Isnin, 12 Januari 2009

Abang Sha di Jubail

hampir 3 minggu Abg sha berada di jubail Arab saudi. macammana lah keadaan dia di sana, dengar cerita sekarang ni musim sejuk. mujurlah sebelum berangkat ke sana abg bawa baju sejuk dan selimut tebal untuk persediaan di sana nanti. (cuaca di labuan ni pun, sejuk ajer-hari ni hujan dari pagi)

aku pasti abg pasti rindukan kak tie dan keletah anak2 dia terutamanya abg de yang baru menjejakkan kaki ke sekolah rendah dan najwa yang baru berusia 5 thn. yg lain-lain tu dah semakin besar, abg wan form 2, abg amin form 1 dan kak cik darjah 5. tentulah mereka semakin faham bhw ayahnya tiada, berada jauh dr keluarga untuk mencari rezeki sehingga ke tanah arab. tapi bagi yang dua orang lagi tuh? aduhai kesian pulak aku memikirkannya. aku pun jauh di sini, jadi susah jugak nak menjenguk keadaan diaorang semua, hanya bertanya khabar berita melalui telefon dan sms ajelah...

aku pun rindukan anak saudara aku yg paling kecik tu (ni kan pulak ayahnya kan?), si najwa...bila aku telefon kak tie je dia pun sibuk nak bercakap dgn aku...mesti ada aje soalan2 dr dia. bila aku nak jumpa dia? aisyah buat apa? pak ngah (suami aku) buat apa? makan apa?...dan macam2 lagi la.. lastly dia akan ckp, mak ngah, nanti bagi salam kat pak ngah dengan aisyah yer...laa..bukan bagi salam la wa, kirim salam...dah beberapa kali aku tegur ayat dia yg salah tu, tapi sampai sekarang masih gunakan ayat 'bagi salam'..kadang2 gelihati jugak dengan anak buah aku yang sorang ni...aku tahu dia rindukan aku sbb dia paling suka menyanyi bersama aku. macam aisyah jugak... suka sgt diajak nyanyi... tapi jgn jd penyanyi tau, mesti jadi ustazah atau cikgu...hehehe

alhamdulillah, sekarang kak tie pun dah pandai drive jadi aku tak lah risau sangat bila suaminya jauh di mata. bukan apa, kalau anak2 sakit senang nak dibawa ke klinik, kalau nak beli barang dapur yg berat2 pun senang...kalau tak kena pikul dgn motor pulak...kan bahaya jugak tu...nanti kena ingatkan kak tie, pemasangan tali pinggang belakang bg kelisa dia tu pd 15hb ni dan kereta kancil 21 hb ni...yg kelisa tu aku tak risau sgt sebab kak tie boleh bawak sendiri ke pusat servis produa (automatic). macammana dengan kancil manual tu? takkan kak tie nak bawak? kak tie mmg tak blh bawak lagi yg manual...mungkin ayah naik ke kuantan untuk bawak ke pusat servis kot...kalau mije dalam cuti boleh lah mintak tolong dia...

inilah antara pengorbanan yang ditanggung bila ayah, suami jauh dari keluarga...semua kena pandai berdikari dan pandai jaga diri. aku harap abg sha tabah menghadapinya, kak tie sabar menempuhinya dan anak2 belajar hidup jauh dari ayahanda...insya ALLAH bila dah sampai target, abg sha tentu akan kembali ke pangkuan keluarganya...amin...

Tiada ulasan: