Selasa, 13 Januari 2009

Suntikan untuk Aisyah

mengikut Jadual imunisasi sepatutnya aisyah diberi suntikan pada 23 disember baru2 nih. tapi pada hari berkenaan, aku sengaja tak bawa dia ke klinik sebab nak celebrate first besdey dia. aku bimbang dia sakit/demam lepas kena cucuk jd aku cancel lah nak pegi klinik..(ada ke gitu??? kawan2 jgn wat tau, mesti ikut jadual)

pastu pada keesokan harinya pulak, aku dah tak ingat yg aisyah nak kena cucuk ni, terus ajak ayah, ummi dan suami bercuti di cameron highland...konon2 macam hadiah utk aisyah la, bawak dia pi jalan2 kat tempat sejuk....

pastu bila balik ke labuan pulak, aisyah demam panas...mungkin perubahan cuaca yg tak menentu sekarang ni, dan aisyah nak 'meringan' badan (kata org tua) untuk berjalan...tertangguh lagi nak ke klinik...

jadi baru semalam (isnin 12hb januari 2009) aku bawak dia ke klinik.
bila nurse tanya kenapa lewat, aku bagitahu aisyah baru je sembuh dr demam. bila dia checked suhu badan aisyah 36 darjah celcius, aisyah boleh diberikan suntikan hari tu...sambil2 tu dia isi laporan kesihatan aisyah dan berbual dgn aku ttg perkembangan aisyah. berat aisyah 8.5 kg dan tingginya 7.9 cm...emm hanya 400gm je naik. takpelah asalkan aisyah sihat...nurse ckp disebabkan berat bdn yg tak berapa memberangsangkan, aisyah dikehendaki ke klinik lagi 2 bln akan dtg...em tak pelah...bila aku ckp aisyah tak mahu langsung menyusu botol, nurse ckp takpe asalkan aisyah lalu makan..alhamdulillah, kalau tak aku asyik runsing je aisyah tak mo menyusu botol, berapa kali tukar botol susu dah...tapi mgkn jenis dia dia agaknya...hehehe...nak yg ori jugak nih...

sebelum nurse cucuk aisyah, aku bacakan 'laqod jaakum' dan hembus kat bahu dan ubun2 dia agar dia kuat semangat...alhamdulillah, berkat amalan aku ni, aisyah tak menangis pun masa disuntik, nurse pun tak sangka tengok aisyah relek ajer (biasa baby nangis kan lepas kena inject)...dia pun ckp, good girl, tak sakit ker, senyap ajer...hehe...
sebelum balik seperti biasa aisyah dibekalkan dengan ubat demam. nurse ckp, kalau aisyah demam kena bagi setiap 6 jam sekali, kalau tak demam 8 jam sekali selama 2 hari...jadi bila sampai di rumah, walaupun takde tanda2 aisyah nak demam, aku tetap bagi ubat tu...takut dia demam lagi (dahle baru 3 hari je sembuh dr demam hari tu. bangun pagi tadi aisyah ok je, so aku tak bagi ubat...jam 10 td telefon bibik, dia bagitahu aisyah sihat dan aktif bermain, emm maknanya aisyah tak demam seperti sebelum ni selepas kena suntik, alhamdulillah...

ni lah antara gambar semasa bercuti di CH...best la tempat ni...sejuk betul...




Tiada ulasan: