Jumaat, 14 November 2008

sedihnya....



Petang esok aku terpaksa tinggalkan meow dengan anak2nya di rumah Firdaus, rumah anak murid aku...sedih sangat hati aku ni. rasa macam nak berpisah dengan anak sendiri pulak hehe!!!

hakikatnya, mmg aku betul2 sedih nak tinggalkan dia di sini. 2-3 hari kebelakangan ni pun aku selalu bercakap2 dengan dia, dia pun manja lebih2 pulak dengan aku, terutamanya semalam. macam dah tahu aku nak tinggalkan dia esok...ummi terpaksa sayang...nanti hujung bulan 12 ummi datang jemput meow dan anak2 balik rumah semula yer.

esok aku nak ke pasar untuk beli berkilo-kilo ikan, makanan kering kucing dan syampoo mandian utk bekalan meow dan anak-anak nanti. sedihnya...tak dapat aku bayangkan esok macamana...

bayangkan masa aku nak tinggalkan dia dengan bibik time gi indon hari tu pun aku dah menangis teresak-esak. tu sekejap,5 hari berpisah...kali ini, hampir sebulan lebih!! alahai tak tahu lah macamana nak hadapinya...

aku harap Firdaus dapat menjaganya dengan baik mungkin lebih baik dari tuannya ni. sebelum ni aku pernah berpesan kepada Firdaus, yang penting mesti ada sifat penyayang kepada binatang, baru senang nak urus dia. INSYAALLAH Firdaus mampu melakukannya...

Mohd Firdaus bin Hj Mohadis...

sebenarnya anak-anak murid aku yang lain berebut nak jaga meow dalam cuti ni bila aku offer siapa yang sanggup jaga. tapi last copek, aku tengok firdaus yang layak utk menjaganya. walaupun dia lelaki, sifat penyayang tu jelas kelihatan, ehem ehem ...betul tak firdaus??

meow, pesan ummi, ummi harap meow dan anak2 sihat sepanjang ummi balik bercuti ni..jangan nakal-nakal, buat baik di rumah orang, jangan berak kencing dalam rumah orang...dan yang paling penting...ingat, ummi sayang kamu!!!

emmm dah rasa macam nak nangis nih...uhuhuhu

Tiada ulasan: