Jumaat, 31 Oktober 2008

Perjalanan / Rombongan Yang Amat Meletihkan....Part 2

Flight ke Indonesia jam 7 malam. tapi delayed pulak, mujur sekejap ajer... jam 7.20 jugak berlepas ke sana. bersyukur sangat sebab Aisyah baikkkkkkk sangat sepanjang perjalanan ni. cool sgt dan nampak teruja dalam flight...bukan main suka dia belek2 dan tengok buku jualan makanan Air asia tuh (bapak la mahalnyer!!!)...cuma yang agak merumitkan sedikit bila bawa baby ni (sikit aje lah-tak menyusahkan pun) bab makan2dia...dia tak boleh makan macam biasa lagi...masih lagi bubur lembut yang ditanak lama2 atas api yang kecil...pastu macamana? aku bawak lah lilin yang digunakan utk perkhemahan tu utk masak bubur Aisyah dlm hotel nanti...nak minta dgn hotel kang takut dia bubuh perasa atau garam pulak....macam bubur kat KFC dan McD..mmg sedap tapi tak baik utk perut Aisyah lagi kan???

alamak melalut la pulak!!! ok...sampai aje di Lapangan Terbang Antarabangsa Cengkareng, Indonesia dah jam 8.00 malam waktu Indon. jam dia awal sejam dengan waktu Malaysia,maknanya jam 9.00 mlm la sampai ke sana...Aisyah masih ok dan tenang ajer...alhamdulillah...masa ni baru kenal 2 org agen pelancongan yang incharge rombongan kami ni. org kedah...tak berapa 'mesra alam' pun!!! hehehe

kami disediakan dengan pengangkutan bas pelancongan (2 buah).nama tourist guide kami tu Pak Rizal dan Pak Jais. banyak betul celoteh dia, aduhai semua ttg sejarah indonesia,, dengar je lah walaupun dlm hati ni menjerit2 minta dia senyap!! jangan cerita lagi!!! boleh ke?? sebelum ke hotel, pak Rizal bawak gi makan dulu...memang tengah lapar sgt nih...bubur Aisyah yang aku masak sebelum bertolak td masih ok...sian dia...terpaksa makan bubur sejuk!!! kami disajikan dengan masakan Padang...sedap jugak...tapi tak lalu sangat nak makan sebab, dalam pale ni duk mikir pasal keadaan Aisyah sepanjang lawatan ni...harap2 dia dapat bertahan dan tak meragam!!! tu yang paling penting....
dalam Restoren Masakan Padang....


jam 11 malam bertolak ke hotel. kami menginap di Gren Alia Hotel di Cikini, Jakarta. punyalah lama nak menunggu dapat kunci bilik..faham2 jelah kalau dah ikut rombongan macam ni, kena ikut orang takleh ikut pale sendiri jer...

dalam pale masih lagi mikir tentang Aisyah, masing2 dah memandang kat aku yang mengendong Aisyah yang keletihan tu. mungkin masing2 kesian kat kami kot....tak pe ummi masih boleh bertahan sayang...sementara tu aku minta suami berbincang dengan pak Rizal supaya hotel sediakan bubur utk aisyah...manalah tahu kot2 aku tak sempat nak masak..alhamdulillah dia akan usahakan.

hampir jam 12 malam baru dapat masuk bilik, apalagi rindunya kat katil tu...terus ajer kami baring...aduhai mmg meletihkan...esok pagi2 lagi dah nak kena bangun awal utk bertolak semula ke Bandung pulak...jam 8.30 waktu indon dah bertolak...mujurlah bubur Aisyah hotel sediakan, maafkan ummi sayang, ummi terpaksa...uhuhuhu...tanpa disedari, aku, suami dan Aisyah tidur dalam keletihan....zzzzz

23/10/2008

hari ini genap umur Aisyah yang ke 10 bulan...dah besar anak Ummi nih...awal jugak Aisyah bangun pagi ni bila dia tersedar kami kalut bersiap utk ke Bandung pulak.

Aisyah baru bangun tidur....terus nak tolong ummi berkemas...


jam 7.00 kami turun nak bersarapan. mujur ada bubur Aisyah. bila aku rasa, alamak ada rasa macam perasa makanan lah...em terpaksa jugak lah bagi Aisyah makan .menyesal pulak tak masak bubur dia malam tadi. aisyah makan banyak pulak bubur tu, mungkin rasa sedap sikit dari bubur yang aku buat kot...mana taknya bubur ummi rasa tawar ajer kan???..

jam 8.00 pagi bertolak ke Bandung...angkut lagi barang2 ke dalam bas. nak tinggal di hotel (sebab nanti balik ke jakarta menginap lagi di hotel yang sama) tak berani, takut barang hilang!!!

perjalanan ke Bandung sangat lama sebab ikut jalan lama yang mengambil masa 5 jam setengah.kalau ikut highway, dalam 3 jam dah sampai. tapi disebabkan di tengah2 jalan tu kami akan singgah ke beberapa tempat, maka terpaksa lah menggunakan jalan lama. sekali lagi Gred A++ utk Aisyah sebab dia tak meragam walaupun sedikit...terima kasih sayang!!!!
sempat bergambar dalam bas menuju ke Bandung...Aisyah masih boleh tersenyum girang sedangkan Ummi dah berat kepala!!! hehhe




ok to be continue....

Rabu, 29 Oktober 2008

Perjalanan / Rombongan Yang Amat Meletihkan....Part 1

Aisyah dalam bas-bertolak ke Lapangan Terbang Labuan...

Aisyah suka tengok air pancut dlm kolam kat tengah2 Allamanda ni...

Atuk yang rindukan cucunya....
Nenek datang jauh2 dari Pahang nak jumpa Aisyah...
Aisyah tak de mood masa ni sebab dah mengantuk nak tidur...
Ayah dan Pak Lang....
Mak Teh dan Pak Dik Amry...
Pada 22/10/2008 baru-baru ni...kami bertiga bersama 30 yang lain bertolak ke LCCT untuk Lawatan Sambil Belajar ke Indonesi yang dianjurkan oleh SM Sains Labuan. Setiap kali nak berjalan jauh, aku mesti tak lena punyalah nak tidur malam...adakah itu satu penyakit??? aduhai punya lah letih...tapi masih bersemangat nak berjalan ke Indon ni..maklumlah, tak pernah sampai. sebelum ke indon ni, aku risik2 melalui kawan2 yang pernah pergi. diaorang ckp, cuaca panas sgt dan udara kotor...paling kotor di dunia...alamak, kesian kat Aisyah, harap2 dia dapat bertahan la...risau jugak dia jatuh sakit kat sana nanti. suami ckp lebih elok menghirup udara mcm tuh di negara yang ramai penduduk ISLAM daripada menghirup udara bersih yang penduduknya ramai orang KAFIR!!! Alamak!!! emmm tak pelah, terima ajelah pandangan suami aku tu,hehehe...dia nak menyedapkan hati aku je lah tu...

Sementara menunggu check in barang2 aku sempat telefon ayah dan ummi, minta doa restu agar perjalanan kami semua selamat sampai dan pulang. bila ayah dapat tahu je flight ke Indon jam 7 malam, dia kesian sangat kat Aisyah yang etrpaksa menunggu di LCCT tu...tahu je lah kan kat situ macana? tak selesa langsung, terutama kalau ada baby. Ayah ckp kalau Wanie boleh keluar, dia nak ajak Wanie datang sini. Aku cakap, tak payah la...menyusahkan ajer ayah nak datang nak temankan kami. tapi mungkin dia rindu sangat kat Aisyah kot...ayah ckp kalau dia tak dapat datang, dia minta aku kontek adik aku yg sorang lagi ni, Mije..dia ada di KL masa tu. nak suruh Miji memang payah la sikit sebab dia tengah kerja. Mujur lah Mije dapat datang, boleh la bawak kami jalan2 sementara tunggu jam 7 nanti.

Perjalanan dengan AirAsia dari Labuan ke LCCT mengambil masa 2 jam ajer...Kalau guna MAS, amik masa 2 jam setengah jugak tu...laju jugak AirAsia nih, kapal terbang baru kan...Sampai di LCCT terus hubungi ayah semula untuk bagitahu dah sampai KL...tup2 ayah ckp dia pun dah otway ke LCCT nak jumpa kami...laa...ayah dengan ummi aku ni memang bersemangat kalau bab2 jalan ni...terutama kalau nak jumpa Aisyah hehehe..,

Mije sampai dengan kereta dia yang baru dan best tu...merasa la jugak aku naik...hehehe...Nissan Latio...selesa dan sesuai la utk dia yg byk ongkos tu...kalau kami tak merasa lah nak pakai kereta macam tu...sekadar yang ada ajer...hehe.

dia bawa makan di Allamanda Putrajaya. Tak sempat nak belikan baju utk Aisyah kat situ walaupun ada sale. pastu terus ke Masjid Putrajaya untuk janji temu dengan ayah dan ummi pulak....wanie dan adik Amry yang baru lepas PMR pun dtg...emmm makin debab la pulak aku tengok si Amry ni...dah la takde motivasi nak belajar...anak dlm senang mcm tu lah...wani pulak, tak de pakwe lagi, ada org nak, dia pulak taknak!!! milih betul???!!!!Mi siap masak2 lagi untuk bekal kami...apa lagi belasah lagi sekali la utk mkn tengahari tuh. lagipun tak puas hati sgt makan kat Allamanda td... sia ada petai dan budu lagi...hehehe

jam 4.00 petang baru bertolak semula ke LCCT...yang lain tengah tunggu kami utk check in semula. jam 5.30 dah masuk ke balai berlepas...tak puas rasanya berjumpa dengan ayah, ummi dan adik2 yang lain...kesian pulak ayah dan ummi, dtg jauh2 tapi dpt jumpa sekejap ajer...tak pelah hujung tahun ni jumpa lagi...ok...to be continue...utk cerita di indon pulak....

Jumaat, 26 September 2008

Baju Raya Aisyah

Rasa teruja sangat nak menyambut hari raya bersama orang baru dalam keluarga kami...kehadiran Nik Aisyah benar-benar memberi erti buat aku dan suami.
semalam kami terima bungkusan dari ayah dan ummi di kampung. aku ingatkan hanya baju kurung utk Aisyah...rupa-rupanya dalam tu bermacam-macam kuih raya untuk aku...emm tak perlu belanja utk kuih dah pas ni..terima kasih ayah dan ummi..

baju kurung aisyah dan aku untuk raya nanti dibeli oleh adik aku nih..tq yer tekk hehe..warna masam-masam manis gitu...satu keluarga (perempuan sahaja) memakai rona yg sama utk raya ni...aduhai tek...macam2 lah mu ni...

seperti biasa lah, tailor aku sudah semestinya kak ti (kak ipar yg cun melecun tuh)...jahitan dia kemas dan setanding jahitan di butik gitu...semalam saje bagi aisyah pakai baju kurung pertama dia...cute sgt walaupun baju agak besar...boleh pakai lama sikit kan? emmm tak sabarnya nak raya hehehe

atuk dan nenek aisyah bagi jugak baju gaun utk dia, saiz M, besar lah sikit..aisyah umur setahun lebih nanti muat kot...aku tak beli lagi baju raya utk aisyah ni...semalam gi parkson, tak de pilihan la sini...nak beli lah yang branded tapi tak de size, semua budak besar punya size.

emmm hari ni hari last kerja utk sambut hari raya...selamat hari raya semua...

utk 1 HBS raya keempat dtg rumah ustazah yer...ada open door sikit utk kalian semua...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Khamis, 18 September 2008

Kaifiat Khatam Al-Quran

Cara Melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran
1. Secara Individu
Majlis diadakan oleh ahli keluarga berkenaan.
Qatadah berkata “ Adalah Anas bin Malik, apabila ia mengkhatam al-Quran, dikumpulkan anggota keluarganya lalu beliau berdoa dalam majlis itu”. Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih.

2. Secara Berkumpulan (ramai-ramai-majlis dianjurkan oleh satu badan tertentu)
Sabda Rasulullah SAW, daripada Mujahid dengan sanadnya yang sahih ia berkata “ Mereka berkumpul ketika khatam al-Quran kerana mengharapkan rahmat Allah SWT yang turun ketika itu”.

Panduan melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran secara individu
Majlis diketuai oleh seorang khalifah.
Membaca istighfar 3 kali kemudian diikuti
dengan:

الى حضرة النبي صلى الله عليه وسلم
الفاتحة

Pengkhatam membaca daripada Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas dan diikuti oleh pengkhatam secara beriringan.
Membaca beramai-ramai pada ayat terakhir surah-surah yang dibaca.
Membaca takbir beramai-ramai apabila hendak beralih ke surah yang seterusnya.

لا اله الا الله والله اكبر ولله الحمد
Apabila selesai hendaklah membaca :
وتمت كلمة ربك صدقا وعدلا لا مبدل لكلمته وهو السميع العليم (سورة الأنعام : 115

2. Majlis Khatam Al-Quran secara beramai-ramai
Majlis diketuai oleh seorang khalifah.
Membaca istighfar 3 kali kemudian diikuti dengan membaca :

الى حضرة النبي صلى الله عليه وسلم
الفاتحة


Pengkhatam pertama membaca Surah Ad-Dhuha hingga akhir.
Membaca beramai-ramai pada ayat terakhir surah-surah yang dibaca.
Membaca takbir secara beramai-ramai apa
bila hendak beralih ke surah yang seterusnya :
لا اله الا الله والله اكبر ولله الحمد

Pengkhatam kedua membaca surah seterusnya, kemudian diikuti oleh pengkatam lain secara bergilir-gilir sehinggalah ke surah an-Nas.
Kemudian membaca :
وتمت كلمة ربك صدقا وعدلا لا مبدل لكلمته وهو السميع العليم (سورة الأنعام : 115

Membaca doa khatam al-Quran.
Jika ingin mengadakan Majlis Tahlil belehlah diteruskan dengan bertahlil.
Membaca doa arwah.
Membaca doa penutup.

Isnin, 15 September 2008

Majlis Khatam Al-Quran

Pada 19 Sept 2008 nanti akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah. Aku diarahkan menguruskan pelajar yang terlibat dalam majlis tersebut...apa lagi pelajar KKQ aku yang comel2 tu la yang kena mengaji nanti hehe...

Khamis lepas dah buat meeting dengan bebudak ni tentang latihan dan persiapan majlis tersebut...insyaAllah kami akan bertadarus dari jam 2.30 - 4.00 petang di bilik KKQ aku ni...semoga usaha ini mendapat tempat yang selayaknya di MATA ALLAH....amin...

tengah khusyuk mendengar arahan ustazah...

pelajar lelaki yg terlibat

pelajar perempuan yang terlibat

Khamis, 11 September 2008

Aisyah pakai baju sendiri?

1) Tengok2 dah siap pakai sebelah!!!

2) Tersenyum bila sedar ayah dengan ummi dah tahu apa yg dia dah buat

3) Ulang tayang- nak tunjuk sekali lagi macamana Aisyah masukkan tangan...

4) Tergamam tengok ummi dan ayah ketawakan dia...haha

5) Demontrasi- buka balik baju ni...hehe...


Macam tak percaya jer kan? Tapi mmg itulah yang terjadi pada 9/9/2008 (kelmarin) hehe...

Bila dah berumur 8 bln setengah ni Aisyah dah tak suka pakai baju lepas mandi...Mungkin dia rasa best kot duk gitu hehe...jadi pada hari tu, lepas mandikan dia, pakaikan lampin, bedak n losyen sikit...punya lah susah dan mmg makan masa la part nih!!! Siap buat aksi mcm dlm wrestling kalau ummi nak pakaikan lampin...sabo je lah...aku pun pakaikan dia seluar panjang...dan bila nak pakaikan baju lubang2 warna kuning (kasi angin masuk!!! hehe sebab Aisyah mudah sgt panas dan berpeluh...mana taknya, aktif bebeno anak ummi sekarang nih), dia dah geleng2 kepala tanda tak nak baju tu....aku pun ikut je lah, terus letak baju tu kat dia. sambil2 tu dia main2 dengan menan2 dia tuh...

aku pulak ralit tengok indahnya iman...(lately zikir2 oleh Utz Akhil Hayy pulak yg selalu ditayangkan, aku lebih suka Hijjiaz!!!) aku sempat jugak menjeling kat Aisyah yang syok layan menan dan baju lubang2 td...sekarang ni pantang jumpa kain, mesti nak taruk atas kepala...hehe...layan punya layan Oasis, aku tengok Aisyah dah masukkan lengan baju kat tangan kanan dia...terkezut lektrik aku!!! cepat2 panggil hubby dan terus amik camera, snap gambar2 dia nih...rugi sebab tak sempat nak snap aksi dia sebelum masukkan tangan tu,tengok2 dah masuk sebelah tangan...hehe..apa lagi ketawa besar aku dgn hubby sampai aisyah pun tergamam dan pelik tengok kami ketawa macam tu...Aisyah Aisyah...

Selasa, 9 September 2008

Cara Nak Bina Blog

Ini adalah P&P untuk pelajar-pelajar ustazah yang berminat nak bina blog...senang ajer...
1. Pergi ke website blog : www.blogger.com/start
2. Klik 'create your blog now' (yang ada arrow merah tuh)
3. Isi semua detail yang diperlukan (nama, password dll) kemudian, klik 'continue'
4. isi lagi yang diorang nak.. (blog _title_ tu tulis tajuk untuk blog anda), pada bahagian address tu pilih lah apa2 nama sebagai alamat blog anda. untuk cek samada dah exist, kena klik 'check availability' dulu.. bila dah available boleh la anda guna address yg anda pilih tu, baru la boleh guna..
5. Klik 'continue'
6. Pilih template.. ustazah cadangkan pilih colour hitam supaya nampak exclusive hehe...kalau dah suka, klik di 'dot' kat template tu dan tekan 'continue'
7. Klik 'start blogging'. kemudian akan terpapar 'posting' > 'Create'.
8. Di sini, _title_ tu akan jadi tajuk post anda. kemudian kalau nak taip cerita taip lah di bawahnya...
9. Untuk menambah / meletakkan gambar2 anda hanya tekan kat ikon atas tu...macam tu jugak kalau nak edit tulisan ke apa ker...hehe
9. bila dah habis bercerita...tekan pada preview di bhgn atas sebelah kanan untuk tengok keadaannya sebelum publish...kalau dah puas hati...
10. tekan 'publish post'
10. baru lah 'view blog'

sedia utk dihidangkan!!! ish macam buat kuih pulak kan?


selamat blogging utk anak2 murid ustazah...dan kawan2 yang belum ada blog dan berminat utk memiliki blog sendiri scr percuma...

Isnin, 8 September 2008

Aisyah masuk majalah?


Create with your own picture at

Aisyah suka kucing






Cerita-cerita je lah...





Emmm dah lama tak update citer kat sini...Rasa seronok sangat menyambut Ramadhan kali ni...walaupun setiap hari sibuk dgn kerja sekolah, dengan rumahtangga dan dengan karenah Aisyah yang semakin pandai tu (pd pandangan umminya lah hehe!!) aku masih bersemangat berpuasa dan rezeki untuk Aisyah berterusan, banyak dr hari hari biasa...tak sangka lah pulak...sebelum berpuasa ni, aku takut2 jugak susu jd kurang, tapi setakat ni alhamdulillah...yang penting kena makan makanan berkhasiat, cukup korum dan banyak minum air, barulah susu ibu banyak, pekat dan semestinya berkualiti...

Menariknya di bulan Ramadhan ni, Aisyah dah mula pusing satu rumah dengan merangkak. Kalau aku sibuk memasak di dapur dia pun akan ke dapur, tolong susun barang2 kat rak pinggan tuh...pastu mulalah ada je benda2 yang dia kutip masukkan dlm mulut!!! aduhai...selalunya hubby lah yg kena layan dia...main2 atau bw dia naik motor kat kawasan perumahan kami tu sementara aku siap memasak utk berbuka...kadang2 aku masak sebelum pergi sekolah, lepas sahur...tapi selalunya waktu tu sedap tidur je, selalu terlajak...dah tak dan nak masak apa2 lagi...tapi aku akan pastikan makanan aisyah dimasak juga utk hari tu sebab aisyah memang takkan makan nestum...tak kira lah perisa apa pun dia mmg tak suka makan, kalau aku suap juga dia akan geleng kepala dan termuntah (walaupun tak keluar balik, bunyi dia nak muntah tu mmg tanda dia tak suka kat makanan tu). so aku terus tak bagi nestum utk lunch or dinner dia.. Tapi kalau bubur nasi mmg dia suka, tak kisah lah bubur nasi plus apa2 pun...em mujur lah ummi dia rajin nak siapkan bubur aisyah...kalau malas pun automatically jd rajin sbb kesiankan anak kan?

Semalam kami sekeluarga keluar beli barang dapur, ikan, daging, ayam untuk seminggu ni dan lampin Aisyah utk sebulan...Aku sengaja bezakan lampin Aisyah antara pakai siang dan pakai malam...yang siang punya aku belikan jenama murah sikit...untuk malam pulak, beli lah yg mahal dan tahan lama untuk tidur semalaman. sebab umminya malas nak ganti2 waktu malam hehe...walaupun setiap 1 jam atau 2 jam mmg aku sedar / bangun untuk menyusukan Aisyah... yang bestnya setiap kali dia nak menyusu waktu malam dia akan guna hidung dia, hehe mencari je tempat parking malam tuh...pandai betul baby ni kan? bila cari2 takde jugak, haaa tu yang dia memanggil2 sampai kita datang, terutamanya time aku siapkan juadah sahur lah, mesti dia pun sama2 terjaga...pagi tadi dia tak bangun sebab malam tadi jam 1 pagi baru tidur...emm kalau tengok muka dia waktu tidur tu aduhai...sejuknya hati ni...

Try mintak jd pensyarah?
dalam paper semalam ada iklan jawatan pensyarah di UITM...bila pikir-pikir balik aku nak try mintak sebab mmg inilah cita2 aku sejak kecil lagi. tapi takut pulak bebanan tugas tu nanti membuatkan aku terpaksa mengurangkan masa, tenaga dan diri sendiri untuk anak dan suami. itu yang menyebabkan aku terpaksa pikir banyak kali samada mohon atau tak...kalau tak dapat tak pelah, tapi kalau dapat? tak ke kalut juga nak buat keputusan, antara kerjaya yg diminati dengan keluarga yang amat disayangi...bila berbincang dengan suami, dia benarkan aku mohon...hanya try mohon...bila lagi nak guna ijazah kedua aku tuh? hehe...

wait and see je lah...