Rabu, 7 Januari 2009

Aisyah demam lagi....

Sudah 3 hari Aisyah demam panas...panasnya makin meningkat bila menjelang petang sehingga ke malam...mujurlah setiap pagi, suhu badannya menurun sikit, tak la berat sangat hati ini untuk bekerja. sebenarnya aku menyesal sangat suruh bibik bagi aisyah makan ubat semalam...aku lupa nak tanya dia bagaimana cara dia bagi aisyah minum ubat. sebelum ni aisyah terlalu senang makan ubat, tak kisahlah ubat tu rasa pahit atau manis, semuanya dia minum dengan baik sekali. sehinggalah semalam, aku terkejut bila dia nampak je botol ubat, dia dah meronta-ronta tak mahu disuapkan ubat... bila aku mengadu kat suami, dia tegur la aku supaya lain kali perkara2 penting macam ni biar aku sendiri yang buat, jangan bagi bibik yang buat. seingat aku, aku dah tunjuk cara menggunakan picagari tu untuk suap ubat kepada aisyah, tak boleh banyak2 tolak ke dalam mulut, nanti dia tersedak dan muntah...tapi mungkin juga dia paksa aisyah minum atau dia pegang pipi aisyah supaya minum. (mcm kebanyakkan orang buat untuk masukkan ubat). sebelum ni terlalu senang aku suapkan ubat untuk dia, hanya suakan sudu atau picagari ke mulut, dia pun ngangakan mulut dan terus telan, tak pernah jeluakkan balik, dan aku tak perlu bantuan suami untuk pegang tangan dia yang meronta-ronta, tapi semalam, kami berdua kena buat macam tu. ala...kesiannya...

moralnya - jangan harap orang dapat buat macam kita buat...

sehingga hari ini aisyah masih lagi demam...harap-harap aisyah cepat sembuh sayang...ummi rindukan ketawa ceria aisyah tu....

3 ulasan:

DeLLa berkata...

zie..ciannye aisyah demam ek...semoga sicomel cpt2 kebah..salam peluk cium utk aisyah

Tanpa Nama berkata...

darwisy pun tgh demam ni... aisyah dah setahun kan?

zie1978 berkata...

della,
saya risau juga dia demam panas sgt, hampir 40 darjah...si comel aisyah della sihat?

sya..umur aisyah dah setahun 23 hb lepas...nanti nak n3 citer psal first besdey dia la pulak...tapi tak dan lagi ni...