Jumaat, 10 April 2009

Perut ummi mengeras....

Sebelum tidur malam tadi,berapa kali perut aku mengeras...seolah-olah baby ni sedang menggeliat di tempat tidurnya...aku mengusap perut beberapa kali sambil tertanya-tertanya apa yang babt sedang lakukan sekarang...sungguh, ini pertama kali aku merasakan situasi begini, mengeras sekali selama beberapa saat. sewaktu mengandungkan aisyah dahulu, seawal begini aku belum merasakan apa-apa pergerakan baby. aku dan suami amat mengharapkan agar baby ini nanti seorang lelaki, adik lelaki kepada kak aisyah. namun sekiranya bukan, kami terima dengan tangan terbuka kehadirannya nanti.

adakah aisyah cemburu dengan kehadiran adiknya nanti? mungkin ada juga perasaan sedemikian kerana perhatian kami akan beralih kepada adiknya nanti sedangkan sebelum ini, hanya dia seorang...lumrah hidup sayang...walaupun begitu, kasih sayang ayah dan uummi buat aisyah tak pernah kurang. saat ini, aku amat merindui aisyah di rumah. masa terlalu terhad untuknya...setiap kali waktu pulang ke rumah, dia pasti meloncat-loncat kegembiraan apabila melihat aku di depan pintu...begitu gembira sekali...ketika itulah macam-macam ragam dibuatnya, samada nak t***k, menangis / merengek tak tentu pasal, berceloteh seolah-olah bercerita tentang apa yang berlaku hari ini atau minta didukung masuk dari bilik ke bilik...

biarpun penat, aku masih melayaninya..walaupun kadang-kadang keletihan, keinginan aisyah untuk bermanja, bermain, bercakap dan berdukung-dukungan dengan aku tetap aku penuhi...aku tahu dan sedar, aisyah hanya mahu PERHATIAN dan KASIH SAYANG kami untuknya setelah meninggalkan dia berjam-jam lamanya dengan bibik...

sungguh...ummi amat merinduimu sayang...mahu saja ummi balik ke rumah, cium aisyah bertalu-talu macam selalu....pagi tadi, aisyah masih lena tidur, tak sampai hati rasanya ummi mahu mengganggumu semata-mata mahu melihat aisyah melambaikan tangan "ta-ta" dan mencium tangan ummi seperti selalu sebelum ummi keluar bekerja...

gambar ini, ayah bersama aisyah ketika aisyah baru berumur 3 hari...

1 ulasan:

sya berkata...

huhu, nanti dah ada baby, aisyah kena berbagi 'kasih' la ye? hehehe