Khamis, 2 April 2009

Abang Sha buat umrah lagi dan Akar Kacip Fatimah


Semalam abg bagitahu dia akan bertolak ke Tanah Haram untuk kali kedua mengerjakan ibadat umrah. aku doakan semuanya selamat.
ada jugak barang yang aku kirim untuk abg. nak tahu apa dia? pernah dengar tak akar kacip fatimah? mesti pernah kan? mengikut petua orang tua, kalau nak tahu bila masa kita nak bersalin, hanya rendamkan saja akar kacip fatimah dalam air sejuk. kalau dia kembang sebesar2 mangkuk yg digunakan maka itulah tandanya kita makin hampir nak bersalin. kalau belum kembang, tak payah kalut-kalut nak ke hospital...

kebetulan, tuan punya kantin sekolah aku ni, kak ida namanya mmg mengamalkan petua ini utk kelima-lima anaknya, semuanya memberikan tanda yang tepat dan benar sekali. tak perlu duduk laboor room lama2 (mcm kes aku lah, 10 jam menunggu!!!). mengikut cerita kak ida ni, kalau dah sakit dia akan suruh suaminya rendam akar ni, kemudian airnya disapu di perut berserta selawat ke atas NABI, tunggu kembang, kalau dah kembang suami dia akan terus hantar kak ida ke hospital...tak sampai 10 minit dah bersalin...alamak mudahnya!!! tapi pernah sekali, suaminya kalut bila tahu kak ida sakit, dia rendam akar ni dgn air panas, apalagi terus mengambang lah akar tuh sedangkan kak ida belum lagi sampai masa nak bersalin...emm macam-macam...

menurut kak ida juga, akar ini hanya dijual di Mekah. tak tahu lah kot-kot ada sesetengah tempat di malaysia yang jual akar ni. kalau ada, lagi senang nak cari kan...kebetulan abg dah ke Tanah Suci, apa lagi aku pesan kat abg awal-awal lagi. jangan dia terlupa cari dan beli sudahlah...

*** harap-harap bersalin kali ni, TUHAN mudahkan...serik rasanya menahan sakit yg lama dulu...tapi hati berbunga riang bila mengandung lagi....yuhuuuu

Tiada ulasan: