Khamis, 28 Mei 2009

Suntikan Terakhir Untuk Aisyah


26 Mei lalu aku bawa Aisyah ke Hospital untuk mendapatkan imunisasi yang terakhir untuk Aisyah masa dia baby ni...bila dia berumur 7 thn nanti baru kena cucuk pula..

seperti biasa aisyah ditimbang dulu, alhamdulillah berat dia meningkat banyak sejak minum susu P******* ni. tinggi pulak naik 1 cm...pastu misi borak2 bagi nasihat dan tanya ttg perkembangan aisyah sekarang, aku pun cerita lah serba sedikit...

tiba masa untuk dicucuk tu, aku baca ayat **** dan hembus di bahu kanannya semoga dia dapat menahan rasa sakitnya. seperti sebelum ni aisyah tak pernah menangis lepas dicucuk.kecuali bila misi non-muslim yang cucuk hari tu...mungkin takleh terima kot misi tu buat kasar sgt dan yang penting dia tak mulakan dengan 'basmalah' dulu hehehe...

alhamdulillah, aisyah releks je bila dicucuk. sampai misi tu hairan sbb sebelum2 ni takde lagi baby yang releks dan cool macam aisyah lepas suntikan yang ini sbb menurut misi, jarum ni mmg untuk org dewasa!!! aku dan suami hanya tersenyum mendengarnya...selesai semuanya aku masih tak berhenti meniup bahunya dgn bacaan ayat **** ni tadi. semoga ia tak bengkak dan aisyah tak demam teruk lepas suntikan...

dari hospital kami ke Airport pula untuk setelkan bayaran tiket kapalterbang untuk balik kampung pada cuti bulan 8 nanti. apalagi aisyah bila nampak escalator di airport ni, melompat2 nak naik...aduhai, terpaksalah ayah dia bawak naik turun lif tu...aku tunggu dalam pejabat MAS untuk tunggu giliran bayar tiket...

selesai semua, ahh lega rasanya, urusan aisyah dah setel, dan kami pun dapat balik kampung wpun aku tengah sarat nanti...tawakal jelah...

cadangnya nak beli tiket feri untuk ke sabah pulak dalam cuti akan datang ni, tapi kesiankan aisyah bila tengok dia dah tidur keletihan dalam kereta,kami pun balik ke rumah...

malam- aisyah demam sikit, aku hanya lap kepala dan badan dia dgn tuala basah...sehingga ke hari ni, aisyah masih lagi demam tapi masih lagi aktif macam biasa. demam yang biasa, tidak terlalu membimbangkan aku...alhamdulillah....

Selasa, 26 Mei 2009

Akhirnya...

sejak aku mengandung kali kedua ni macam2 yang aku nak makan dan teringin sangat, salah satunya nak makan gulai kawah kenduri kahwin...sekarang manalah ada orang kawin, cuti nanti mungkin ada, tupun kalau dijemput!!!hehe..mujurlah ada seorang kakak yg sanggup masakkan utk aku, wpun bukan utk kenduri ala2 rasa kawah tu dah kira memenuhi impian 'anak' aku nih...anak ke???

setel yg itu timbul pulak mengidam yg lain pulak iaitu nak balik kampung!!! mengidam ke namanya nih?hampir setiap hari aku buka website airasia dan MAS. memandangkan cuti sekolah dah dekat, tiket pun makin mahal...apa yg aku ralatkan cuti ni abg sha dr jubail balik kampung...kalau aku tak balik, tak dapat lah jumpa dia kali nih...emmm mudah2an abg balik lagi cuti akhir tahun ni...

dan baru sebentar tadi bila aku buka website MAS, ada offer tiket murah utk cuti sekolah bulan Ogos nanti...ni peluang baik utk aku penuhi impian aku selama ni wpun waktu itu aku dah 34 minggu (MAS lepaskan sehingga 36 minggu). apa lagi aku cepat2 booking dan yg bestnya 1 ramadhan bersamaan 22 Ogos, bertepatan dengan bermulanya cuti sekolah...emmm bestnya...

baru tempah tiket...petang ni nak gi bayor...


nampak gayanya, cuti 2 minggu ni kami habiskan masa dengan berjalan sekitar sabah je lah..tapi kena beringat jugak sbb aku nih mudah sgt letih sekarang ni....

ni lah budak tomei yg suka sgt berjalan...mcm ummi dia....

Mari Bertaranum & Mari Mengaji

Minat aisyah sekarang ni ke arah mengaji...setiap kali lepas solat mesti dia sebut 'ji...ji' menandakan dia suruh aku amik al-quran dan mengaji bersama dia...emm suami aku ckp mujurlah anak rajin kalau tak umminya jarang mengaji!! hehe kena atas batang hidung aku yg kureng mancung ni ha...

memang dr awal lagi aku dah dedahkan aisyah dgn ayat al-quran, terutama dlm rancangan kegemaran aku ni Mari bertaranum dan Mari mengaji...moga2 dgn pendedahan awal ni dia menjadi anak yang suka membaca al-Quran. baru-baru ni aku belikan VCD Iqra' dan Mari Bersolat kumpulan Puteri. nampak gayanya suami langsung tak berpeluang nak tengok berita perdana dan aku terlepas tengok cerita kegemaran aku jam 4 pm tu 'Intan' gara2 si Aisyah akan datang bawak 2 remote, 1 utk tv dan 1 utk video menandakan suruh bukak VCD dia...bila aku on je, bukan main suka terlompat2 tengok kanak2 tu menyanyi sambil mengaji atau membaca niat2 solat...bila aku perhatikan semasa VCD ni dipasang mulut dia pun kumat kamit seolah2 mengaji sekali, dah puas berkumat kamit dia pun cari buku nota dia (khusus utk dia conteng dlm tu) dan sebatang pen utk menulis (konon2nya)sambil meniarap atau duduk, kadang2 tulis tangan kanan, pastu pindah pulak ke tangan kiri...gelihati jugak bila melihat telatah dia..sebab tu setiap kali balik kerja walaupun letih dgn tugas seharian, terasa hilang semuanya bila melihat perkembangan baru drpd dia setiap hari....



kesannya sekarang setiap kali aku atau suami solat, dia akan ikut pergerakan kami, siap dgn rukuk yg hampir tersembam tuh, sujud yang hampir kepada nak meniarap tuh, dan yg paling best tengok cara dia qiam tangan, mmg betul2 tepat cara qiam iaitu tangan kanan di atas tangan kiri, dan cara dia angkat takbir yg melucukan, betul2 mengusik hati aku ni...budak sekecil ni rupa2nya bijak memerhati apa yang dilakukan oleh orang di sekelilingnya terutama ayah dan ibunya...so jangan sesekalai buat perkara yng tak elok depan anak, sbb bila anak ikut itu sebenarnya salah kita sendiri...

hobi terbaru sekarang ni ialah bila berjalan di shoping complex, dia suka sangat naik tangga lif atau tangga biasa...yang peliknya dia akan ingat jalan menuju ke lif berkenaan, apa lagi ayah dia lah yg jadi mangsa naik turun tangga ni..kalau aku mmg tak larat dah sekarang ni...naik turun tangga di sekolah walaupun baru setingkat dah termengah2 wpun baru 5 bulan hehehe...mengandung di usia tua beginilah...kemudian bila dah naik ke tingkat atas, dia akan pergi ke bahagian Toys untuk peluk cium anak2 patung di situ...sambil sebut 'mek..mek' sebab nama teddy bear dia kat rumah tu aku bg nama mek putih...duk situ 15 minit ke setengah jam, ayah dia pun dah penat tunggu, barulah turun balik guna escalator yg sama tadi...bayangkan kami bawa dia setiap malam!!! fuh letih tuh...

kemudian sampai rumah, minta VCD pulak, tapi kadang2 ayahnya langsung tak layan, dia mengamuk2 terus peluk aku ajak masuk bilik dan terus tidur...tapi yan bestnya malam tadi (sebelum ni dah buat sekali) jam 3 pagi gitu, dia bangun kejutkan aku, pegang dan tarik tangan aku ajak ke ruang tamu pastu tunjuk tv dan remote...alamak tensyeeeennya ummi...terpaksa lah bukak biar dia layan sorang2, aku masuk tidur balik...pastu dengar suara suami tegur dia...emm biarlah suami yang teman...aku sambung tidur. hehe jahat kan? tak sampai setengah jam dia pun dtg depan muka aku, minta simpati angkat ke katil utk tidur bersama...aduhai aisyah...

inilah saja utk kisah bersepah2 aku kali nih...

wassalam

Jumaat, 8 Mei 2009

Fisrt time dpt award ni...



aku dapat award ni drpd sya...terima kasih sya sbb bagi akak award ni...sebenarnya ni pertama kali tau akak dapat...akak pun suka blog sya tau...akak tak ramai kawan bloggers di alam maya...hehehe... sya antara kawan yg sudi baca bebelan akak di sini...

tq so much...

Suka hati dapat Ber CD

tolong ummi menyapu sambil berCD!!!

gembiranya dia dpt lampin baru...



ni antara jenama lunatots...jenama yg dua lagi belum ditangkap gambarnya...

Sebenarnya entry ni dah lama, tapi aku baru post hari ni sbb nak masukkan gambar aisyah bersama CD's tu...hehe

selama sebulan lebih aku memakaikan CD untuk aisyah, aku sgt berpuas hati dgn kadar penyerapan yg baik...aku belikan aisyah 20 helai CD dgn 3 jenama yg berlainan, lunatots, KS dan coolababy...alhamdulillah, semuanya memuaskan...aisyah pun gembira, ummi senang hati tapi bibik lah yg susah hati bila aisyah popoo sbb kena basuh t*** aisyah tu...hehehe...

alah membeli menang memakai....

Jumaat, 24 April 2009

Manusia, Malaikat & Syaitan

Manusia : Eh, dah subuh dah?

Malaikat : Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu

Syaitan : Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni, awal lagi nie….zz.zzz

Manusia : Nak makan, laparlah.

Malaikat : Wahai anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...

Syaitan : Ahh, tak payahla, dah lapar ini !! Mmm.. sedapnyaa.

Manusia : Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat : Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan : Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!

Manusia : Alamak, dah lewat!

Malaikat : Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..

Syaitan : Ahhh!!! Awal lagi. Mmm…..suruh member, punchkanlah.

Manusia : Azan sudah kedengaran..

Malaikat : Wahai anak Adam ! Bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan : Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nie.

Manusia : Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat : Wahai anak Adam! Alihkanlah pandanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Mengetahui!

Syaitan : Perggghh... best tu. Rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia : Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat : Wahai anak Adam! Cegahla ia..

Syaitan : Apa kau sibuk! Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh.

Manusia : Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat : Wahai anak Adam! Nasihat-menasihatilah sesama kamu..

Syaitan : Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?...Pandai2lah.

Manusia : Aku telah berdosa..

Malaikat : Wahai anak Adam! Bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Syaitan : Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... Lagipun muda hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia : Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat : Wahai anak Adam! Kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .

Syaitan : Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh!!!

10 Hadiah untuk orang tersayang

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain.

Pilihlah satu atau pun semua.

MyCartopia.com Click here to get one

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Muntah...

kepada sesiapa yang tidak kuat dari segi mental dan fizikal tidak digalakkan membaca artikel ini...i'm sorry...

Bila mengandung memang kita akan sensitif dengan bau...bagi orang lain wangi betul bau minyak wangi C***** ni tapi bagi aku, langsung tak boleh menghidunya..busuk...dan ada juga sesetengah ibu mengandung sukakan bau yang selama ini dia tidak suka. contohnya bau ketiak suami!!!hehe...tapi bagi aku mengandung ke tak mengandung ke bau itu, aku mmg tak suka...maaf ye bang...

oklah nak cerita ttg semalam aku dah termuntah akibat tercium sesuatu bau. kalau orang tak mengandung pun semestinya akan terasa mahu muntah inikan pula keadaan begini bagi aku, tanpa ragu2 lagi, tekak terasa loya dan terus mengeluarkan isinya....uwekkk...

sudah hampir sebulan, sekolah aku mengalami gangguan air, kejap ada kejap tiada. jadi semalam tiada, kecuali blok2 tertentu...dan blok yang menempatkan tandas pelajar tiada air!!! seperti biasa sebelum masuk ke kelas, aku akan membawa segala barang P&P untuk mengajar, buku rekod, fail pelajar, nota pelajar, laptop dan macam2 lagi...mmg tak muat tangan nak membawa...jadi mangsanya adalah pelajar yg kebetulan lalu di hadapan aku...(mangsa ke, sbb pelajar mmg kena tolong guru yg dlm kesusahan kan...)

jadi bila nampak kelibat H**** ni, dan dia adalah pelajar yang aku akan mengajar nanti, aku terus panggil dia utk tolong aku mengangkut segala mak nenek yang akan digunakan dlm kelas nanti....sebelum tu aku merasa pelik juga, kenapa si H**** ni tak datang berjumpa aku seperti selalunya sebelum bermula kelas dan semalam seolah-olah dia melarikan diri daripada aku. dengan muka yang hampir pucat dan teragak-agak menyambut barang2 aku, aku sudah dapat mencium sesuatu sambil dia berkata " tapi usatazah, saya nak balik, sakit perut!!!" tanpa tunggu lama, dalam kepala aku, mmg bau itu lah yang aku cium daripada H**** ni, apa lagi cepat2 aku ambil semua barang di tangannya dan menyuruh dia balik ke rumah sekarang...sebelum tu sempat lagi bertanya, samada ibu ayah dia dah tahu keadaan dia atau belum? walaupun aku sudah hampir pengsan menghidu bau itu...dia pun berlalu...dan angin terus membawa bau itu melekat di hidungku...

sepanjang perjalanan aku ke kelas, aku masih tercium2 bau itu sehingga sepanjang koridor yang dilalui aku masih menghidunya...apalagi sampai saja di depan bilik ERT (kebetulan ada air di sini) aku memuntahkan apa yang tak tahan ditanggung lagi...habis semua breakfast aku terkeluar pagi tu...perit rasanya...mujurlah aku cepat berlari ke sinki, kalau tidak tak pasal2 makcik cleaner kena membersihkan muntah aku di koridor...hehe...

sebenarnya aku dah lama tak muntah sebanyak ini...walaupun sebelum ini mengalami morning sickness / evening sickness tapi tak pernah muntah sebanyak itu...ngeri kan? apa yang aku perasan sejak mengandung ni, aku mmg tak tahan bau itu, malah semasa membasuh pooopooo aisyah pun aku hampir terjeluak (kan aisyah dah pakai CD)...kadang2 bau urinenya saja dah boleh buat aku loya...sian aisyah....sedangkan sebelum ni, aku mmg kuat menahan semua tu, langsung tiada rasa loya semacam...inilah namanya 'pembawaan budak'...ye ke...

Khamis, 23 April 2009

13 wasiat Rasulullah kepada Saidina Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan
bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau 'memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau).
Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu
berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikatkerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaa, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah

Isnin, 20 April 2009

Asal usul keturunan nik...

Boring sangat hari ni...jadi apa lagi mengadap laptop je lah...sambil2 tu mencari maklumat ttg keturunan dan asal usul keturunan suami dan aku...aku? ok sebenarnya aku juga dari keturunan nik...macamana? panjang ceritanya...ok begini, datuk aku sebelah ayah bernama Mohamad telah berkahwin dengan nenekku (satu-satunya yang masih hidup sekarang) bernama Tuan Jah bt Raja Mat...kemudian dikurniakan seorang anak lelaki iaitu ayah aku...bernama Nik Yaakub. disebabkan datuk aku orang biasa dan nenek aku berketurunan raja, maka ayah aku mendapat gelaran nik di hadapan nama beliau...

kemudian, sebaik sahaja ayah aku dilahirkan, ibu bapanya bercerai dan beliau dijaga oleh emak tiri yang terus menukar namanya kepada Omar..hilang sudah gelaran nik tadi...maka anak-anaknya pun tiada langsung berpangkal nik...

sehinggalah aku bertemu jodoh dengan suami yang berketurunan nik maka bersambunglah keturunan ini semula...tapi bagaimana dengan adik beradik aku yang tidak bertemu jodoh dengan nik atau sebagainya?

sebenarnya bagi aku, aku tak kisah sangat ttg ini...tapi kita wajib menjaga susur galur keturunan kita supaya kita tahu dari mana asal usul nenek moyang kita kan? dan yang paling penting kita menjaga nama baik keluarga kita...

bukanlah aku bermaksud yang ber'gelaran' itu lebih baik dari yang tidak ber'gelaran. kerana itu bukan ukuran di sisi Allah kan...yang penting kita menjaga amal ibadat kita dan sentiasa menambahbaik amalan kita dari semasa ke semasa...

ok di sini aku pastekan satu petikan daripada blog yang secara tak sengaja aku menjumpainya...

Asal usul tengku, nik, wan
info ni diperolehi daripada Majlis Agama Islam Kelantan, keturunan Wan dan Nik ada 2 jenis :
i. keturunan yg diberi gelaran atau pangkat oleh raja2 zaman dulu kala atau dikira keturunan bangsawan
ii. keturunan Wan atau Nik yang asli, maknanya nama yg bermula dgn Wan atau Nik ni berasal atau berpunca dari keturunan Syed Husin, cucu Rasulullah.

Dan bagi saya, saya amat bersetuju dgn pendapat ke2.... Memang sebenarnya susur galur keturunan Nik dan Wan terbahagi 2,
( i ) gelaran nik dan wan yang diberi berdasarkan golongan pembesar & bangsawan.
( II ) gelaran nik dan wan yang berasal dari nasab keturunan Syed...
Tapi awas!!!, keturunan Syed pun terbahagi 2, samaada yang asli, yang berasal dari nasab Rasulullah, atau pun yang sudah tidak asli seperti Kaum India yang lahir pada hari Jumaat ( Syed malam jumaat).
Dan.... biasanya hanya mereka dan keluarga mereka yang asal (yang masih menjaga nasab) mengetahui keaslian ketutunan mereka.
Yang penting, walau apapun asal kita.... kita haruslah menyedari siapa pencipta kita dan.. berusaha mendekatinya..

WALLAHUA'LAM......