Khamis, 2 April 2009

Lampin Kain / Cloth Diaper

assalamualaikum,

setelah lama menyepi dari mengupdate blog yang kureng cun (berbanding blog della, sya, hanny dll yg cun melecun tu), rasanya hari ni nak berkongsi sikit pasal CD ni...

sebenarnya dah lama aku usha CD ni sehinggalah menemuinya berbulan-bulan lepas melalui RATUHATI dan blog kak shada yang baik hati tu (nak cite pasal pounch sling yang dah lama dibeli dgn kak shada pun tak sempat menyempat lagi). sorry kak.....

aku mmg tersangat sibuk sejak kebelakangan ni, dgn kerja sekolah dan aktiviti sebelah petang...emmm mmg memenatkan. tapi tak pelah, biarlah rezeki yang masuk setiap bulan tu lebih berkat kan? tambahan pulak duk jauh di perantauan ni, diberi kemewahan dgn bermacam2 jenis elaun, takkan masih nak goyang kaki kan? kalau boleh aku cuba siapkan kerja dengan sehabis baik, sekiranya ada kelemahan itu tandanya kita tidak sempurna. tapi kita masih berusaha ke arah itu. Insya Allah...

ok sambung cite si CD pulak...mula2 nampak istilah ni aku tak faham apalah ke bendanya. ingatkan CD cakera padat tu...bila usha2, godek dalam Ratuhati dan cari maklumat sikit2 sejak MAC lalu, baru lah aku faham dan suka sangat2 sebab TUHAN menemukan aku dgn benda alah ni utk penyelesaian kepada masalah ruam aisyah yg serius, masalah membumihijaukan alam dan yg plg penting baby tidak terdedah dgn bahan kimia, alhamdulillah.

apalagi aku cari orang yg bertanggungjawab, siapa lagi kalau bukan Pn Situ Nur Suraya yg shantekkk tu...berpeluang berYM dengan Su (yg glemer dengan CD ni) aku terus mengorder dan ingin mendapatkannya secepat mungkin. walaupun harganya agak mahal tapi amat menjimatkan untuk masa depan yg masih panjang (Insya ALLAH). mmg berbaloi lah. tapi waktu tu, stok habis dan Su perlu memesan material CD semula ke China yang akan mengambil masa hampir 2 minggu lebih...takpelah aku sabar menunggu...walaupun hati ni dah tak sanggup tengok ruam lampin si Aisyah yang tak menunjukkan tanda2 nak sembuh wp dah disapu dgn krim jenama P***en tu. kesian melihat aksi dia menepuk2 bahagian depan, mungkin terlalu gatal atau tidak selesa selepas mengenakan lampin M**** Pokai tu...wp harganya m****l tapi masih belum yg terbaik utk kulit aisyah!!!

akibat terlalu busy sgt di sekolah ni, aku hampir terlupa untuk menghubungi semula Su untuk preorder yang dah dibuat. sehinggalah semalam nampak ikon dia aktif di YM, apalagi aku terus terjah dia...emmm susah betul nak berchatting dgn org sibuk mcm Su nih, selepas beberapa kali YM baru lah semalam betul2 sah aku beli CD ni secara online...terus bayar melalui MBB, melayang RM 4** dalam masa hanya beberapa minit untuk kebaikan dan kesihatan kulit si Aisyah...tapi takpe hati ummi lega sangattt....aku beli 10 pcs dengan warna yg berlainan, em tak sabar nak tengok aisyah pakai nanti. Tips untuk penyerapan urine yang baik ialah, sebelum menggunakan CD, ia hendaklah dibasuh 2-3 kali, spinned dan dijemur. kalau tak, mmg meleleh la air kencing baby nanti.

sementara CD ni sampai dan 'lulus' digunapakai aku terpaksa menggunakan dan menyimpan selamanya stok DD aisyah yang baru dibeli minggu lepas( atau mungkin sedekahkan kepada kawan2 yang masih menggunakan DD) . menurut su dalam sehari dua ni sampailah CD nih...emmm hati ummi dah terlompat2 tak sabo nak tengok kechomelan CD ni...kalau tak percaya boleh lah layari blog su ni...mmg kelako lah orangnya...hehehe...

kepada kawan yang masih menggunakan DD, bertindaklah sekarang untuk banyak kelebihan dan kebaikan untuk baby dan kita sekeluarga dgn menggunakan CD...selamat berCD...

Tiada ulasan: