Khamis, 24 Julai 2008

KEM BESTARI SOLAT 2008

ALHAMDULILLAH,
hampir 99% kerja menyiapkan persiapan sebelum kem ni hampir siap...mujurlah ada anak2 murid aku 1 HBS ni yang banyak tolong ustazah dia, masukkan bhn2 dlm fail dan susun2 mana yg patut...ringan tulang diaorang nih...mana tak nya lebih suka tolong aku daripada masuk kelas..!!! macamamana tuh? eee budak2 nih...apa2 pun ustazah nak ucap terima kasih kepada Raja, Qilah, Jidah, Mazlina, Ifah, Farhana, Sazwani, Mira, Nurul Nadirah, Fathin, Safinasr,Marliana dan Athirah. kalau ada yang ustazah tak sebut nama tuh jgn terasa hati, kamu semua tetap ustazah sayang...

sebenarnya aku bimbang sgt program ni tak berjalan lancar seperti yg diharapkan. pelajar yang hantar borang kebenaran waris pun masih tak ramai...aduhai, nak kena paksa bebudak nih...tambahan pulak sekolah aku pada hari yg sama ada Larian Kecergasan yang mewajibkan semua pelajar SMK Mutiara, kecuali pelajar yang terlibat Kem ni shj tidak diwajibkan lari. tapi apa yg aku takut diaorang mmg tak lari tapi lari dr kem nih...harap2 tak lah...

apa yang merunsingkan aku lagi ialah, lin akan berhenti pada 26hb nih..cadangan awal nak bagi dia berhenti pada 25 hb nih jadi hubby lah yang tolong jaga aisyah sepanjang kem ini berlangsung sbb hubby tak selesa duk dlm rumah kalau ada lin (em macamana la murni nak masuk rmh aku nanti). tapi semua tu tak jadi bila tiba2 semalam hubby dapat surat, petang jumaat dia kena gi latihan kawad TLDM, pastu hari sabtu tu pulak dia kena bawak budak PKBM (L) pergi berlayar mengelilingi Pulau Labuan..dia dah cuba tolak kat guru pengiring perempuan yang sorang lagi tu tapi dia tak mahu ikut, nak tak nak hubby juga la yg kena pergi...sebenarnya kesiankan aisyah, bila sabtu ahad je hubby selalu ada kerja luar, aku pun sama. rasanya dlm bulan nih, sabtu mmg tak cuti lah...

jadi bila aku fikir2 balik terpaksa lah lin kerja lagi pada hari sabtu tu. nak wat camner, terpaksa.harap2 dia boleh terima lah kan...emmmm...

Tiada ulasan: