Selasa, 6 Januari 2009

Aisyah demam, Si Ipin pulak mati kena langgar!!!

sepanjang perjalanan ke sekolah tadi aku asyik memikirkan tentang kucing2 kesayangan aku tu...sedih pulak bila aku dan suami terpaksa buat keputusan untuk tidak memelihara si meow dan anak-anaknya lagi. alasannya adala kawasan perumahan kami tidak sesuai untuk memelihara binatang, khususnya kucing sebab, bau najisnya yang kuat tu mmg mengganggu jiran-jaran sekeliling. kawasan tanah lapang sgt terhad...sudah beberapa hari kami merancang nak letak meow dan anak-anaknya di kawasan kampung atau kedai makan tapi perasaan tak sampai hati dan sayang kat diaorang tu menyebabkan selalu tertangguh rancangan tu. akibatnya, depan rumah aku berlonggok tahi kucing yang menjadi jelingan jiran-jiran...akhirnya aku kena kuatkan hati juga 'membuang' mereka ke suatu tempat yang mudah cari makan. pada awalnya hari ahad lepas, tapi tiba-tiba tengahari ahad tu, badan aisyah panas sgt...alamak aisyah demam pulak dah. mungkin nak 'ringan' badan untuk berjalan agaknya. lupa kejap masalah meow ni. tumpukan perhatian kepada aisyah yang demam panas. hari semalam gagahkan jugak ke sekolah utk hari pertama persekolahan. sepanjang tinggal dengan bibik, dia kurang tidur, kalau tidur pun, asyik terkejut-kejut. jadi akhirnya malam tadi bawak jugak dia ke klinik untuk ambil ubat demam. doktor bagitahu aisyah tak lena tidur sebab suhu badan terlalu panas. bila diperiksa suhu badannya 39 darjah celcius. tinggi tuuu...dokdor pun masukkan ubat ikut punggung untuk turunkan suhu badan, dan minta aku bagi ubat demam yang dibekalkan setiap 4 jam...alhamdulillah aisyah lena tidur malam tadi selepas balik dr klinik, jam 1 pagi aku bagi pulak ubat demam, insya ALLAH harap2 dia makin sihat. hati makin lega sebab asiyah lalu makan, nak menyusu dan senang minum ubat. ini mempercepatkan dia sembuh..amin...

sambung pulak citer si meow nih..pagi tadi hujan lebat sgt. kelam kabut nak ke sekolah, uruskan aisyah lagi, bibik pulak sampai lambat...jadi tak teringat langsung nak bagi sarapan utk si meow...tak pelah jam 9 lebih nanti sambil balik jenguk keadaan aisyah, aku bercadang nak bagi nasi utk diorang seme, ikan goreng makan malam tadi pun banyak sgt lagi, memang rezeki si meow nanti...

tiba-tiba masa membelok ke blok aku tu, aku ternampak anak kucing berwarna oren terbaring atas jalan.. alamak !! macam kenal jer...memang sah yang mati tu, si ipin, anak meow yang paling aku sayang. dia yang paling manja, suka main dlm rumah dan paling besar badannya berbanding adik2nya yang lain. aku terus menangis teresak-esak sambil menelefon ke suami utk memberitahu hal ni...sedih sangat masa tu...terkenang pulak dia tak makan apa2 lagi pagi tu...Ya Allah...kesian si ipin...semalam aku baru je ribakan dia, bagi aisyah pegang dia, dan main kejar2 dengan dia...hari ni dia dah mati dilanggar kereta orang. mungkin dia berlari-lari depan rumah aku tu, hujan pulak lebat, jadi orang tak nampak, terus je langgar... aku tengok bangkai si ipin ni, kepala dia luka dan berdarah dan biji mata dia tersembul keluar. aku ambil dan letakkan elok-elok dalam plastik sampah. nanti suami balik biar lah dia yang tanam...

bila aku tanya bibik, dia nampak si ipin dah mati, dia pun tak pasti kereta mana yang langgar si ipin, tak pelah dah ajal dia...selalunya TUHAN akan ambil dulu orang, barang, benda termasuklah binatang yang kita paling sayang untuk menguji iman kita...

bila aku cek suhu badan aisyah makin turun dan dia sedang tidur lena dalam buaian, jadi aku tak berlama-lama di rumah, lagipun banyak kerja lagi di sekolah...terus bagi makanan kering utk si meow sambil berpesan kepada bibik supaya bagi nasi utk si meow tengahari nanti, aku terus memandu ke sekolah semula...kali ni menangis sorang2 dalam kereta bila teringatkan si ipin..kesian dia...

sampai saja di sekolah, aku jumpa dengan firdaus untuk beritahu hal ni, apa lagi dia pun menangis bila tengok aku teresak-esak bercerita...akhirnya dia sanggup nak jaga semula si meow dan anak2, cuma tunggu lampu hijau dr maknya saja. moga mak dia setuju lah...fuh lega sikit hati ni, tak jadi la aku jadikan si meow kucing yang tak berumah...kesian, sebab dia antara kucing yang paling baik pernah aku pelihara....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam, lama kak yuzie tak update.. :) seronok cuti ye...
kesiannya si meow mati.. tak pe lah, dia aman kat 'sana' kan...