Jumaat, 3 April 2009

Langkah pertama.....


Langkah pertama seorang insan yang bergelar Nik Aisyah adalah pada 28 Januari 2009 jam 8.20 malam dengan hanya 2-3 langkah kemudian jatuh, cuba lagi 2-3 langkah, kemudian agak keletihan dah malas dah nak berjalan lagi...

pada 25 mac 2009 mula berjalan dengan laju...

2 April 2009 Nik Aisyah makin laju dan laju berjalan sehingga nampak macam berlari-lari anak. dia dah kurang merangkak kecuali keadaan terpaksa dia berbuat sedemikian...apa yang aku perasan aisyah terer berjalan ni bila dia dah tahu dia akan jadi kakak tak lama lagi. dari situ dia mula berdikari dan jarang minta didukung. malam tadi, semasa menggantikan DDnya, sengaja aku minta tolong aisyah ambil seluarnya sendiri yang tersangkut di kerusi makan, sengaja nak menguji tahap kefahaman dia dengan arahan aku, alhamdulillah dengan terkedek-kedek dia menghulurkan seluar itu kepada aku...terharunya aku melihat perkembangan ini...alhamdulillah...

moga aisyah makin maju, cerdik, bijak, baik hati, solehah, pandai mengaji, taat, beradab dan semua sifat mahmudah yg baik dimiliki olehnya...namun, kita harus terima segala kekurangan itu dtg dari manusia yang lemah ini...tapi, kita masih berusaha untuk menjadikan diri kita, anak2 kita yang terbaik...Insya Allah...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bestnya aisyah dah pandai jalan...
tak sabar juga tunggu darwisy berjalan ni. tapi, dia langsung tak menunjukkan tanda2 nak berjalan. sebab, bila kita lepaskan tangan je, dia akan terus duduk.. huhu.. tak pe, sabar, sabar.. hehe

zie1978 berkata...

sya,
jangan sediah dia lmbt jalan
akak pun tak sangka aisyah dah berjalan sbb ms akak kecik2 dlu, mak ckp lambat jugak akak bertatih...

yg penting darwisy sihat yer...aisyah pulak sekarang ni akak runsing benar...dia kurang makan, bdn makin susut...

Tanpa Nama berkata...

tak pe kak kalau kurang makan, asalkan dia aktif macam biasa.. mungkin sebab dia aktif sangat kut..

kak, nanti kena gi induksi dua minggu, sedihnya nak tinggal darwisy... huhu