk provokasi, jd aku tak boleh jawab sgt...tu yg pelik aku sorang je calon perempuan yang dapat..rezeki rezeki...jadi dalam ms buat KPLI aku masih student master UKM, aku rahsiakan hal ni dari semua pihak...
januari 2004 aku diposting ke Kluang, master tak siap2 jugak...saadi dah lama konvo hehehe...
kawan2 aku yang lain? makin lama makin terputus hubungan...k.su, dah ada anak sorang, baru2 ni aku ingatkan dia nak tukar sini sbb suami dia kerja sini, rupa2nya tak jadi, frust aku,k.imah baru start jd ustazah j-qaf awal thn baru2 ni kat setapak, tak kahwin lagi, tak tanya pulak k.imah dah jumpa mr.right ke belum...lia pulak, duk mabuk2 mengandungkan anak pertama selepas hampir 5 thn kahwin...

aku harap persahabatan dan hubungan ini biarlah berkekalan dan berterusan walaupun jarang contact dan masing2 dah ada haluan sendiri...amin...sayang semuanya...(emm mcm lirik lagu (cipta sendiri jer) yg aku selalu nyayikan utk aisyah pulak!!!)

Tiada ulasan: