Isnin, 20 April 2009

Selsema sebab mengidam ker?


Hari ini bermula dgn keadaan yg agak 'mendung' sikit. aku diserang selsema. selalunya selsema aku ni tak lama, hanya sehari.lepas makan ubat oklah. tapi disebabkan berbadan dua ni aku tak berani nak makan ubat selain Salindah dan panadol (panadol pun kalau terdesak sgt akibat sakit kepala). suami aku selalu marah sebab terlalu bergantung dgn ubat bila sakit. emm nak buat macamana yer, ubat seolah2 terapi bg aku utk melegakan kesakitan...aku mmg respect la dgn dia, tak pernah makan panadol, ubat demam dsb kalau diserang sakit...hanya minta aku urutkan kepala, picitkan badan dan tidur. lepas tu, suami aku akan sihat kembali...mmg dia mempunyai stamina yg kuat lah...hehe sbb tu ummi sayang abang...

aisyah...

nak cerita pasal aisyah la pulak...semakin hari anak ummi ni semakin bijak dan membesar dgn sihat.antaranya :
1) sudah memahami arahan, pertanyaan dan percakapan kita.
2) sudah boleh berjalan dgn laju.
3) sudah pandai dan minum menggunakan tangan sendiri
4) pandai berlakon/mengajuk perbuatan ayah dan ummi cth : bercakap di h/p, pakai jam, pakai stokin, pakai kasut/seliper.
5) pegang pensil/pen utk menulis/menconteng di kertas
6) sudah pandai sebut ayah dan mi...(ummi lah sayang)
7) kalau nak susu, akan tadah tangan tanda 'mintak' atau melekat kat t**** ummi jer
8) dah pandai minta itu ini..kalau tak bagi akan merajuk..tapi kejap jer..bg t**** terus diam dan mood dia kembali ok.
9) pandai memilih..kalau bersiar waktu petang nak naik motor je..tak suka naik kereta..tapi kalau nak berjalan ke bandar, mmg kena naik kereta lah sayang.
10)tak suka makan nasi..suka makan mee...emm kadang2 risau jg aisyah makin kurang makan sekarang mujurlah dia menyusu banyak...setiap 2 jam 4 auns..kadang2 1 jam 4 auns...bergantung kepada keperluan bdn dia..kalau kuat sgt main, panjat sana panjat sini, makin kuat lah dia menyusu dan minum air..alhamdulillah sejak dia minum susu P******** ni, berat badan naik dan popoo dia pun ok...

emm tak tahan lah bila tengok tempoyak kat atas tu...bila lah nak dapat makan gulai tempoyak ikan patin aduhai...macamana ni aku mengidam tempoyak tapi tak dapat2 lagi nih...abang tolong saya...hehe

Tiada ulasan: