Khamis, 6 November 2008

Bila Aisyah dah 10 bulan













sekejap je masa berlalu Aisyah dah pun berumur 10 bulan 15 hari (hari ini)

Alhamdulillah, perkembangan dan tumbesaran Aisyah meningkat dengan normal..sekarang ni Aisyah sudah / pandai :-
1) tumbuh gigi 6 batang. 4 batang di atas dan dua batang dibawah...tapi Aisyah ni lain sikit berbanding baby lain yang nak tumbuh gigi. dia tak delah ghairah menggigit orang atau brg2 yang dekat dgn dia...cuma sesekali tu mungkin tak tahan sgt 'gatal gusi' tu baru dia tangkap jugak jari aku nih...hehehe.
2) pandai sebut beberapa perkataan yang tak berbutir bunyinya. cth "ade""umme""aaa""ageee"
3) suka main dengan pen dan kertas / alatulis ummi dan ayah.
4) pandai merajuk / buat muka mimik sedih bila barang yang dia suka diambil/dirampas.
5) pandai nak mengikut ummi dan ayah pergi kerja atau jalan2.
6) berdiri dan meniti-niti di kerusi atau di kaki ayah dan ummi.
7) Memilih orang...kalau ada ummi langsung tak nak dengan orang lain, walaupun dgn ayah dia.
8) suka kacau meow...sebenarnya secara tak sengaja aku jadi pemelihara kucing ni. pada awalnya kucing ni saja2 cari makan kat pintu dapur aku tu. lama-kelamaan dah makin serasi dengan aku kot dia dengan selambernya beranak bawah katil dlm bilik tamu tu. emm aku kesian nak buang, tambahan pulak dgn anak2 dia yg comel tu. apalagi aisyah bukan main suka dgn meow ni..selalu nak pegang cuma aku tak bagi. bila aku larang ajer pandai pulak dia buat muka sedih tuh...
9) menangis atau merajuk bila aku /ayah dia marah kalau dia nak gigit kucing.
10)semalam (6/10) dah pandai main kekunci handphone aku utk dengar rakaman video tu. siap sengih sorang2 layan video tu.
11) pandai pegang botol susu dengan sendiri. sebenarnya umo dia 9 bulan dah pandai pegang botol susu masa minum ni. bibik dia pun tak sangka sbb cepat sgt.
12) pandai berdiri dengan lutut.
13) khusyuk kalau dapat sesuatu yang dia suka...cth duit kertas, pen, pensil, pembaris, buku...mainan yang aku beli tu langsung tak dilayannya...
14) pandai melambungkan/membaling bola kalau diajak main. tepat pulak tuh dia baling!!!hehehe
15) akan cium pipi ayah dan ummi setiap kali nak tidur dengan mengangakan mulutnya yang penuh dgn air liur tu...

21 oktober 2008 :
berat - 8.1 kg
tinggi- 78 cm

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ha ah lah, anak kita sebaya... :) tapi darwisy baru 7.5kg... :)