Isnin, 12 Januari 2009

Tamat sudah cerita si meow....

tamat sudah kisah tentang si meow dan anak-anaknya...

1) si ipin - mati kena langgar

2) si upin dan tomei-tomei - hilang tak dapat dikesan. sebenarnya aku tak pasti samada 2 ekor anak kucing ni kena curi atau ada orang ambil dan dibuang kat mana2. aku rasa ralat sgt sbb, kalau setakat nak buang diorang ni kat kedai makan atau sebagainya, dah lama aku buat, tapi disebabkan memikirkan nasib diorang jadi aku minta anak-anak murid aku yang sanggup nak jaga. jadi shah rizal sanggup jaga cuma aku tunggu masa nak pergi hantar ke rumah dia (busy tul akhir2 ni). tiba2 hari khamis lepas, 2 ekor tu dah tak de...jenuh jugak aku dan suami panggil, si meow pun dah menangis2 cari anak dia yg tak balik2 tu, diorang tak pernah main jauh2, setakat depan rumah aku tu jer...dan selalunya kalau aku panggil mmg dua2 ekor tu berlari ke arah aku. tapi sampai ke malam, tak balik2 jugak, mmg confirm diaorang ni dah kena kidnapped!!! sampainya hati org tu pisahkan anak dengan ibunya (anak2 meow masih menyusu badan)...yang paling mengharukan aku, si meow asyik memanggil2 anak2 dia sepanjang hari sehingga ke malam. dan bila waktu makan je, dia akan panggil semua anak2 dia...itulah kasihnya ibu...

3) Si meow - aku hantar jugak ke rumah shah rizal sebab tak mahu lagi nasib anak2 yang dikandungnya nanti menerima nasib yang sama kalau masih lagi tinggal bersama aku...(sekarang ni si meow tengah bunting!!!) sedih sgt tapi nak buat macammana...dan semalam, ada ikan bakar lebihan kami waktu makan tengahari membuatkan aku terkenangkan kenangan bersama mereka...terdetik dalam hati " kalau ada si meow dan anak2 dia nih, mmg habis dah ikan nih"....

Tiada ulasan: